Mereka Bersama Projek Iqra’ Shopping Raya 2013

Alhamdulillah…

Projek Iqra’ yang saya publishkan tak sampai 12 jam telah berjaya mengumpul lebih kurang 15 blogger  untuk mengambil bahagian . Sebanyak RM 376 telah berjaya dikumpulkan dan dengan jumlah itu kami berjaya menaja 2 orang anak yatim dalam program Shopping Raya 2013.

Baca entri terdahulu di sini – Sertai Projek Iqra’ Dengan Manaja Anak Yatim Shopping Raya 2013

Tak sampai 1 jam selepas entri tersebut diterbitkan, saya bersama blogger grup WhatsApp Kiah Propa telah bersetuju untuk mengambil bahagian dan menaja seorang anak yatim.

tajaan kiah propaBank transaction Grup Wasap Kiah Propa

Terima kasih pakcik dan makcik kiah propa

Kemudian saya mendapat idea untuk mengajak member grup Facebook DenaiHati untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam projek ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.  Kami telah berjaya mengumpul tajaan untuk seorang anak yatim iaitu RM 188 yang dikongsi bersama. Pihak Akademik Denaihati akan mengajurkan Program Sembang Hartanah – sangat sesuai untuk pasangan muda yang merancang membeli rumah pertama dan mengetahui selok belok perniagaan jual beli hartanah.

tajaan anak yatim grup DHBank transaction Blogger Grup FB DenaiHati

Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi berkongsi untuk program ini.

 

projek iqra shopping raya 2013

Terdapat 3 cara bagaimana kita semua boleh menjayakan projek ini:

  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang dinyatakan.
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Seorang anak yatim boleh ditaja dengan nilai tajaan sebanyak RM188.   Kita boleh saja berkongsi bersama adik beradik, anak beranak , rakan blogger atau rakan sepejabat.  Kalau berkongsi 4 orang ,  RM47/seorang atau jika berkongsi 10 orang,  RM18.80/seorang.

Untuk menaja, sila buatkan bayaran tajaan  ke:

AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 564810504003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

Selepas membuat bayaran, sila isi  borang di sini Projek Shopping Raya 2013 atau  SMS/MMS ke nombor telefon diatas ikuti maklumat di Facebook Projek Iqra.

Maklumat terkini, masih terdapat 69 orang anak yatim dari seramai 266 orang yang belum ditaja.  Ambilah bahagian, sumbanglah sedikit dari apa yang kita ada.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. semoga diorang gembira pada ramadan dan syawal tahun ini.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Delima Home – Jual perabut secara online.My Profile

  2. Bantuan yang dihulurkan memberi peluang anak yatim meraikan Hari Raya walaupun tidak sempurna seperti insan lain.

  3. Alhamdulillah. Mendapat sambutan.

  4. Allhamdulillah,dapat 1 tajaan,kongsi dengan Kid dan rakan2..

  5. oo..bila ada entry nih, baru faham mcm mana flownya. rm188 utk seorg dan bleh dikongsi tajaan tuh.

  6. Alhamdulillah….

  7. Tahniah Kak Jie.. Semoga usaha murni Kak Jie dan rakan-rakan diberkati…

  8. alhamdulillah…akhirnya terlaksana jua……

  9. Saya betul kena tukar tagline. Hahah. Lepas raya, saya pakai baju baru utk blog plak.

    Terima kasih kak jie. Saya mmg lama sangat menyepi dekat blog akak. Sekali2 sekala kena petik best jugak. Hahaha

    Mari sama-sama doakan anak2 yatim ini mendapat yang terbaik. InsyaAllah. Amin.

  10. insyaAllah…dalam perjalanan utk tunaikan hak mereka =)

  11. Alhamdulillah makin ramai anak-anak yatim yang bakal mendapat baju raya baru tahun ini, semoga baki target yang tinggal pun tidak terlepas peluang untuk dapat baju raya.

  12. Insyaallah Kak Jie saya pun on the way untuk mencukupkan dana Rm188 tu.

Trackbacks

  1. […] I have to thank Kak Jie for giving me the opportunity to replace her. I have to say, this is the most convenient orphanage, […]