Kisah Cikgu Dan Jiran

smk serendah

Intan tak sihat hari ini. Batuk dan selesema tetapi saya suruh dia ke sekolah juga. Lepas perhimpunan saya datang ambil surat sekolah dan bawa dia ke klinik.

Seronoknya datang sekolah pagi-pagi Isnin. Selepas perhimpunan ada spot check. Macam-macam ragam boleh dilihat.

Saya kerap  ke sekolah dan kenal ramai guru-guru di sekolah Intan.  Dari zaman Along dan Angah pun  masih ada cikgu yang kenal.

Tadi terjumpa Cikgu Rohana, dia tegur ” ni mak Amirul ye”  Dah 5 tahun berlalu, cikgu masih ingat anak-anak saya.

Di pejabat sekolah, menunggu sementara borang siap diisi dan tandantangan Pengetua untuk balik, terjumpa Cikgu Hailah yang menguruskan kelas tuisyen untuk Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.  Dia tanya Intan dah daftar atau belum.  Kelas dah bermula minggu lepas.  Bila saya beritahu belum , dia suruh tunggu dan dia datang kembali dengan borang untuk di isi.

Kemudian guru tingkatan Intan pula datang.  Tahun ini, baru 2 kali jumpa guru tingkatan yang mengajar Intan.  Mesranya bersalam dan berpeluk.

Saya memang kenal cikgu-cikgu  yang mengajar Intan.  Cikgu Asmah mengajar BM jiran setaman dan Cikgu Yati yang mengajar Matematik  saya kenal sejak 3-4 tahun sudah sewaktu hadiri pengajian.

Tak bolehlah nak bergedik sangat kalau semua cikgu dah kenal ibubapa pelajar…hihihi

jambangan bunga

Balik dari klinik, jiran saya hantar bunga. Seronoknya Intan…. wahhh….orang sakit dapat bunga.

Sebenarnya jiran saya yang baru selesaikan majlis perkahwinan anaknya minggu lepas , jambangan bunga yang digunakan sewaktu di majlis ada banyak. Dia bagi kepada jiran-jiran.  Bukan saja bunga, kuih muih dan lauk pauk pun di hantar ke rumah.

Syukur Alhamdulillah… bukan saja ada cikgu anak-anak yang baik , jiran pun pemurah .

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya mau kue nya aja, bunganya tidak usah.hehehe

  2. hubungan dengan guru harus baik baru tak jadi salah faham antara ibubapa dan guru
    Jom terjah post menarik dari azahairi ..Buat duit dengan teleponMy Profile

  3. penting tu hubungan guru dan murid dan juga ibu bapa..memang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan murid juga 😀
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Yeo’s PilihankuMy Profile

  4. semoga cepat sembuh intan..

    tu lah yg sebaiknya..kita kenal cikgu anak2.. supaya diorang pun tak boleh nak kelentong kita..hehehe..bukan menuduh..berjaga jaga.. pasang mata di mana mana kata orang..

    cantik bunga tu kak
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..LEGO® Pre-Order : List 4My Profile

  5. bagus dapat cikgu yang baik kak… rezeki tu…
    Jom terjah post menarik dari rozita ..kisah cikgu dan baju sukan abg long..My Profile

  6. Bestnya dapat jiran baik mcm ni
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Isu guru rotan muridMy Profile

  7. padi td dengar radio THR membincangkan pasal seorang ayah yg buat report polis psl anaknya kena rotan oleh cikgu….susah gak jadi cikgu skrg ni. byk dugaan dan cubaan…
    Jom terjah post menarik dari azmi ..Hotel MembershipMy Profile

  8. Sekarang ini musim demam dan selsema. Anak-anak saya tidak terkecuali. Kalau sudah kenal cikgu memang susah kalau tersalah langkah.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Siapa yang hebat main stack gamesMy Profile

  9. Bestnya dapat cikgu peramah dan jiran yg mesra…
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Iklan Nivea NuffnangMy Profile

  10. Nak bunga juga…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Harga Istimewa Ephyra + Homestay Regalia StudioMy Profile

  11. bestnya Intan dapat bunga. dulu masa abang kawin, kami guna bunga betul untuk hiasan pelamin, khemah semua lepas tu dah habis majlis….kemain semua berebut nak bunga tu.siap panjant2 lagi.hahahahah
    Jom terjah post menarik dari Lizz ..Kafarah Dosa Dalam Rumah Tangga?My Profile

  12. tak perlu masuk ward pun dapat mungeeee…semoga cepat sembuh yer, intan.
    Jom terjah post menarik dari myliferia ..Jenis dan Punca BuasirMy Profile

  13. Alhamdullilah kak… =)
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..HIJAB UNIK DAN STYLISHMy Profile

  14. rezeki intan. dapat bunga. wahh..
    Jom terjah post menarik dari titan ..7 Sebab Yeo’s Pilihan SemulajadikuMy Profile

  15. Saya tak sabar tunggu anak-anak besar, sebab teringin nak jadi ibu macam kak kujie, idola saya.. ^o^
    Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..Soya Yeo’s Teman Saya Di Bulan RamadhanMy Profile

  16. ada bagi bisnes kad dekat cikgu² ngan jiran tak kak jie?

    hehe

  17. Bukan senang ibu bapa nak datang sekolah tapi kak kujie tak.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Status Halal Produk Yeo’s Diragui?My Profile

  18. Antara tips untuk anak berjaya dalam pelajaran sangat penting ibu bapa mempunyai hubungan dengan cikgu-cikgu yg mengajar. Kejayaan bukan sekadar mengadap buku sahaja tetapi ada lebih dari itu yg rahsianya hanya ALLAH sahaja yg tahu.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..MSMW Awards banyak jasa kepada BloggerMy Profile

  19. Alhamdulillah. Rezeki dan rahmat yg besar bila dapat jiran2 yg baik camni…bestnye!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Yeo’s LoveMark!My Profile