Khasiat Habbatus Sauda Pengalaman Sendiri

Beberapa bulan lepas, saya ada berkongsi cerita tentang tangan kiri yang kerap rasa kebas-kebas atau semut-semut.  Saya dah buat medical check up dan doktor sahkan tiada masalah serius ( kencing manis, darah tinggi, lemah jantung )

Baca entri tersebut di sini – Kebas Tangan Atau Semut-semut

Seminggu selepas buat medical check up saya terjumpa jiran di majlis akikah seorang jiran lain.  Saya berkongsilah masalah tersebut tambahan lagi kaki dan lutut saya juga sakit.  Sejak bulan Ramadan, waktu bertadarus duduk lama lebih 4 jam lutut saya kerap sakit.  Duduk tak boleh diam, kejap nak alih ke kiri , kejap nak ubah ke kanan.

Dia syorkan saya ambil supplement habbatus sauda atau  Jintan Hitam dan dalam bahasa Inggeris di panggil Nigella Sativa, Ennel Flower atau Black Cumin.

Cerita pengalaman dia sendiri, selepas bersalin dia alami sakit kaki yang amat teruk.  Bersolat pun atas kerusi.  Dia ambil habbatus sauda 2 biji pagi dan 2 biji petang dan  minum minyak zaiton. Alhamdulillah dia sekarang dah sembuh dan boleh mengajar seperti biasa.

Sejak hari itu , saya terus dapatkan habbatus sauda setiap hari.  

Baraka-Habbatus-Sauda

Saya guna Baraka Habbatus Sauda. Harganya RM 10.00 dan setiap pek mengandungi 24 softgel capsul. Kalau beli di kedai Arab, sekotak Baraka Habbatus Sauda berharga RM11.00 tetapi saya beli dengan ustaz saya.

Alhamdulillah, dalam masa tersebut saya habiskan 5 kotak Baraka Habbatus Sauda dan kesihatan semakin baik. Kebas-kebas dah semkain jarang berlaku dan sakit lutut telah hilang sepenuhnya.  Antara kebaikan habbatus sauda ialah meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit) , mengurangkan kdar.

Entri ini adalah pengalaman sendiri bukan promosi produk atau tajaan.  Gunalah apa jenis jenama habbatus sauda pun, kesembuhan datangnya dari Allah S.W.T.  Lagi satu, ambil secara konsisten dan teratur.  Bukan ambil hari ni esok dah sembuh.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Ohh saya beli di kedai arab di ampang ni RM17 .. Belasah je lah . asal ada kan ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Hari Pertama Husna & Buku TeksMy Profile

  2. Setuju kak jie. sy pun mula amalkan habbatus sauda tetapi jenama minsyam. alhamdulillah tak mudah pening kepala macam dulu lagi.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Mengapa Perlu Makan Biji Aprikot?My Profile

  3. Salam Kak Jie.
    Betul sangat kak Jie.
    Saya mula mengamalkan habbatus sauda ketika sedang stress teramat hingga tak boleh tidur dan asyik angin penuh satu badan…sampai semput.
    Ambil habbatus sauda 2 biji…selepas 3 hari…proses detox.
    Alhamdulillah.
    Jom terjah post menarik dari Nor Ramli ..Ikhtiar penawar denggi -Elakkan dehidrasiMy Profile

  4. Alhamdulillah. yang penting pengambilan adalah konsisten dan istiqamah. setuju ngan ayat kak jie yang last tu, Bukan ambil hari ni esok dah sembuh.

    🙂
    Jom terjah post menarik dari nazra ..Alfalfa – herba yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineralMy Profile

  5. Dengar kata untuk pesakit kencing manis pun bagus. Ada kawan syorkan, tapi belum cuba lagi. Kalau tak salah dalam Hadis Nabi pun ada disebut pasal Habatus Sauda ni.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Hari Kelepasan Am Yang DipindaMy Profile

  6. Boleh cuba ni.. kena makan berterusan ye?
    Jom terjah post menarik dari Nasarudin ..Wajah Comel Anak Farid Kamil Dan Diana DanielleMy Profile

  7. Alhamdulillah. Moga kak jie sefamili sihat2 ajer =)

    Saya sendiri beramal dgn minyak habbatus sauda..dulu makan yg kak jie makan ni jugaklah…apapun, mmg kena konsisten..insyaAllah Allah berikan kesihatan yg baik utk kita beramal…ameen

    thanks kak jie berkongsi pengalaman
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

  8. Alhamdulillah dah semakin sihat yer. Terima kasih atas perkongsian info. Pasti bermanfaat untuk orang lain nanti nih 🙂
    Jom terjah post menarik dari Firdaus Azizi ..Cara Mudah Design Cover eBook Yang CunMy Profile

  9. penah juga makan suatu masa…pastu sampai lani berenti dah…
    mungkin akan diulangi semula kot…. ada resdung…
    Jom terjah post menarik dari ciknor ..Aceh aku datang : Day 3My Profile

  10. boleh bagi emak nih..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% SetahunMy Profile

  11. Obat herbal ini cukup terkenal juga di Indonesia karena khasiat dan keampuhannya ..
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Basic Tutorial : PHP If Else Statement With Multiple ConditionsMy Profile

  12. suami saya amalkan dan alhamdulillah lelah semakin kurang menyerang.

  13. tak pernah makan lagi..rasanya pernah rasa jus ke, teh ke..memang sedap rasanya 😀
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Tutorial Block Iklan Google AdsenseMy Profile

  14. Ada ambil tetapi tidak konsisten. Petua sakit lutut mungkin boleh ikhtiar minum teh halia.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan Yana Yassin dan SharulMy Profile

  15. saya makan yang biji biji tu kak.. tapi tak berapa istiqamah.. asyik lupa je.. hehe..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..5 kebaikan tiada TV di rumahMy Profile

  16. memang terbaik dan berkesan… tapi saya guna jenama lain bukan seperti gambar di atas… walau apapun jenama amalkanlah… insya Allah
    Jom terjah post menarik dari mancai ..Antara 10 tabiat yang merosakkan otakMy Profile

  17. Memang bagus habbatus sauda ni

  18. aminnnn….dah sembuh.

  19. saya memang dah lama mengamalkan Habbatus Sauda niat ikut sunnah nabi
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Aplikasi Android dan iOS Terbaru DenaihatiMy Profile