merah itu cinta
Anak, Peribadi May 23rd, 2008” abah…hari ni Along balik….”
huhu…baru hari Selasa hantar Along balik asrama, tiap hari tak pernah lekang menyebut. Sebenarnya anak² saya bukan baik sangat satu sama lain. Bercekau macam kucing bergaduh juga. Bergaduh 5 minit, lepas tu baik semula. Along yang dah 16 tahun pun memang bergaduh dengan adik².
Berebut channel tv, berebut komputer malah kadang² berebut tempat duduk dalam kereta. Inilah cara mereka berinteraksi dan membina hubungan. Ada masa berkongsi, ada masa cemburu satu sama lain. Bagi saya riuh rendah anak bergaduh adalah pelajaran untuk mereka saling bertolak ansur dan bertanggungjawap sesama ahli keluarga. Anak² saya terlibat dalam keseluruhan pembentukan keluarga kami.
Mungkin kerana selalu bergaduhlah yang sering terbit rasa rindu-rinduan. Minggu lepas, Intan bagitahu Along bahawa kami sekeluarga berkumpul di taman memandang langit merenung bulan yang cantik dikelilingi bulatan. Along juga bagitahu dalam masa yang sama dia dan kawan² di asrama pun memandang bulan yang sama.
ooohhh…… saya rasa sayu…. kami sekelurga memandang bulan yang sama pada masa yang sama walau berjauhan jarak.
Boringkan masuk blog saya. Asyik cerita anak² je…kan?
Nak cerita hal lain pula… hal yang menyakitkan hari tentang penyewa terdahulu rumah saya. Mereka tinggalkan bil elektrik dan bil air tertunggak sehingga mendapat surat merah! Bila dah surat merah, tak dapat bayar online terpaksa ke pejabat Syabas di Kuala Kubu Baru dan Tenaga Nasional terdekat di Rawang.
Deposit api & air dulu hanya RM 100 tetapi kedua²n bil tersebut berjumpa RM 291.43. Sabar….sabar…. walau kedua² bil tersebut berwarna merah, muka saya tidaklah bertukar merah sebab surat tersebut bukan betul² berwarna merah walau pun dipanggil surat merah.. pink kaler tau…romantik macam surat cinta!
Susah jadi tuan rumah yang baik ni….

May 23rd, 2008 at 12:44 pm
Saya dulu adik beradik slalu gaduh, rebut2 mainan, tarik muka masam..ntah pape…agaknya itu ler yang dikatakan membina hubungan…
bila dah beso, kalu bukak citer2 weng2 kitaorang, mesti syahdu…nak2 bila kumpul time nak raya..
May 23rd, 2008 at 1:13 pm
i luv red dear..! :p
May 23rd, 2008 at 4:33 pm
Alahai… pengalaman k’jie ttg penyewa sama macam su. Tapi ye lah… apa yg boleh dibuat, cuma sabar je lah kan… mungkin bahagian yang nak kena bayar tu bukan rezeki kita agaknya…
Su sewa rumah org… rumah su, su sewakan, tapi insyaAllah, su tak akan buat spt yg penyewa su buat pd su…
May 23rd, 2008 at 5:41 pm
merah jambu la kak jie
kan suwit kaler tuh
hihihi ~
May 24th, 2008 at 12:09 am
Sabar2..k.jie, manusia yg mcm ni la yg jd smph dlm msyarakat, krg2 smph pn blh di recycle skrg..isk..isk…hv gud weekend k.jie n famlily..
ps: merah itu saga
May 24th, 2008 at 2:03 am
bila bayar kena jugak lah keluar duit kaler merah hehe
May 24th, 2008 at 9:34 am
Udah ghumah besor, kenela bilnye pun besor ye dok???
Ape ke heinyer kalau umah besaor bil kecik ciput kan???Ada logikka??
Takpe, skg kite bayar la…
Dah tue-tue kang suh anak akak pulek yang bayarkan…
May 24th, 2008 at 9:42 am
selamat berhujung minggu kak jie!
May 24th, 2008 at 3:33 pm
Nak membawa diri kemana tu?
Masa kecik kecik jer dapat bergaduh dan bercekau camtu, bila dah besar dan berjauhan pasti kenangan semua tu akan menggamit kita semula untuk dapat berkumpul semula walaupun peluang tu cuma dapat setahun sekali itupun bila hari raya jer…kalau orang tua dah takde lagilah sedih…aku merindui zaman kanak2 tu..
May 24th, 2008 at 4:00 pm
sy cukup suka treasure anak2 kita bercakaran satu sama lain..ini lah saat yg paling berharga yg tiada galang ganti.
berpengalaman pernah menjadi tuan rumah..so sekarang menjadi penyewa. jadi kene saling hormat menghormati lah. kene bayar sewa tepat masa. jaga rumah dia baik2 (almaklum anak kecik2 lagi)..so mmg saban tahun cat rumah sewa tu. alhamdullilah tuan rumah pun ok. nak pindah siap basuhkan rumah lagi….:)
May 24th, 2008 at 6:44 pm
eh dpat surat merah kene p ofis yek..ooo..ok
May 25th, 2008 at 1:37 pm
x suke tol surat merah…
May 25th, 2008 at 6:35 pm
best apa baca cerita anak-anak Kak Jie.. boleh jugak neeza ambik iktibar dan gelak2 sebab cerita nya sama aje… neeza kecik2 dulu pun selalu gaduh adik beradi… tapi, bak kata orang, air dicincang takkan putus.. bila dah besar ni, rasanya bertambah erat hubungan kami walaupun semua duduk berjauhan…
kes penyewa rumah ni… neeza pun ada penyewa di area Puchong… sewa selalu liat… kami tak pernah ambik tidakan so far.. macam2 alasan dia bagi.. pelik kan.. benda lain boleh bayar, tapi sewa rumah susah pulak nak bayar.. bukannya mahal pun…
May 25th, 2008 at 7:15 pm
To Jie:
Anak2…itukan “amanah” yang seharusnya dibanggakan…walau apa jua keadaannya sekalipun dari segi rupaparas, budipekerti…ianya tetap “amanah” utk kita! Pandai-pandai kita jua utk mencorak warnakannya…
Aset.. aset yg kita cari dan miliki harus dijaga rapi…jika tidak aset kita akan memakan diri… ermmmm…
May 25th, 2008 at 7:22 pm
Ha’a la… surat merah (pink) tu kene tukar kaler itam baru kena dengan tujuannya…. he he he