Kerana Sabut Tebal, Tempurungnya Pun Menjadi Kebal
Peribadi

Kerana Sabut Tebal, Tempurungnya Pun Menjadi Kebal

LESEN MEMANDU

Bila lesen memandu dah mati, dapatlah tanda-tanda bertambah usia.  Hari ini 18 April, lesen memandu dah tamat tempoh dan dapatlah merasa lesen memandu bersekuriti tinggi (LMBT) yang nampak canggih. Sebelum ini sejak ada lesen tahun 1995, hanya pernah ada lesen memandu bersalut plastik (LMBP)

Lesen memandu bersekuriti tinggi (LMBT) diperkenalkan pada 16 Julai 2013.

Lesen memandu yang baharu sekarang ini tak perlu bawa gambar. Kaunter pengambilan gambar disediakan. Kita perlu duduk dan senyum di kamera komputer pegawai JPJ. Walau bagaimanapun kita dibenarkan menggunakan gambar yang dibawa sendiri dan pegawai JPJ akan mengimbas gambar tersebut.

Inilah hadiah yang perlu dibayar sendiri – pilih saja untuk hidupkan lesen memandu bagi tempoh setahun dengan harga RM 30.00, atau 2,3,4 dan 5 tahun.

Makin tua ni, makin meriah pula bila diraikan oleh rakan-rakan blogger.

harijadi
Majlis bersama keluarga Team Ai Media, blogger Azman Ishak dan keluarga, Azman Ismail dan keluarga, Azwan Anuar dan keluarga, Mr Kay Orange dan keluarga, Ikran Baharum dan isteri di Shah Alam pada 5 April 2014,

program blogger

Siangnya saya mengetuai konvoi dari Shah Alam ke Kuala Selangor melawat Bukit Malawati dan Akuarium Taman Alam.  Seronok bersama blogger dan keluarga mereka yang meriah.

dinner di hilton petaling jaya
Gambar dari : hafizmohd.com

Pada malam 14 April 2014,  saya menerima jemputan ke majlis makan malam bersama Team Denaihati.  Walaupun majlis ini sebenarnya  untuk meraikan pemenang program mereka, jemputan  bersama suami dianggap sebagai hadiah ulangtahun untuk saya. Terima kasih kerana sudi menjemput kami di majlis meriah yang berlangsung di Hilton Petaling Jaya.

tudung online murah

Petang sebelum ke Hilton, saya ke PKNS Bangi dan pemilik Instashop Bachplussize hadiahkan saya blouse dan tudung.  Comel je dia , kan…. saya pergi Bangi bukan dirancang, saja temankan suami nak beli kasut.  Bila dia tau aje saya ada area situ, terus datang serbu… hihi.  Terima kasih Dayah!

 

 

Nicer Dicer Plus

Terima kasih juga untuk rakan-rakan blogger yang kirimkan hadiah terus ke pintu rumah. Amoi comel Sunshine Kelly beri saya set krim muka dan serum anti-aging jenama Loreal. Tahun depan kalau panjang umur dapatlah saya update gambar yang lebih muda remaja. hihi

Rakan blogger mak-mak saya yang kerap kena bebel – Yanmie kirimkan hadian Dicer Nicer Plus dan Pop Chef.   Terima kasih Butikbabyibu. Ada macam-macam barang keperluan rumahtangga dari bayi hinggalah untuk kita mak-mak.  Korang pergi intai Instagram Butikbabyibu.

BIla diraikan dengan sebegitu meriah, barulah saya percaya, saya dah semakin tua!  Kalau sesiapa nak hantar kek, pastikan saiz cukup besar untuk letakkan 48 batang lilin!

Nota : entri  rojak

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Kerana Sabut Tebal, Tempurungnya Pun Menjadi Kebal

  1. Selamat ulangtahun kelahiran Kak Jie. Semakin banyk angka semakin org sekeliling sayang!

    Lesen Aina sebab lewat 2 hari renew tahun lepas kena buat untuk dua tahun jadi 2014 masih guna lesen laminate plastik tu.
    Jom terjah post menarik dari JuneAina ..Khabar Dari Tanah SuciMy Profile

  2. salam kakjie ..tk mau wish dah sbb dah wish ,. hee .. cuma pastikan tahun depan upload gambar muda remaja tuh ekekkee ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Model IbuMy Profile

  3. Selamat hari Jadi kak Jie, semoga kekal bahagia. Seronok dapat sambut hari jadi ditarikh yang sama dengan blogger yang dihormati ramai.

  4. Tu diaa.. 48 batang lilin.. Mesti besar giler kek tu.. Hehe.. Happy birthday Kak Jie.. Semoga panjang umur, sentiasa nampak muda remaja, hidup bahagia di samping keluarga, rezeki diperluaskan lagi.. Amin amin aminn..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Contest Yeo’s 80 Days Drink To CashMy Profile

  5. Salam,

    Happy Birthday Kak Jie, moga panjang umur murah rezeki…amin….amin…amin…

    psstt!!! makin muda remaja ler pakai krim muka anti aging tu nanti ye hehehe. jangan lupa share gambar di “sana” hahaha.
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Unboxing Lenovo Yoga Tablet 8My Profile

Comments are closed.