Kerana Diriku Amat Berharga

Assalamualaikum dan selamat pagi.   Alhamdulillah… saya dan keluarga sihat segar bugar.  Semoga kawan² dan pengunjung blog ini juga sihat, bahagia dan sejahtera dunia akhirat.  Kita sama² saling mendoakan.

Sepanjang 2 minggu yang dihabiskan dengan kesibukan ke sana ke sini, uruskan itu ini dan tempuh begitu begini, waktu hampir tiba kepada detik babak yang tak  berapa seronok untuk dilalui.

Suami akan kembali ke Algeria 8hb Jun 2011.

Sebelum ke tarikh tersebut, kami akan balik kampung  sekali lagi untuk berjumpa mak.  Saya berkongsi lelaki dengan seorang lagi wanita , kena terima hakikat tersebut…hiks!

Sepanjang 2 minggu saya on off, kekejap ada sekejap hilang saya terima banyak email bertanya itu ini begitu begini mengenai blog.  Mohon bantuan dan minta pendapat.  Maaf kerana saya kurang feel untuk menulis menggunakan keypad telefon bimbit.  Jari jadi kelu!

Minggu depan saya balas ye…selepas habiskan baki cuti sekolah bersama anak².  Ada 3 jemputan untuk ditemuramah termasuk dari seorang penulis personal finance blogger.

Tetapi hari ini saya nak kongsi satu email menarik yang diterima ,  ambil point penting sajalah.

blog kak jie selalu dlm top ranking, tp knp jarang nmpk kak jie dgn blogger2 top yg lain?


Telan air liur untuk menjawap soalan ini. Saya boleh menjawap dengan 1500 patah perkataan tetapi jawapan tersebut tentunya hanya nampak seperti membela diri sendiri atau cuba menyalahkan orang lain.

Jawapan pendek yang saya balas

Kerana diriku amat berharga!

Saya cuba menetapkan prinsip ‘bersederhana’ bukan sekadar ucapan manis tetapi dalam menempatkan diri di dunia tanpa sempadan ini. Kadang² atau selalunya saya juga tergelincir dengan godaan diri sendiri.:twisted:

Identiti diri saya bukan rahsia dan  saya dah berjumpa dengan ramai blogger tetapi saya juga masih perlu mengekalkan zon selamat  dalam kebebasan sosial dunia online.

Saya perlu terima hakikat bahawa menjadi blogger sekarang bukan lagi seperti kami 5 tahun dulu. Saya perlu  juga mengakui saya tidak boleh mengubah keadaan tersebut tetapi  apa yang boleh saya lakukan adalah mengawal diri sendiri, mengingatkan diri sendiri had dan sempadan di tahap mana saya perlu berada.

Saya menjadi blogger bukan untuk  menjadi popular. Kalau ada pun ranking itu ini yang blog saya tersenarai, itu adalah pemberian google atau alexa. Mengikut firasat rahsia tarikh lahir kajian Dr Fadzilah Kamsah , tolak campur, darab dan bahagi tarikh lahir saya semuanya berakhir dengan nombor 9 yang membawa maksud Glamour , Glamour dan Glamour . :lol:

Lagi satu, saya pelik bila blog ini dirujuk sebagai ‘pakar SEO’. Cuba check entri saya, mana  SEOnya..semua entri datang dari kehidupan harian bukan isu sensasi.  Blog SEO biasanya mengfokus kepada isu sensasi , isu semasa atau isu panas yang meraih perhatian.

Kehidupan saya bukan semata² dalam talian.  Saya ada kehidupan indah dunia realiti.

p/s – apasal tetiba rasa macam entri ‘maruah diri’…aish!

 

Masjid Negaramajlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

sebenarnya  ada isu lebih penting untuk ditulis tetapi bukan dalam mood sekarang. Masih ingin bersantai menghabiskan masa berharga bersama.

41 Replies to “Kerana Diriku Amat Berharga”

  1. Kak Kujie ada identiti tersendiri. Saya ingin ikut gaya sederhana itu, wpun kadang2 terbabas juga terkeluar dari zon itu dan termasuk ke zon yang tak sepatutnya.

    Selamat bercuti sepuas-puasnya bersama suami tersayang dan anak-anak…
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..Pengalaman BaruMy Profile

  2. saya takut pada glamor… tp saya suke menulis blog… ibarat menulis diari bergambar utk tatapan anak-anak… sambil tu blog sebagai tpt menyimpan resepi yg saya suka masak… itu je… nak jana income atau nak glamor tu… emmm… tak kisah laaa…. ada terima… takde tak apa…
    Jom terjah post menarik dari Maria ..saya dah pulang –My Profile

  3. Saya pun makin kurang menulis entri kerana saya mahu interaksi komen berbanding menulis entri dengan banyak kuantiti banyak. Bagi saya menulis dan membaca komen di blog adalah terapi 🙂

  4. “Lagi satu, saya pelik bila blog ini dirujuk sebagai ‘pakar SEO’. Cuba check entri saya, mana SEOnya..semua entri datang dari kehidupan harian bukan isu sensasi. ”

    Perlu tak saya istilah teknik kakjie ni SEO deria ke enam? hehe. Saya dah lama perasan hehehe

    Saya pun sama fikiran dengan kakjie, blogging skg lain dgn dulu. Kita lah yang pilih yg duduk kat mana, merendah diri adalah sebaik-baik pilihan.
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Sedikit perubahan pada blogMy Profile

  5. Saya pasti Kak Jie lebih tahu perihal ‘diri’ juga ‘hati’ dan ‘jiwa’ sendiri. Selain Sang Pencipta yang kenal semua ciptaanya lebih dari kita mengenali diri kita sendiri.

    Zahirnya, siapa lagi yang nak diharap menjaga hak dan maruah kita?, Jika bukan disahulukan dengan diri sendiri.

    Glamour@dikenali tak salah! Tapi bukan itu yang utama. Kalau berpada dan kena tempatnya, tiada salah sikit-sikit untuk Kak Jie…Untuk saya Kak Jie memang dah Glamour. Hih! Hih!

  6. mmg blog kak jie 1 in the million. 🙂 bukan nak bodek.. tapi sesungguhnya. sangat bersederhana. i like… 😉

  7. Salam Kak jie.
    Rasanaya orang rujuk blog ni sebagai pakar SEO kerana kak jie ada bagi tips-tips kat forum seperti di gengblogger.com etc.
    Banyak ilmu yang saya dapat dari kak Jie pun dari tempat lain, bukan dari blog ni.
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Dofollow commentluv blogsMy Profile

  8. Memanglah kita tak boleh tetap menjadi YANG DULU, hanya bersandar pada kenangan tetapi sifat² positif, nilai² baik dalam diri setiap orang bukan perlu pun untuk diubah.

    Dia orang salah nilai orang..hehe

    Kita happy² meal sebagai blogger sudah.. 😆

    Terimakasih untuk komen ini….* peluk ketat²*

  9. hehehe…macam button ‘membebel’ dah on balik… 😆

    rasa sesak nak mencelah dikalangan blogger yg ada darjat2 ni… :mrgreen:

  10. hahaha…tu pun brek secara mengejut…ikut nak berjela2 lagi..best ooo dapat keyboard balik.

    tulis guna keypad mcm tak sampai ‘feel’ 😆

  11. Hehehe. 😉
    Terbaik ni kakak.

    Ya, blogger hari ini, lain dari zaman mula2 menulis blog. Most bloggers kejar duit, kejar trafik sampai rasa macam dah tak ada nilai dalam penulisan.

    Dan kakak jangan sedih2.
    InsyaALLAH segalanya baik-baik sahaja.

    Doakan yang terbaik buat kakak dan keluarga.
    🙂
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Sains – Dapur Adalah Makmal Kimia AkuMy Profile

Comments are closed.