Mereka Bukan Blogger

Hi! Macho tak ?  Nama I Nemo.  Yang gemOz tu tangan Makcik Jie!

Saya bukan tuan tanah yang kejam tak berperikebinatangan, setiap hari sewaktu membersihkan bekas tempat tinggal kura-kuraku, saya akan lepaskan si comel ini  bebas secara semulajadi.

Kolam kecil ini ada ikan² guppy.  Sangat comel melihat si guppy ini menyentuh rakan baru setiap kali menerima tetamu.

Melihat makhluk comel ini berenang dan menyusup di celah² daun dan akar pohon keladi sangat mendamaikan.

Ada 3 ekor sekarang, satu dah hilang minggu lepas.  Tak pasti dia memanjat ke mana atau memasuki kolam besar dan di makan ikan talapia( mungkin)

p/s – Ini bukan King Kenny atau Princess Mia.  Keduanya dah mati.

©kujie – kereta saya telah didaftarkan semalam 3106 – sekarang tunggu penghantaran dari Proton.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Mereka Bukan Blogger”

  1. Kura-kura ni kalau dah besar karang tak comel dah.., rupa jauh beza dengan time kecik. Cuma jarang orang dapat bela ni sampai besar.
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..SBC to do listsMy Profile

  2. kereta kecik je… sesuai family yg makin kecik
    anak2 bujang dah besar2 tu masing2 dah tak ikut mama dia lagi

    yg besar ingat nak let go…ada 3, yg pakai kak jie sorang 😆

  3. 😉 like this post bersahaja tp ada makna…: )..u rite kujie Mrereka buka blogger sbb tu mereka x kisah pon dimana mereka diletakkan….

  4. err.. rasanya keta baru kena selalu penghangat sampai 1000km ni kakjie..

    kalau gitew, pandu ler sambil melawat sedara kak jie yg keja kat plaza tol kota damansara itu.. dan lajak sedikit sahaja ke rumah maza.. boleh ler kita main drift dan test performancenye…. ehhehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dressar merawat dari kakiMy Profile

  5. Saya ada kolam ikan tepi rumah tu Tie…bila dah besar, saya dah tua ( kata Intan…dia hidup 100 nanti sapa nak jaga dia) lepas je dlm kolam tepi rumah tu.

    Mungkin dah besar kot..yang ni ikan guppy yg malu2 sentuh dia…dia mencicit lari sembunyi 😆

  6. kecik pun lari punyalah laju
    sejak bela kura2 ni dah buang dari kamus kata
    ‘slow mcm kura2’
    sebab tu dia menang masa race dgn arnab 😆

  7. kura-kura kecil ni cepat sgt mmbesar kak jie. Sy pernah bela. Masa beli saiz die besar syling 50sen je..

    beberapa bulan pastu dah besar tapak tangan. Sekarang dah lepaskan ka sungai sebab makin besar, makin x selesa dia dalam akuarium…hehe
    Jom terjah post menarik dari aini ..Cokelat Purple Putih Dari ZaraMy Profile

  8. Eh, Tie dulu ada bela kura2 kecik ni, tapi sekor mati lak. Sampai besar tapak tangan, terpaksa antor dia ke resort air terjun sekayu sebab tak larat nak cuci aquarium, cepat sangat kotor.

    Tapi, kura-kura kami tu pantang tengok ikan guppy. Terus terkam dan makan, sadis tengok.. ala-ala canibal.

Comments are closed.