Kemahiran Hidup : Intai Anak Dara

Riuh rendah bunyi dari dapur rumah – macam orang nak berkenduri seekor lembu. Diam-diam saya mengintai anak dara 3 orang tu.

Goreng behun *cap bintang setengah bungkus aje pun! Ada pengarah ada boss. Sorang kata cukup sorang kata tambah lagi….

Tapi sekurang² mereka belajar kemahiran hidup. Kalau tak biasa, cara nak potong bawang pun tak tahu.  Dia orang masak dari A – Z.

Mangsa : Intan, Naomi ( sepupu sebelah bapa ) dan Wani ( sepupu sebelah mama ).  Naomi lebih muda setahun walaupun hanya berbeza 4 bulan.

Lepas anak dara bertiga ni siap masak – saya pula yang riuh kat dapur macam Mak Tiri Bawang Merah – apa tak nya…. dapur dah berkecah.:evil:

pisst……..pisst……. Jom intai bilik anak dara pula!

Glosori
Kecahbecah kacau-bilau, halai­-balai; berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak – Dewan Bahasa Dan Pustaka

©kujie – abaikan bontot kuali – itu tanda kuali kegemaran dan keserasian dengan tuan rumah.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sahayunie says:

    bestnyer gotong royong masak mee ne kan.. saper plk nk gotong royong menghabiskan mee tu? 😀
    Jom terjah post menarik dari sahayunie ..Bina Laman Web MurahMy Profile

  2. bagusnya bersemangat nak masak. adik eiela malas harapkan badan je beso.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Ayam Pencen Askar Dan PolisMy Profile

  3. fendidahada says:

    takpe..hitam bontot kuali tu tandanya selalu masak..hehe..mee goreng mamak satu!…hehehe
    Jom terjah post menarik dari fendidahada ..Tutorial Buat Simple BannerMy Profile

  4. tup tup.. adik adik pempuan saya dah pandai masak…sejak bila diorang ni masak. Mak tak buat kelas memasak pon. Hmmm

  5. oic..yer ker? tak tahu pula kalau makin hitam buntutnya, makin sedap masakannya. hehe

  6. intankuterpilih says:

    dulu bila mak masak, cepat2 gi cepan takut kene tolong kat dapur…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s BlogshopMy Profile

  7. Bontot kuali rumah saya pun macam tu Kak Jie . Haha 😀

    Rajinnya Intan . Bagus
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Pergi My Profile

  8. untung ada anak perempuan 🙂 btw, how was the meehun? sedap?
    Jom terjah post menarik dari papabear ..Facebook Live Stream is not for meMy Profile

  9. Setuju sangat dengan pendapat Kak Jie. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Kalaulah Nur ada anak sendiri, alangkah bahagianya hidup.. Terima kasih Kak Jie sudi datang blog dan tinggalkan komen. Waktu2 cuti sek ni je la baru sempat nak masuk “contest online” tu kak.. Kalau tak, busy memanjang.
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik TomMy Profile

  10. wah.. bagusnya.. kecik2 sudah pandai memasak.. hehehe..

    bersepah2 tu adatlah.. hahaha..
    Jom terjah post menarik dari Faarihin ..Indahnya CINTA iniMy Profile

  11. pengalaman berharga tu buat mereka, biar mereka mencuba sesuatu yang baik
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Jem di Kuala Lumpur itu biasaMy Profile

  12. Bukan senang nak didik anak perempuan dari kecil ke dapur. Melihat ibubapa moden tidak menggalakkan anak-anaknya membantu didapur sebaliknya menyuruh mereka belajar dan ulangkaji. Bayangkan dah besar panjang emak masih basuhkan kasut sekolah
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Syyh Aslah nak tidurMy Profile

  13. punyalah susah nak masak ‘ rasa jawa’ :mrgreen:

  14. kuali yang berkerak tula yang best nak guna kanns 😉
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..makhluk kerdilMy Profile

  15. betul!! dok asrama dari form 1, sampai masuk u, pastu keje. mane sempat nak belajar masak! haha

    dah kawen husband kene redha jela dengan ape yang dihidang 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..makhluk kerdilMy Profile

  16. Wahwah. Kak Kujie dah buat kelas ERT nampak. Hehe
    Jom terjah post menarik dari sylarius ..Dear My WifeMy Profile

  17. sepatutnya subjek KH mesti cover skop mengemas balik dapur yang dah berkecah hehe. Amacam kujie, sedap tak diorang masak?
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Entry penutup 2010- atau tutup terus heheMy Profile

  18. Ingatkan apa lah takdi..tajuk macm best je..hehe..rupanya 3 org anak dara sedang memasak..huhu
    Jom terjah post menarik dari Faisal ..10 Perkara Yang Perlu Anda Buat Selepas Install WordPressPart 2My Profile

  19. Benda2 ni – dari didikan sejak kecik
    sayang tanpa fikir masa akan datang sebab…. esok2 yang nak hidup berdikari anak2 kita..kalau tak dilatih skrg, bila dia nak ada ‘common sense’ tentang ilmu ‘ceruk dapur’

    teori memang senang….tapi kalau yang dibuat lahir dari hati sendiri, keadaan yang susah jadi mudah 😆

  20. semua anak lelaki dan perempuan di SURUH masak nasi
    zaman dia orang akan datang ( skrg pun) suami isteri berkerja
    jadi kalau tak biasa buat kerja dapur, esok2 dah kahwin balik kerja je terbongkang depan tv, biarkan isteri yang buat semua ( ini majoriti lelaki skrg )

    jadi… kena siapkan anak2 lelaki kita dari sekarang…. 😆

  21. elok benar lah tu.. hehehehe

    kemahiran sebegini memang harus ada baik anak lelaki walaupun perempuan…

    maza umur 9 thn dah pandai tanak nasik..
    umur 7 tahun tahu jerang air sampai hangus… heheheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai CongkakMy Profile

  22. Salam.. Untung Kak Jie, sekurang2nya anak dara Kak Jie rajin dan tak kekok nk ke dapur. Lepas ni Intan bolehlah tolong apa2 yg patut.. Ibu dia jadi pengarah je
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik TomMy Profile

  23. Anak pompuan kak jie sorang je… tu anak2 sedara datang bercuti

    hujung bulan ni dah balik….

  24. Kak Jie pun aihhh….sekolah tak dok dgn mak, lepas tu kerja….memang tak dilatih utk ke dapur

    bila dah kahwin…memang perasan – cik abang tu ‘terpaksa telan’ je apa yang kak jie masak 😆

  25. masa baru kahwin, mak mertua bagi kuali
    hadiah dari metua untuk menantu perempuan
    bukan kuali baru..tapi yang dah guna…mmg berkerak setengah inci

    skrg ni…kuali tu dah guna sejak kahwin 19 tahun, berkerak seincin setengah……….dan itulah kuali paling sedap! 😆

  26. mak mak semua dtg komen pasal kuali …hehe 😆

  27. Izzat Aziz says:

    ramai anak perempuan best.. boleh bantu situ sini, relak skit..hehe

  28. kuali yang berkerak tu boleh jadi warisan turun temurun kak jie ….almaklumla…selagi tak berlobang

  29. Jie! kita ada species kuali yang sama!!!
    Jom terjah post menarik dari Yatie ..Melayu- Cina dan IndiaMy Profile

  30. wah baguslah kecik2 dah belajar masak…jgn jadi macam saya dah kawin baru sibuk nak masuk dapur…hehehe
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Premium Beautiful rebate save RM900!!My Profile

  31. lagi lama dia hitam , lagi sedap memasak….bontot yang tebal tu jadikan kuali hangat tanpa hangus…hehe

  32. warna kuali tuu yg mahal kak jie sebab kenangan terpahat kat situ .. hehe
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Juadah Makanan Semasa Ummi BerkursusMy Profile