Kisah Tempahan Baju Kurung Biru

Hari ni kita cerita tentang Baju Kurung… ops… ini bukan cerita nak raya walau pun semalam saya dah dengar tanda-tanda kecil puasa iaitu iklan kurma Yusof Taiyoob di radio.

Dua tiga hari lepas saya nampak blogger berkongsi di satu group FB bercerita  pengalaman dia buat tempahan online beli baju kurung.  Dari bulan Mei sampai laaaa ni baju kurung idaman hati masih tak dapat.  Inilah risiko membeli belah online.  Semua orang dok berhati-hati, kadang-kadang tak terduga menempuh pengalaman kelat.

Kisah tempahan baju kurung saya pun tak kurang kelatnya, tetapi menjadi manis untuk Intan.

Dua bulan dulu saya hantar 4 pasang kain untuk tempahan baju kurung majlis perkahwinan adik bongsu ke tukang jahit tetap.  Dalam buku nota dia dah ada  ukuran, sesi ukur mengukur tu dah boleh skip.  Lagi pun dah tua macam ni, proses tumbesaran tak ketara sangat untuk 5-6 tahun.  Baju kurung mudah sebab ukuran tidak fit , longgar dan perubahan inci badan tak menjejaskan sangat.

  • 2 pasang untuk intan ( biru untuk kenduri dan 1 pasang uniform sekolah )
  • 2 pasang baju saya  ( biru untuk kenduri dan 1 jubah , kain dari Algeria …huhuhu…dah setahun lebih suami bagi, tak buat-buat lagi )

Hari Sabtu sebelum balik ke kampung, saya ambil baju kurung yang ditempah.  Jubah saya pakai, dua baju kurung warna biru masukkan dalam beg dan terus kami balik ke kampung.  Tak belek pun dah baju tu.

Esoknya selepas dah hilang penat memandu 380 kilometer, saya keluarkan semua kain baju dalam beg. Nak letak hanger dan gantung.

Bila keluarkan je baju kurung biru tu, terus menjerit dan terduduk dengan kecewanya!

Dua dua pasang baju kurung  biru tersebut , saiz Intan.

Habis nak pakai baju apa?

Tak faham macam mana boleh jadi salah faham macam ni.
Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Untunglah Intan dapat 2 pasang baju kurung baru, saya juga terpaksa pakai baju lama.  Spoil mood betul…

tempahan baju kurung
Tak ada baju kurung biru… ini adik saya  , gambar dari Pancaran Media.com

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Thanks for sharing.. Kalau minat nak tempah baju kurung boleh cari saya.. huhu
    Jom terjah post menarik dari Amira ..Tukang Jahit Shah Alam dan KlangMy Profile

  2. bulan puasa pasti makin banyak yang peminat baju kurung

  3. tukang jahit banyak sangat order sampai tersilap tu hehehe. takpe leh tempah lagi. tuk raya haji haha
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Telatah : Siput dalam Badan Saya!My Profile

  4. banyak tempahan baju raya sekarang nie…
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Setahun Mesir Tanpa Dewan RakyatMy Profile

  5. hahaha.. saya pulak kak, baju raya dah beli.. tapi terpaksa ikut kata anak2 pulak.. huhuhu

    mak ayah dah tak ada kwasa.. .dema semua pakat nak color emas.. mujur duitnya tak sama dgn nilai semayam mas sekarang utk sepasang.. uhuk!

    cerita punya cerita, baju raya kaler emas tu hanya ada utk anak2 kami aje.. terpaksa pulak mak ayahnya cari baju melayu hat kaler lain…. ingatkan nak sedondon macam “Boria Tanjung”. uhuk.. hahaha

    psst: mujur juga ada belanja sikit utk baju raya.. tahun sudah maza pakai baju pagoda dan kain gombang aje.. ahaks
    Jom terjah post menarik dari maza ..Boss bikin hangatkan badanMy Profile

  6. Kejadian macam ni biasa berlaku kalau tukang jahitnya terima terlalu banyak tempahan.. Takde rezeki le nampaknya..intan yang untung.
    Jom terjah post menarik dari Nasarudin ..11 Kaedah Untuk Menghilangkan Bau BadanMy Profile

  7. teringat zaman kecik2 dulu ikut mak, mak tempah baju kurung bawakan saya tempah baju melayu…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Dilema Pembeli Rumah Kos RendahMy Profile

  8. assalamu’alaikum…
    saya ada terbaca blog kujie2, saya sangat berminat dengan post ni, http://www.kujie2.com/resepi/siapa-tahu-nama-makanan-ini.html urm…bleh x saye nak dapatkan maklumat pasal opak ubi? sebab saya tengah buat proposal projek thun akhir, saya berminat untuk buat tajuk pasal opak ubi.

    please sangat2 reply . terima kasih.

  9. Akak pun tak tempah lagi baru raya.

  10. dulu ada org pernah tersilap jahit baju mak tapi tersilap guna ukuran baju saya, mujur corak kena dgn usia kalau tak, bazir je tak berpakai.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Jom Makan Mee Goreng Sempoi JeMy Profile

  11. assalamualaikum kujie…kesian nyer…;)
    Jom terjah post menarik dari maszull ..Hari IsninMy Profile

  12. hihi..rezeki intan nampaknya baju kurung biru tu… eh dah macam tajuk lagu pula rasanya….
    Jom terjah post menarik dari Mama I.A ..[PERKONGSIAN] Rahsia Kekal Bertenaga Semasa BerpuasaMy Profile

  13. serious saya gelak time part baju tu ukuran saiz intan. haha. akak sihat ? saya kat rumah lagi. saya tak ke uitm jengka pun sebab sy dapat offer jpa. hehe. alhamdulillah.
    Jom terjah post menarik dari aimi ..Book Review : Ilusaniti (FIXI)My Profile

  14. intan mmg selalu bertuah:P
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Payah Sangat Nak Kuruskan Badan? Mai Baca 5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori!My Profile

  15. Setakat ini tidak berani menempah baju dan kasut secara online bimbang saiz tak muat. Mengenai penghantaran setakat ini urusan pembelian diatas talian sampai paling lama pun 3 hari bekerja.

  16. mohd firhan jasni says:

    bertabah lah ya kak.
    rezeki intan lah dapat baju banyak tahun nii. hehehehe :p

  17. i like this share,, thanks yaa

Trackbacks

  1. […] News About Baju Kurung: Modern Baju Kurung Baju Kurung Rizalman untuk Kisah Tempahan Baju Kurung […]