Kenapa Cari Chentatiku ?

Puncak Gunung Jerai

Tiada apa yang berlaku – hari berlalu begitu saja.

Kek Cream Cheese Blueberry yang dibeli dengan harga diskaun 30% baru sepotong habis.  Tengok kek pun muak nak makan.

Birthday girl ( girl lah sgt, kan… ) dan Intan tergolek sejak Ahad demam, selesema dan batuk.

Dapat bervideo call hampir 30 minit untuk minggu ini.  Insaf kerana walau capaian streamyx kita macam siput sedut, masih ada negara di luar sana macam sloth. ( apa nama binatang ni dalam BM ye? )

Eh….tapi ada bezanya kerana kita pelanggan yang ‘membayar perkhidmatan’ bukan perkhidmatan atas belas ihsan.

Malamnya Angah dan beberapa orang kawan²nya buat kejutan  nyanyi birthday song  ditalian telefon.

Along hantar sms cakap hampir terlupa nak wish – tak apa…mama pun nanti buat buat lupa no. akaun bank Along. HAHAHA….

Hari ulangtahun bukan semestinya hari bertuah anda.  Ada 63 certificates cabutan ipad 2 dari DealMates tetapi satu pun tak tersangkut.

Dapat hadiah harijadi yang lebih berharga – Abg Ann akan balik ke Malaysia 18hb Mei 2011. Insyaallah – doakan keselamatan perjalanan  panjang Contantine – Algers – Doha – KL

Kepada beberapa blogger yang mungkin baru mengenali Kujie.com, hati² ye tinggalkan komen – cakap Intan nak dapat adiklah….projek mega mengandung lah… ada isi lah…  Suami saya outstation di luar negara hampir setahun, isu ini agak sensitif bagi perkahwinan jarak jauh.  Tiada lagi Mariam selain daripada ibu Nabi Isa.

Sejak tahun 2005, blog ini adalah blog peribadi, sebelum ada yang muntah bersepah² baca entri ini dan tambah dosa mengata – baik tekan X di penjuru kanan skrin komputer.  Saya hargai kedatangan anda tetapi saya menulis blog bukan untuk anda.

Saya bukan ahli akademik yang boleh menulis thesis mengubah pemikiran ramai, saya bukan cendiakawan boleh menyusun kata berprofil tinggi – saya hanya seorang surirumah, isteri, ibu, kakak, adik ( ada ke yg lagi tua )  kawan kepada pengunjung blog ini.

 

my attitude is based on how you treat me…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Selamat Hari Jadi Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Nasi Lemak- Pondan dan 1Malaysia Email Bukti Sebahagian Orang Malaysia Kurang CerdikMy Profile

  2. Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Kujie.

    Moga segala yang terbaik, hadir menyapa di seluruh kematangan usia.

    Mudahan Ann selamat kembali ke Tanahair untuk sama-sama meraikan kehidupan ini.

    (maaf kerana terlewat mengucapkan, kerana saya tidak online sejak Ahad lepas)

    Nota kaki:
    Saya pernah sampai ke Puncak Jerai 2 kali. Sekali dgn moto Kriss (bersama Ahmad Asri dan ibunya – semasa itu kami masih bersama ) kemudiannya dengan 4×4, pada satu tengah malam.
    Masih terbayang rusa yg kelaparan di dalam pagar, serta masih terasa keenakan nasi goreng dan teh tarik di puncak sana.

  3. Adilla Harun says:

    Salam dan Selamat Ulangtahun(harap ucapan tak terlambat lagi). Semacam terharu dengan entri ni. Bab manalah tu…Saya suka kelima-lima bait kata-kata oghang putih kat atas tu. Untuk bait terakhir ‘sometimes’ tu menjadi penyelamat…

  4. happy bday kak kujie. hmm 26 hari jer lagi. mesti x sabaq kan.
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Pelepasan Cukai Pendapatan 2010 LHDNMy Profile

  5. Tak lama lagi berseri semulalah hati… Moga chenta hati kujie selamat tiba nanti
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..kasih yang tersalah curahMy Profile

  6. Nasib baiklah zaman sekarang tidak ada nikah gantung kalau tidak naye 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

  7. Assalamualaikum,

    Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Moga2 dipanjangkan umur hingga sempat tengok cucu cicit ciut miut, moga2 dimurahkan rezeki hingga boleh bina mahligai atas padang luas saujana padang sesayup mata memandang terpenuh taman, moga2 mudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat, moga2 diberkati seluruh kehidupan. Aminnnnn.

    Moga2, doa saya itu dimakbulkan 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bila Dia Menduga- Menarik Balik PinjamanNyaMy Profile

  8. “thinking” lor
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Yang selalu kita tak perasanMy Profile

  9. adakah saya terasa? adakah? adakah?
    cuma rasa – thingking. hemmm 🙄
    penantian tu memang lambat tapi pasti akan datang juga
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Yang selalu kita tak perasanMy Profile

  10. Mrs.Ayie says:

    😆 Happy Belated Birthday Kak Jie. Tak lupa, saja nak jadi orang last ucapkan huhu..
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Menjahit penuh kasih sayangMy Profile

  11. Wahh..cream cheese blueberry..Sedap tuuu
    Nak jugak :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Selamat Hari Lahir Kak JieMy Profile

  12. syahrilhafiz says:

    macam sedih je bunyi..
    chill kak jie, mungkin ada “sesuatu” disebalik semua ni
    selamat hari lahir! 😉
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Tukar Wallpaper “A Day in the Life” Bagi Pengguna UbuntuMy Profile

  13. syahrilhafiz says:

    pakai Ubuntu ye dok? haha
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Tukar Wallpaper “A Day in the Life” Bagi Pengguna UbuntuMy Profile

  14. kita lupa l;a nak wish… ari tu kat FB pun tak ingat… lewat wish tak pe kan..

    selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki… 😆
    Jom terjah post menarik dari shay ..Sakit kepala BebMy Profile

  15. 😉 oh yeke baru tau ni..hehehe
    Jom terjah post menarik dari yusri ..Offer DrypersMy Profile

  16. Happy Birthday kak kujie… 🙂
    Perkahwinan Jarak Jauh memang perlukan ketabahan yang sangat-sangat tinggi… suka dengan ketabahan kak kujie.. tak semua orang boleh jadi tabah macam kak kujie… (tuding jari kat diri sendiri)…
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Cik Damia D’BraveheartMy Profile

  17. Selamat Hari Lahir Kak Kujie!! Kak Kujie terbaik!! heehhehe
    Jom terjah post menarik dari Rozeman ..Jeruk Buah-Buahan di Bazar Chowrasta Pulau PinangMy Profile

  18. er, tapi chentatiku tu apa?
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..kesilapan dalam rancangan Maharaja LawakMy Profile

  19. pada saya kakjie memang kuat pada prinsip menulis.
    tak ramai blogger yang ada macam ni..
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..penulis blog ini akan meninggal duniaMy Profile

  20. er, ada juga teguran tu..
    para pembaca kena ambil perhatian..
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..kesilapan dalam rancangan Maharaja LawakMy Profile

  21. Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan ilahi. Saya br kenal kujie2.com tp saya hanya percaya apa yg k.jie tulis & respond je
    Jom terjah post menarik dari nisa ..Nak Jumpa Pak Nil TakMy Profile

  22. saya pun orang biasa kak jie… 😆
    Jom terjah post menarik dari azura ..Wanita hiasan dunia- seindah hiasan adalah wanita solehahMy Profile

  23. fuh jenuh nak masuk sini dari pagi tadi tak buleh…

    pukul 4 lebih ni baru buleh

    pelik dok carik ‘chentahatiku’ kat internet.. isk
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..FOR SALE – Home Made Mini PopiaMy Profile

  24. selamat hari lahir kak jie 🙂

  25. sabar ye kak jie
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Beli 1 Percuma 1 ShakerMy Profile

  26. sabar ye kak jie. dugaan hidup tu dtg dlm pelbagai2 bentuk. yg penting bykkan berdoa especially doa rabitah pengikat kasih sayang. bygkan muka suami dan anak time berdoa tu. insyaAllah semuanya akan dijaga olehNya 😉
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Sagemcom Sixty- Telefon Old School Yang DimodenkanMy Profile

  27. ha’a kalau pakai OS lain, mmg xde X 😀
    p/s: terlajak basikal undur pakai kaki
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Sagemcom Sixty- Telefon Old School Yang DimodenkanMy Profile

  28. chentatiku says:

    haaaaa????keyword chentatiku???pelik2~

    p/s: teringin nk jumpa kak jie in person 😉
    Jom terjah post menarik dari chentatiku ..When will a person seeking a piece of heart in my hand- it is impossible for me to answer the question honestly is selepas ini- bagaimanaMy Profile

  29. alahai sodih je bunyi tu..slmt pjg umr kak jie, n smoga hubby slmt balik…mmg btul2 hadiah bday paling bmakna kan.
    Jom terjah post menarik dari munna ..Ekspo Hartanah untuk Bumiputera – jom serbu!My Profile

  30. hehehe… Kak Jie tau

    dalam minggu ni ada banyak keyword ‘chentatiku” yang datang ke blog kak jie..agak pelik

    sebab tu seru! 😆

  31. chentatiku says:

    Selamat hari lahir kak jie

    p/s: chentatiku di sini ;p
    Jom terjah post menarik dari chentatiku ..When will a person seeking a piece of heart in my hand- it is impossible for me to answer the question honestly is selepas ini- bagaimanaMy Profile

  32. oppss terlupa … Selamat Hari Lahir buat kak jie. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. May Allah Bless u kak

  33. suka entri ni kak jie…. blog peribadi yang banyak membuat sy tersenyum sendirian. ayat santai i like kak jie.
    semoga kak jie tabah dalam mengharungi perkahwinan jarak jauh ni… 😉
    Jom terjah post menarik dari tpinky ..Wahai Suami OrangMy Profile

  34. makdara TERdiva says:

    selamat ulang tahun kak jie.. 🙂
    semoga suami kak jie selamat sampai ke bumi Malaysia..

  35. @arynet: Tak jumpa sebab pakai OS lain aa tuh erk… :p

    @kak jie: Apapun kak jie, saya doakan semoa abang Ann selamat sampai ke tanahair pada tarikh yang telah ditetapkan… Andai ada yang tertulis komen-komen nakal tuh, mungkin diorang tak sengaja aa tuh kot.

    Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata (walaupun menaip), boleh binasa…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kaligrafi KufiMy Profile

  36. happy birthday kak jie..semalam nampak kat gengblogger selamat hari lahir..hehe
    Jom terjah post menarik dari faiz ..Tingkatkan Followers Dengan Twiend Kupon PercumaMy Profile

  37. haha.. saya suka entri ni. :mrgreen:
    cuba juga untuk tekan X, cari penjuru sebelah kanan tak jumpa. 😆