Kenapa Kujie2.com Update Kisah Syok Sendiri

“comelnya jari mama Vs Angah”

Malam tadi bersembang dengan suami –

“Dah besar² anak² kita. Kaki Angah tu gajah besarnya”

Angah menyampuk ” Gajah saiz 8, Angah saiz 10 ” :lol:

Bila dah berjauhan, hal tangan anak² boleh jadi cerita meleleh airmata. Inilah antara sebab saya sering update kisah kami dan anak² – untuk berkongsi dengan suami di sana.

Talian internet dia di sana selalu down. Kadang² dapat online seminggu sekali, kadang² sekejap waktu makan tengahari ( kita di Malaysia 7 malam ) dan video call yang sekejap timbul sekejap tenggelam ,  inilah peluang untuk suami mengikuti kehidupan kami di sini.  Bukan saja baca entri blog  tetapi baca komen² kawan² di sini juga menghiburkan  dan mendekatkan hati seorang perantau.

Dia juga author blog ini dan boleh bila-bila masa mengupdate blog kujie2.com.

Masa suami masih di Malaysia dia tak pernah pun baca blog saya walau dia tahu , cuma sesekali singgah.

Tapi tak semualah cerita saya tulis di sini, terutama bak makanan. Kesian dia hanya dapat melihat gambar sambil mengelap air liur menitis atas keyboard.

 

Ini adalah komen yang ingin saya tulis diruangan komen blog seorang teman .. yang ingin kukongsi mengenai isu berkongsi blog dengan pasangan.

Blog ini mendekatkan kami.  Walaupun kedua² kami mempunyai akaun facebook tetapi dengan tahap internet tercungap² nyawa² ikan, blog sajalah talian hayat yang ada.

©kujie – Along juga balik hari ni.  Angah dah nak balik asrama esok pagi.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Kenapa Kujie2.com Update Kisah Syok Sendiri”

  1. Lepas ni boleh la letak reason to blog…

    #Merapatkan Suami dan Isteri

    Berblogging juga boleh merapatkan suami dan isteri. Dengan blog mereka boleh saling berhubungan. Lebih-lebih lagi pabila internet membiulkan diri dan nyawa-nyawa ikan.

    Nak contoh? Sila kunjungi http://www.kuji2.com 🙂
    Jom terjah post menarik dari Budak Melayu ..What Should I Be When I Grow UpMy Profile

  2. Mesti terubat rindu di hati suami kak ji bila baca blog ni.
    Terharu juga sya baca kisah k.jie yg berjauhan dgn psgn ni. Paling lama, berapa lama tak dpt bjumpa suami ya?
    Jom terjah post menarik dari mekar ..Jom Belajar Membuat MacaronMy Profile

  3. salam jie..hmmm, sian plak dgr ye cik abg jauh..susah jugak kalu letak gambo2 makanan..mmg terliur..nk2 plak kalu jie yg masak..kalau jun yg masak x p lagi kot…sbb dah tau camna rasa masakan jie…hah! pestaim nampak cik abg jie masuk sini..hehehe
    Jom terjah post menarik dari jun ..Donut inti sambal ikanMy Profile

  4. Dulu dulu… walau mcm ditulis, masih cuba mengelak utk keterlaluan…ada yg tak patut dikongsi secara umum….kalau gatal tangan nak tulis pun..berkias2 je 😆

  5. ayam hangus paling anak2 suka
    bile tanya…. apa menu mama yg best
    bab nasi ayam ni lah yg dia org sepakat…

    mak dia yg kembang 😆

  6. hahaha….. hantar pakai burung merpati 😆
    kalau posmen yang bawa, mau terbalik motor dia..berat sgt
    sarat dengan rindu , katanya 😆

  7. Ayam goreng madu itu mengingatkan saya kepada makcik saya.

    Air tangan ibu yang saya paling suka…bergedel 😎 ikut taste Jawa sebelah ibu.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Hati Seorang HAMKAMy Profile

  8. Assalamualaikum,
    Semua mak masak sedap aje anak makan walaupun goreng telur dadar…dah itu yang dia mula makan sejak tahu kunyah makanan 😉

    Apalagi kalau mak masak sedap2 kan…terkenang je pun dah dapat rasa kesedapannya tu 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Email penipu mengaku LHDNMy Profile

  9. famili reunion. semuanya berkumpul semula. esok anak-anak dah besar dah kerja, tinggal lah kak jie sorang2 lak kat rumah. sunyi dah rumah. tinggal kura-kura kecik tu je.hehe…
    mak saya kat sg. besar tu pun sorang2 je. nak selalu balik pun tak leh.
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Gempa Bumi dan Tsunami di JepunMy Profile

  10. Skype pun ada masalah.. mula2 dia kat sana, boleh
    skrg ni internet teruk, skype pun tak boleh buka 🙁
    lagi satu masalah, time zone yang berbeza

    dia balik kerja pukul 6 petang, kita di M’si pukul 1 pagi, time berdengkut :mrgreen:

  11. Kak Jie goreng…tapi letak madu tu yg jadi mcm tu

    Ini adalah menu nombor 1 family….dah lama tak masak, semalam Angah minta. Pukul 2 baru keluar cari ayam…Buat nasi ayam.

    Mesti dpt komen ‘ knp entah..nasi ayam mama masak lain sgt ..sedap sgt…..yummm…yummmmm’

    Biasalah tu..mak masak dgn zikir kasih sayangnya…semua bahan lengkap bukan nak catu sana sini 😆

Comments are closed.