Komen Ini Telah Mengguris Hati Seseorang

Berdoa ye XXX…hanya Allah saja yang boleh lembutkan hati mereka dan doa dari seorang anak itu lebih baik… walau ada perbezaan pendapat / konflik dengan keluarga jangan sesekali membenci mereka… berdoalah moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik

March 29, 2010 10:25 PM

Apa salahnya dengan komen ini? Menasihati seseorang supaya berdoa dan memohon ditunjukkan jalan yang terbaik itu salah?

Betul atau tidak kisah yang dipaparkan di blog, komen ini tidak menyebelahi mana-mana pihak.   Mohonlah dengan Allah – itu jawapan yang ‘klise’ .

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Jie… memang pada saya tak ada salahnya komen tu tapi mungkin orang yang cuba dinasihati tu tengah emosional dan komen tersebut tersangat bercanggahan dengan apa yang dirasakannya ketika itu. Biarlah. Biar dia sejuk sikit. Mungkin lepas tu dia akan faham apa yang cuba disampaikan dalam komen tersebut.
    .-= Elee´s last blog ..Pindah Rumah Siri Ketiga =-.

  2. adakah mungkin org tu dah berputus asa.. kadang2 tu kak jie, bila dah terlalu mengikut emosi, mmg kita nasihat pun org ingat kita perli.. padahal kita xde la cakap dengan nada yg kasar.. mungkin masa dia baca komen tu dia dlm emosi yg x stabil dan penuh amarah.. hmm.. ntah la..
    .-= azalea´s last blog ..Perasan =-.

  3. mungkin dia rasa diperli kottt………..dia ingat komen main2…sbb seme yg nasihat mcm tu.,…
    .-= syin´s last blog ..01 April 2010 =-.

  4. tak nampak salahnya komen kat atas tu.. nasihat baik adalah.. nasihat camtu pada saya tak salah, wpun pada dasar org tu xde tolong.. tolong ckp pun kira tolong la.. mungkin paling kurang dgn percakapan tu mampu menaikkan semangat yang dah nak hilang..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Seksa Jadi Guru =-.

  5. Azizuan says:

    apa cerita sebalik comment tuh? tak kan tak ada sebab dia nak terasa..kalau tanpa sebab, dia gila la.. :roll:
    .-= Azizuan´s last blog ..Ping Site Terbaru : myebuzz.net =-.

  6. Wan Perlis says:

    siapakah seseorg itu kak kujie?
    ni sensetif tak kena tempat

  7. saya tak berapa suka dengan nasihat klise atau harapan palsu macam “sabarlah ya, nanti mesti boleh betul punya” sbb biasanya orang yg cakap tu tak tolong pon. tolong cakap je. and bila saya tak suka dgr, saya tak suka cakap benda tu bila kena kat orang lain. saya lebih suka berdiam diri.

    tp komen kat atas tu nampak mcm tak da masalah pada saya
    .-= mrkay´s last blog ..Aku dan Orange 4 Kay =-.

  8. itulah mslhnya pemahaman sesuatu ayat yang ditulis bergantung kepada intonasi yg kita baca
    .-= mijie´s last blog ..Naikkan trafik blog part 2 =-.

  9. entahnya, maza baca wokay jer..

    mungkin dia baca dgn nada kuat kot?
    hmm

    lain kali suruh dia aje ajelah kalau tak boleh baca dlm nada lembut.. huhuhhu

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Pantai Lido, Tanjung Puteri =-.

  10. salah faham kot kak jie..lagipun, dh betul la tu apa-apa hal berbalik kepada Allah..agaknya, komen ni nampak cm menentang dia kot..wallahualam..
    .-= fina fento´s last blog ..Sakit lutut di usia 25.. =-.

  11. Mungkin di terfikir yang bukan-bukan kot. Sebab itu terasa pulak!
    .-= tekkaus´s last blog ..Peri-fying Earth Hour Dinner At Nandos! =-.

  12. Encik Luth says:

    taktau apa cerita ni..
    kalau kita baca komen tu tanpa tau jalan cerita mungkin tak terasa apa apa
    .-= Encik Luth´s last blog ..Takut untuk jana pendapatan sampingan? =-.

  13. Salam,
    Tetiba rasa macam…takut nak tinggal komen 😡
    .-= Anyss´s last blog ..Ada Apa dengan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 =-.

  14. pas ni kena berhati2 nak kasi komen ni.. 🙂
    .-= Hidier´s last blog ..Kebesaran jiwa seorang ibu (Kisah Benar) =-.

  15. denaihati says:

    Ramai manusia bilang dia yakin dengan Allah tetapi apabila menghadapi ujian dan diminta kembali kepada Allah ramai yang tak mampu kerana lebih suka ikut kata hati ikut emosi…akibatnya nasihat yg betul sebegini pun orang dah tak mahu ikut. Ingat ayat AlFatihah :”Kepada Mu lah aku sembah dan kepada Mu lah aku mohon pertolongan”.
    .-= denaihati´s last blog ..Blog Emilayusof.com menang Peugeot 308 VTi =-.

  16. aii peliknya orang tu. nasihat punya baik boleh pulak dia marah. dalam hati takde iman kot.

  17. kadang2 org baca dlm keadaan tertekan kot..tiba2 jadi moody
    .-= ~asha~´s last blog ..Wah aku mmg Bleh Jadi Mamarazi (aku dapat duit, aku dapat ye ye ye) =-.

  18. TMUkmkd says:

    soalan saya hnya satu. islamkah dia (tuan blog)?
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Pasangan Dan Gandingan =-.

  19. kadang2 pendapat kita yg iklas itu disalah erti oleh mereka yg tak menghargai pendapat orang lain..dlm kes begini, lebih baik kita berdiam diri shj…
    .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

  20. sapa yg mkn cili dialah rasa pedas .. kalau takada buat salah , kenapa nak terasa .. takda salahnya nasihat macam tuh kak jie .. menyuruh berbuat baik lagi ada.. 😉
    .-= L@n@´s last blog ..Din Beramboi Kritikal =-.

  21. kujie,
    white pon rase komen tu ok..
    tp yg part “doa dari seorang anak itu lebih baik” mungkin mnyebabkan ada org terasa kot~

    ntah la..

  22. itu la..
    tak nampak ape2 pon yang boleh mengguriskan perasaan..

    mungkin perkataan BERDOA tuh kot..
    tp biase la..
    kita sebagai hamba pada NYA..
    mmg sentiasa berDOA 5 kali sehari…

    pelik..

  23. apa yg saya faham, komen tersebut jelas berpihak pada si anak dan ini mungkin menyebabkan si ibubapa terasa hati kut. siapa yg makan cili dialah terasa pedasnya.
    .-= penyubiru´s last blog ..Setelah melihat video ini, Anda ada sebab untuk risaukan pasal cek nuffnang anda =-.

    • Berpihak dari apa yang dibaca tetapi dalam masa yang sama menasihati anak berdoa mohon jalan yang terbaik – jalan yang terbaik adalah dari Allah – untuk kedua-dua belah pihak tentunya.

  24. Saya rasa tenang baca ayat kat atas tu, huhuhu ada yg terguris ke” mungkin dalam perkataan org lain tak paham intonasi yang ingin kita luahkan kot.. Tapi bagi saya ini komen yg positif
    .-= farenova´s last blog ..Saya perlukan link anda semua (^_^) =-.

    • Apa pun kisah ‘mereka’ di luar sana , tak disentuh pun
      Nasib baik tak tulis ayat ‘batu api’
      lagi mengeruhkan keadaan…

  25. Ye la, kenapa nak terguris?isshhh manusia ni.
    Pada Allah la kita meminta apa-apa pon.

    • terlalu umum komen ni…selalu bila kita baca ‘luahan hati’ seseorang
      kita sekadar membaca dan kita belum tentu percaya
      jadi kita nasihat dia berdoa pada Allah – berikan jalan yang terbaik

  26. x pahamla kak kujie… erm…. zul baca rileks jer…

  27. xfaham. knpa tguris? nsht tu xelok ke?
    .-= JHafiz´s last blog ..Lomography. Apa itu lomo? =-.

    • Kak Jie lagilah tak fahammmmmmmmm…sampai dapat email ” tunjuk sebab”
      Nasib baik Kak Jie tak komen jadi ” Batu Api “

      • salam kak jie. Saya pun xpaham apa yang salah dan tergurisnya dgn komen kat atas tu? Peliknya! Saya dah cuba mcm2 intonasi gaya bahasa penyampaian. Tapi masih jugak nampak ke-nasihat-annye tu. Owh kompius… Mane silapnye?

        • Berdasarkan post entri – Kak Jie suruh dia berdoa . Betul atau tidak hanya Allah yang tahu sebab itulah suruh kembali kepada Allah. Sesiapa pun yang benar dalam kisah tersebut – berdoa ditunjukkan jalan yang terbaik.