Kita Serupa, Tak Menyala

maslah kereta proton

Sebulan lepas saya baru tersedar, lampu break ketiga kereta Saga FairLady saya telah rosak, tidak menyala. Kereta Proton saya yang baru berusia 18 bulan. Saya bercadang untuk membaikinya pada jadual service akan datang.

Saya ingat hanya kereta saya saja yang bermasalah seperti itu, rupa-rupanyaa rakan sebaya yang lebih muda sedikit ( Kereta saya WVA, yang ini WVD ) juga mengalami masalah yang serupa. Lampu break ketiga dia juga telah rosak.

Enam bulan pertama , masalah lampu depan yang dimasuki air, boleh baca entri di sini – Akhirnya Proton Dah Tukr Baru

Telan saja rasa terbuku dihati walaupun ada beberapa perkara lain yang tak puas hati, nasib rakyat maarhaen…. nak cakap banyak pun bukan dapat ganti kereta baru. Tak ada sesiapa terkejut beruk pun bila dengar keluhan pembeli kereta nasional.

oooo………. biasalah!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Tu yang terfikir-fikir.. nak beli kereta nasional ke, kereta import… Harap-harap perancangan dalam masa setahun akan datang terlaksana dengan jayanya…
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Bapak Ayam JUAL Anak AyamMy Profile

  2. Lekaslah diperbaiki sebba lampu tu juga sangat penting untuk menerang saat bepergian di malam hari
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Tangerang Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  3. dari pemerhatian sy bila berada di jalan raya, memang jarang sangat nampak kereta bukan berjenama tempatan ada masalah elektronik (lampu tak menyala, tingkap jemmed) walaupun keretanya kadang kadang tu nampak macam nak roboh..

    walhal kalau kereta nasional ni, ada yang belum setahun pun sudah ‘sepet’ lampu belakangnya..dari duluuu hingga la sekaranggg..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Selepas lebih semingguMy Profile

  4. Salam kakjie.. biasanya setiap yang berlaku tu ada sebabnya. bila dinilai dari sudut yang positif ia akan jadi positif. begitu juga sebaliknya. perkongsian pengalaman macam ni memberi manafaat pada semua. yang nak membeli, fikirkan semula dari segi kewangan dan masalah yang akan mendatang yang kita dah jangkakan. jangan pulak nanti dah beli nak komplen bagai. kak jie dan kengkawan lain dah bagitau apa masalah kereta tu. pilihan di tangan kita.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Perokok tak boleh masuk UniversitiMy Profile

  5. ayat Oooo biasalah tu yg mahal tu… hahaha

    sbb tu lah bila rakyat bersungut dan mengambil tindakan sebaliknya terhadap keta nasional, jgn dimarahi mereka dan mengatakan mereka tidak patriotik…. duit mereka dan titik peluh mereka pun ada nilainya juga..

    ahaks. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Tandatangan terakhirMy Profile

  6. patut proton kena perbetulkan masalah ni dgn segera.klu kete import lain ade problem tentu da tarik dari pasaran.
    Jom terjah post menarik dari hety ..Johor – Southern State of MalaysiaMy Profile

  7. Lampu masuk air! Masalah tu pun kami pernah kena. 1st car. Red colour lagi. Kereta Proton Saga Aeroback. Sama specislah tu. Tak dinafikan banyak keluhan bila membeli specis itu. Namun nak buat cam na. Memang kita rakyat marhaen. Kereta import, cukainya mak oiii dah naik ganda-ganda, taklah kami mampu. Kenalah beli kereta tempatan yang kononnya dikata murah(katanyerlah). Terima jerlah. Kelakarnya tolak yang itu (sebab dah excedd 10 years), sapu jenis itu juga, bezanya yang power stering. Kereta ni masih pakai. Gegar dia baik punya. Macam naik teksi. Tapi suka bawa dan sayang tuh! Sebab tu bila suami nak beli kereta kedua, MPV bila krew bertambah, saya terus sebut kereta jenis Perodua. Cuba lari ‘sikit’ dari specis lama. Oklah. Rasa baik sikit. Nampak kurang problem.
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..SARUNG KUSYEN BUAT SENDIRIMy Profile

  8. Saya beli 2nd , tak de apa rosak sangat , tp cermin tu memang selalu lah .. biasa dengar kereta proton gitu .. layan je lah ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Wordless Wednesday : Peminat Angry BirdsMy Profile

  9. Kak Jie…Aina guna jenama yang sama keluaran pertama. Alhamdulillah tiada masalah cuma bila suatu hari anak saudara menurunkun tingkap sampai habis dan power windownya langsung stuck terpaksa buka dan naikkan manually. Setahun lebih saya buka pintu utk bayar tol, raya baru ni saya gi baiki.

    Beli kereta ni agaknya ikut rezeki kot. Tapi lampu break tu kat belakangkan. nanti nak kena check jugak. confident jerk kata ok tah2 dah lama tak bernyala…hahaaa…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Gathering Raya Glamer Blogger – Makan-makan, Sembang-sembang dan Gelak-gelakMy Profile

  10. Perkara macam ni memang dah jadi sesuatu yang biasa bagi kereta Nasional..pakai dalam tempoh 6 bulan je dah mula gegar sana sini..berbeza pulak dengan versi untuk luar negara…hhmmmm…
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Wordless Wednesday # 1My Profile

  11. Hehe..memang perangai kereta jenis ni kot kak jie..haha..padahal baru lagi pakai tu..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #27 – Usah Di Kenang Barang Yang LamaMy Profile

  12. Salam Kak Jie… selalu jugak Neeza dengar kereta nasional ni bermasalah. Heran jugak. Kenapa lah diorang tak jaga kualiti. Tapi kan, yang jual kat oversea okay pulak. Macam2 feature ada dan di jual pada harga lebih rendah.. sedih.. sedih..
    Jom terjah post menarik dari Neeza Shahril ..Beryani mahalMy Profile

  13. Saga saya bukan FL ada jugak sikit masalah-alignment tayar cepat lari. Dah servis pun sama jugak. Biasalah… Nak beli kereta import, xmampu, beli sekadar keperluan…
    Tapi bab aircond, Proton terbaik..sejuk…
    Jom terjah post menarik dari mfadhlan ..Perancangan Kewangan – Permulaan yang hebatMy Profile

  14. Ada pakar pengurusan wang kata kereta ni bagus beli yang second hand @ rekon sebab harganya tak jatuh banyak berbanding kereta baru … semenjak tu saya memang tak pernah beli kereta baru cuma kena rajin mencari yg 2nd tapi berkualiti. Tapi lah beli kereta ni pun kekadang nasib kira macam bahagian masing2 tak kira kereta Nasional atau Kereta import. Kalau Allah nak uji ada je masalahnya.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..iPhone 5 Malaysia PertamaMy Profile

  15. bahaya kalau masuk air tuh
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Resepi Satay Ayam – Pilihan Selera MalaysiaMy Profile

  16. Selagi didalam tempoh jaminan boleh buat tuntutan pengantian.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Tanya sama pokokMy Profile

  17. Saga (aeroback)saya dah 12 tahun tak pernah terbakar lampu brek ketiga…teruk sgt ker kualiti kereta saga sekarang nih?
    Jom terjah post menarik dari azman ..Biar Hidup Susah Asalkan Tidak Ambil RasuahMy Profile

  18. Ada lagi masalah baru pula ya kak… datang dan pergi silih berganti masalahnya… semoga akan dapat diperbaiki pada service seterusnya…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kuasai teknik percutian harga murahMy Profile