Merenyam Nak Salam Cium Tangan Tu Pasaipa?

Saya pernah baca tips rumahtangga – bersalam dan mencium tangan suami setiap kali bertemu atau berpisah.

Bagus tips ini – lagi bagus kalau dapat peluk pasangan masing² seketika di muka pinta. Kalau tak ada orang nampak , nak comolot pun boleh. Jangan mengatal nak tunjuk romantik comolot nak pilih KLCC pula. Kalau dah berstatus laki bini pun tak manis apalagi baru berpakwe makwe.

Masalahnya – kalau kau belum kahwin, janganlah nak beradap sopan santun tunjuk ayu nak salam dan cium tangan pakwe.  Entah apa yang nak dibuktikan.  Ajaran sesat mana yang diikutnya.

Tips tu pakar bagi untuk praktikal suami isteri walaupun dalam ayat tu digunakan ‘pasangan anda’ bukan bermaksud pasangan yang belum sah. Sekolah tinggi² yang tu pun tak tau nak bezakan.

ade orang tu tak de salam² cium tangan aihhh………….terus dipeluknya sampai ada awek lain cemburu!

renyam – galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat! merenyamkan menyebabkan berasa me­renyam. – Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

37 Replies to “Merenyam Nak Salam Cium Tangan Tu Pasaipa?”

  1. time kapel ada yg siap mintak izin lagi nak g mane2.. kalah laki bini tu.. merenyam tu best tengok ble orang sebut siap dengan ekpresi muka skali.. hehe

  2. ma…agree!!!ada kawan2 kita siap cium tgn boyfriend lagi..hadhoyai!~tepuk dahi tengok perlakuan macam tu.

  3. haha dah la tak dengar nih. tuh la sebab dah merenyam sangat ramai lah belakangkan ibu bapa dan pegangan sendiri. Geram baca kisah diorang nih, sebab terlebih pandai sangat ke tak taulah kan. Lagak kalah suami isteri, orang yang dah kahwin pun tak macam tuh. Geram lah.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Mereka Alami Sindrom Motivasi DownMy Profile

  4. zaman skang kan terbalik kut dah… time berchenta rapat kemain! sampai angin nak lalu celah2 pun segan… bila dah kawen baru nak cakap pasangan tu kurang sana sini… jalan sebatu jaraknya..alahai

  5. hahaha.. hat salam pakwe makwe tu memang betul.. kekadang rasa mcm geli jerk dema buat mcm tu.. huhuhu

    nak belangkong pun ada. hahahah

    dua hari lepas, baru maza herdik seorang pasangan melayu sedang berpelukan dan comolot atas escalator di sebuah pasaraya.. yg ironinya minah tu bertudung litup dan tak semengah itu encem gak ler.. huhhu
    Jom terjah post menarik dari maza ..Atok dan penyepit CinaMy Profile

  6. dulu masa mula2 sampai semenjanjung kena buli dgn kwn2 kolej ckp perkataan yg yan x fhm, cnthnya diorg suruh ckp kt orang lain “ko nie merenyamlah” hahhaaa…time tu xfaham apa maksudnya 😛

    psstt!! next time jgn sensor itu gambar…hahhaaa :))

Comments are closed.