Kelulusan Bantuan Skim Tanam Baru Sawit MPOB

Akhir bulan Disember tahun lepas, saya ada buat permohonan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) untuk tanam sawit di salah satu kebun yang baru dibeli. Permohonan untuk tanam semula sawit dan tanam baru sawit adalah dua perkara berbeza.

Sebelum ini saya pernah memohon Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK)dan telah pun selesai menanam anak benih kelapa sawit lebih kurang 4 bulan.

Baca pengalaman dan cara permohonan dibuat di sini – Blogger Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit

Hari Khamis bersamaan hari saya beli  benih kelapa matag, surat dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB ) pun sampai.

permohonan tanam baru kelapa sawit

Permohonana Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil telah diluluskan.  Melalui skim ini, bayaran insentif penyediaan kawasan dengan kadar RM2500 per hektar layak dipertimbangkan sekiranya penyediaan kawasan dan menanam sawit dapat disiapkan dengan sempurna.

Dari pengalaman memohon Skim Taman Semula sebelum ini, kami perlu bersihkan kebun dan siapkan lubang untuk anak benih sebelum bekalan anak benih akan dihantar oleh pihak MPOB.

MOPB juga sediakan lampiran panduan penyediaan kawasan bagi tanam baru sawit. Ikut saja panduan dan syarat yang dikehendaki seperti membina jalan ladang, membina parit, membina teres jika di kawasan berbukit dan membuat lubang untuk anak benih dalam jarak yang disyorkan.

Selepas dapat berita gembira ni, pergi ambil anak benih kelapa matag dan balik kampung.

Esoknya hari Sabtu, kami anak beranak ( lelaki saje… cik Intan tu tak pergi ) turun ke kebun.  Jarak antara rumah dan kebuh adalah lebih kurang 60KM.

Pergi 2 kereta kerana Ford Ranger suami bawa hanya untuk pemandu dan seorang penumpang sahaja.  Along dan Angah bawa kereta lain dan terpaksa tinggalkan kereta di luar jalan besar kerana kereta kecil memang tak boleh masuk sampai ke tepi kebun.

masuk kebun kelapa sawit
Jalan nak masuk kebun tu laluan lori kelapa sawit memang berombak rindu melambung-lambung.  Kebetulan kebun yang nak tanam semula tu berdekatan dengan kebun yang dah ditanam kelapa sawit jadi kami anak beranak nak membaja.

Bawa anak-anak pun bukan nak berharap sangat dia orang boleh buat kerja, maklum anak-anak lahir kat bandar.  Harap dia orang tahu dan akan datang dia orang menghargai hasil yang diusahkan ibubapa.  Biar mereka tengok dan rasa macam mana usaha titik penuh ibubapa sebelum hasil dapat dituai.

membaja kelapa sawit

Abah sedang tunjukkan cara dan turunkan ilmu kemahiran hidup kepada anak-anaknya.

Pandai tak pandai pun, berpeluh ketiak jugalah anak beranak tu membaja bersama adik ipar saya. Habis baja anak sawit 12 ekar.  Malam tu juga suami dan Along balik semula ke Hulu Terengganu, cuti dah habis.  Memang padat cuti 3 hari dengan semua kerja yang nak dibuat.  Alhamdulillah, semua perancangan berjalan dengan baik.

tanam semula kelapa sawit

Gambar ni seminggu selepas raya.. saya dan suami pergi menjenguk saja, tak buat apa-apa pun. Saja tanya khabar dengan anak pokok kelapa sawit yang baru ditanam.  Sebelum ini musim kemarau, sebab tu lah kebun dibiarkan semak samun supaya tanah tak terlalu kering

Nampak dah segar bugar tu, hati pun senang.

Setakat inilah saja pengalaman saya bermula dari memohon bantuan skim tanam semula dan skim tanam baru sawit melalui MPOB sehinggalah sekarang.  Selepas tanam, MPOB juga akan hantar baja mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

NOTAKAKIKUJIE : Kehidupan Rakyat Marhaen

10 Replies to “Kelulusan Bantuan Skim Tanam Baru Sawit MPOB”

Comments are closed.