Kekasih Lama Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Eh… macam hari Isnin pula pagi ni.

Selepas bercuti sepenuhnya selama 5 hari, balik lewat petang dengan kesesakan teruk di Karak Highway, hari ini bermula rutin seperti biasa.

Selepas hantar Intan ke sekolah awal pagi tadi, saya terus ke Rawang untuk bayar pinjaman rumah dan kereta. Niat hati bolehlah selesaikan awal pagi sebelum waktu rasmi pejabat yang sibuk selepas cuti panjang, tetapi semua CDM ( Cash Deposit Machine ) RHB dan Bank Muamalat out of servive. Terbantu perancangan.

Dari Rawang terus memandu secara santai awal pagi di Hulu Selangor untuk ke Kuala Kubu Bharu. Sementara tunggu waktu urusan rasmi bermula jam 9 pagi, pergi ke pasar Peladang KKB.

kuala kubu bharuharga sotong

Dapat sotong yang cantik ini dengan harga RM 20 sekilo.  Goreng tepung sedap ni. Rare tu balut dengan suratkhabar lama.

Ikan kembong sekilo RM 11.00

setia ke hujung nyawa
Keluar dari Agro Bank saja nampak pasangan ini.  Pasangan warga emas ini betul-betul menarik perhatian. Saya kagum dengan babak depan mata tersebut.

Biarpun baru semalam balik dari Hulu Terengganu, tengok baba romantik depan mata, terus teringat suami.  Saya pun nak macam ni… saling menemani biarpun tubuh makin susut, menunggu tarikh luput.

pasangan warga emas bercinta

Entah berapa lama  berjalan berdua seperti ini sepanjang hayat mereka.. Mungkin sama usia dengan pekan bersejarah ini.

Kuala Kubu Bharu wujud semasa pemerintahan Inggeris pada 12 Mei 1883 dikenali sebagai Kuala Kubu ditadbir oleh Cecil Ranking dan Mac Carthy semasa diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell.

 

pasangan warga emas

Nanti bila kita dah tua-tua …., awak jangan tinggalkan saya tau, walau pun saya jalan dah tak kuat.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Nota : Teman Pengganti Black ft Malique

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. fuh! mendalam dan betul2 buatkan saya teringat pada arwah bapa saya yg sentiasa utamakan mak dan anak2…
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Belajarlah Untuk Redha…My Profile

  2. susah nak jumpa ni..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Lepas jogging, mesti makan banyak-banyak.My Profile

  3. Wahhh, nampak familiar betul tempat ni.. hehe 😀
    Jom terjah post menarik dari theidpc ..Business Phone BluesMy Profile

  4. Entahlah kak ‘antara kita siapa yang pergi dulu’ walaupun hukum adatnya umur dia jauh meninggalkan saya tetapi saya tetap berharap saya masih boleh meminpin tangan dia di usia emas saya.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Pertama Kali Melalui Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang ke KajangMy Profile

  5. Jiwang pulak artikel kali ni. 😉
    Jom terjah post menarik dari Akmal Zaidi ..Jobdirumah – Platform Pencarian kerja part time Terbaik di MalaysiaMy Profile

  6. Sekarang ini sudah ada kerusi roda bermotor boleh dapat seorang satu. Tidaklah ketinggalan nanti.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014My Profile

  7. melihatkan adegan romantik itu, maza juga terkenangkan orang rumah dan anak2.. sudah lama benar tak begitu. Kali terakhir pada Tahun Baharu Cina, Sabtu lalu.

    Uhuk!
    Jom terjah post menarik dari maza ..Luaskan Kuasa LayarmuMy Profile

  8. sotong goreng tepung nyum, nyum sedapnya..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Buat duit dengan JobdirumahMy Profile

  9. nasib baik mata diorang dah berapa nampak kak jie ambik gambar dari jauh

    ke intan yang ambik gambar?hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Tak Pergi #SBB2014 RugiMy Profile

  10. wahh..besar benor sotong tu…wat tupat sotong pom sedap jugak..hehe
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Puding Roti Yang Tak MenjadiMy Profile

  11. hehe…entri kasih kekasih plak kali ni kak jie..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Jom Undi Blog Untuk Social Media Week 2014My Profile