Lebih Mahal Di Digital Mall

Selain LowYat, saya kerap ke Digital Mall Seksyen 14 Petaling Jaya untuk membeli barangan gadjet atau elektronik.

Selain mempunyai pilihan yang banyak, harganya tak jauh sangat berbeza.   Saya pernah membeli telefon dan DSLR di Digital Mall termasuk pelbagai lagi aksesori dan peralatan elektronik.

Tetapi…..

Kali terkahir saya ke Digital Mall, kos barangan yang dibeli menjadi lebih mahal.

Balik rumah, buat kira-kira , campur dan tolak, kos barangnya lebih mahal. Rasa geram juga..nak marah, tetapi kena telan saja sebab kesilapan diri sendiri.

Semuanya kerana – sekeping surat panjang dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya bernilai RM 100!

Surat kompaun kesalahan gagal mempamirkan tiket bayar dan peraga semasa meletakkan kenderaan di dalam petak letak kereta.

Cis… cis… cis… jauh – jauh pergi untuk dapatkan harga yang murah, terpaksa membayar kos tak terduga.

Saya ni pula bukan jenis degil berkira bab beli tiket meletak kenderaan. Jarang sangat saya tak beli, tetapi pada hari tersebut saya meletak kereta di bahagian belakang  bangunan Digital Mall berdekatan tempat lori turun dan ankat barang.

Tempat belakang yang saya tak perasa pun perlu letak tiket bayar dan peraga.  Nampak saja tempat kosong, terus letak kereta.

Kesilapan diri sendiri, terpaksalah terima .

kompaun mppj

Hari ni saya login ke web MPPJ dan buat carian nombor kompaun.  Cepat-cepat bayar  sementara ada diskaun 50%.

RM 50 tu…..  dah boleh beli casing yang kiyomi  untuk S3 !

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Untungnya ada discount 50% dari pembelian tersebut setidakya bisa sedikit hemat
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9466-8989My Profile

  2. aritu saya kena jugak macam ni, ingat nak save budget tapi terlebih pulak sebab kena saman…huhu

  3. terima jelaa kakjie..hehe

  4. Macam tau2 jer…sedang kita berkira2 nak jimat itu ini…biasanya..biasanya mmg akan berlaku perkara yg kak jie share ni..hehe

    Bukan sekali, tp ada beberapa kali..mmg tak terduga..redho ajer =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 Cara Jadi Super Abah!My Profile

  5. hehe..terpaksa terima la kan..hehe..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Quantcast RankMy Profile

  6. Jarang sekali ke sana. Selalunya ke The Curves sebab ada gedung komputer All IT.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Air terjun Serendah mandi manda paling syiokMy Profile

  7. dah semakin leceh skrg ni kak. balik ke kaedah konvensional. bukan nak memudah, lagi mnyusah….hmmm…
    Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Sekitar “Mimpi Amin” 2013.My Profile

  8. lenkali bawa motor. hehe..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Bangkitkan sifat genius anda melalui Jomniaga.My Profile

  9. kak jie parking kat celah bedah mana kat sana pon takper asalkan takde tanda no parking atau clamp..tp make sure bayar parking…cam saya dulu…masa tuh digital mall tuh metrojaya lagi…pernah keta kena clamp time student…nego2 ngan MPPJ dpt la kurang kompaun pasal student lg…diorang cakap asal takde tiket bayar parking jer, diorang akan saman/clamp wlpn kita letak kt tmpt takde tanda parking/jalan private
    Jom terjah post menarik dari life4hire ..Sepetang di SMWM 2013My Profile

  10. Umi pun pernah kene mcm tu… nak g makan tmpt murah sbb nak jimat konon..x nak g mkn tmpt mahal…then parking tepi jalan..x sangka kene saman..x pepasal terbang rm50…

    Sudahnya makan tghari tu jadi rm60…ggggrrrrrrrr
    Jom terjah post menarik dari Sumijelly ..80hari lagi menjelang Ramadhan……..My Profile

    • huhuhu…………..nasiblah
      itu namanya kos tak terduga, bukan main berkira2 nak pi cari yang murah
      alih2….lebih mahal dri ssepatutnya

  11. faham perasaan kak jie..
    masa praktikal di MBSA jaga tempat orang bayar saman, setiap hari kena sumpah serana dengan public.. selalu nasihat kawan-kawan parking tu bayar je.. sekarang musim menyerang..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Rezeki Itu Datang Dari AllahMy Profile

    • kak jie kalau dah kena saman, bayar saja
      dah memang kita buat salah
      adalah sebab kena saman tu, ingatan dr kelalaian kita yang lain

  12. assalamualaikum kujie…nasib baik ada lesskan…;)
    Jom terjah post menarik dari maszull ..Aiman Nuqman Buat Mama MengelabahMy Profile

  13. nasib baik ada diskaun kan.. hehe..
    Jom terjah post menarik dari HafizAmri ..PRU13: Keputusan Penamaan CalonMy Profile

  14. Ya Allah, terkejut tgk screenshot tu bila bukak blog ni tadi. Hahaha. Saya salah sorg yg buat sistem payment online mbpj tu. haha

    Parking Digital Mall belakang Digital Mall. Kak jie kena terus sampai hujung deretan kedai sebelah digital mall (simpang empat), belok kiri dan belakang kedai tu ada bangunan. Bangunan tu nampak mcm bangunan tinggal dan jalan masuk dia mcm sempit sikit (bangunan warna coklat). Naik je situ. Parking kena RM1.50 sejam kalau tak silap. Saya kalau pegi digital mall, situ je saya parking. hehe
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Blog – Permulaan, Pertengahan dan PengakhiranMy Profile

  15. pernah gak parking sama tmpt akak parking.. tp maybe nasib sy baik.. tak kena lg saman.. hahaha
    Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Tak dapat nak baca NASIB dirikuMy Profile

    • betullah tu…. banyak kali dah park kat situ
      tak pernah teringat pun situ kena letak tiket parking
      sekali dah kena ni….. jadi ingatan sampai bila bila

  16. syok pi sana.nak pi kl sesak
    Jom terjah post menarik dari Faizalpj ..Senarai Calon Parlimen dan ADUN Pilihan Raya Umum ke-13 Negeri PerakMy Profile

  17. tu yang geram kalau kita pergi ke tempat shopping mall yang ruang pakir keretanya terhad then kita laks main parkir jer lastly kena surat cinta MAJLIS…
    Jom terjah post menarik dari sukma ..CALON BN BARU MAMPU BAWA KEMAJUANMy Profile

  18. rasanya, pernah 2-3 kali gak pergi Digital Mall tuh, sbb dekat dengan Subang berbanding Low Yat… tempat parking sesak. kadang-kadang parking jer kat mana-mana yang boleh. tapi saya tak pernah tahu pun kat situ kena letak tiket parking… syukur juga tak pernah kena saman.. ish~ish~ =.=’
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Debaran PRU13- Siapakah Yang Patut Kita Undi?My Profile

    • dari tempat kak jie lebih jauh sikit dari lowyat tapi lebih mudah nak sampai
      kadang2 pergi bukan nak beli, nak survey harga atau tengok jenama pilihan
      bila dah berkira2..baru beli

  19. kesiannya kak jie.rm100 pulak tu..nasib badan..hehe
    Jom terjah post menarik dari afif ..Psy Gentleman Jangan PopularMy Profile

  20. Untungla ada discount,kalau tak.
    Jom terjah post menarik dari Oneblogsocial ..Review Untuk Ajumohit.comMy Profile

  21. Saya tak bayar lagi kompaun parking kereta hari tu.. Masuk mahkamah ek kalo tak bayar?
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Instagram Problem Tiada Caption Gambar dan Tak Boleh FollowMy Profile

  22. Hahahaha. Saman lagi, minyak lagi.. Hihi..

    Sabor je lah.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amirul Aslam ..Keistimewaan Solat Sunat DhuhaMy Profile

  23. Pernah sekali jer singgah ke Digital Mall, itupun teman kawan, setakat ni tiap kali gi lowyatt atau kedai komputer lain, biasanya jadi tawar hati nak beli… tak tahu kenapa…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..3 Tips Untuk Menjadikan Blog Anda Disayangi GoogleMy Profile