Lembu Korban Dan Pisau Dapur

jenis pisau

Alhamdulillah… sekali lagi kita dikurniakan umur panjang untuk bersesempatan mengerjakan ibadah korban tahun ini.

lembu korban
Ini sebahagian daripada 11 ekor lembu yang akan dikorbankan di surau taman perumahan saya pagi ini. Sejak balik dari Algeria, definasi berkorban bagi kami sangat-sangat berubah. Setiap tahun, InsyaAllah ibadah sunat Muaakad ini tidak pernah terkecuali. Bandingkan kita sedaya upaya menyediakan persiapan menyambut Aidil Fitri yang menelan belanja yang banyak( kuih muih pelbagai rasa dan bentuk, tukar perabut, langsir , sofa, telekung baru, alas meja baru, pakaian baru anak beranak  ratusan ringgit ), jadi tak ada sebab kenapa kita tidak sanggup ‘berkorban’ untuk melakukan ibadah sunat muakkad ini.

Bila dikira dan dihitung, satu bahagian lembu berharga RM 400 ( ditempat saya ) hanya beberapa peratus dari pendapatan tahunan.  Berkorban bagi saya adalah apabila kita bersusah payah untuk menyempurnakan/ melakukan sesuatu bukan melakukan selepas ‘ada kelapangan’ , ‘ada baki’ atau dalam keadaan selesa.

Semoga kita sama-sama menambah ilmu dan mendapat redha-Nya dalam beribadah.

jenis pisau
Ini pula keadaan di rumah saya sejak petang semalam. Tiada dalam gambar kapak dan penimbang.

Mengasah pisau adalah rutin tahunan suami saya sebelum Aidil Adha.  Kami buat ibadah korban atau tidak , dia akan berada di surau untuk sama-sama bergotong royong.  Pisau adalah tool penting.

Petang semalam anak-anak lelaki saya yang tolong asahkan.

Selepas diselongkat dapur, inilah pisau yang ada. Itu pun ada yang dah hilang. Memang hobi suka beli pisau agaknya.

15 Replies to “Lembu Korban Dan Pisau Dapur”

  1. Kepada yg faham maksud syariat dan hakikat Qurban pasti akan berusaha sendaya upaya tanpa mencari alasan sebagaimana Nabi Ibrahim tidak mempersoalkan Allah apabila diarah menyembelih Nabi Ismail
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Liat nak bayar hutangMy Profile

  2. Mak ai banyak nyer pisau,pisau hiris bawang pun boleh tahan banyak hehehe…pisau tajam mmg syok kalau siang daging.

Comments are closed.