Mesyuarat PIBG dan Bayi Erra Fazira

Sukar juga membuat pilihan antara hijau atau merah. Saya suka theme hijau tetapi perlukan masa untuk beberapa ubahsuai kecil seperti saiz font dan lebar sidebar .

Rasanya theme ini pun tak kekal lama!

Sabtu lepas saya hadiri Mesyuarat Agung PIBG ke-4 sekolah Angah. Tak ada apa kejutan drastik yang berlaku. Tiada pencalonan sehingga 15 orang seperti di Bukit Selambau.


Keadaan macam biasa – ibubapa yang ghairah bercakap mengenai disiplin dan bagai² tu seolah² dalam setahun hanya hari tersebut mereka berpeluang bercakap. Satu hari tu saja tunjuk bagus , 364 hari lagi wat dono dengan aktiviti dan sokongan pada PIBG.

Saya tak nak cerita hal yang lazim macam tu…bukan cerita sensasi pun. Saya ada 2 perkara yang nak dicerita.

Pertama, saya mencari guru tingkatan Angah seluruh sekolah. Bukan senang sebab guru² agak sibuk untuk menyelenggara majlis. Rasa gembira kerana guru tingkatan Angah adalah guru tingkatan Along 2 tahun dulu.

” Syafiq tu lone ranger macam saya..dia murid paling pandai BI, saya guru BI dia…bla…bla….. cikgu PS ada mengadu dengan saya, Syafiq tu sepatutnya jadi TokOh Nilam tetapi dia membaca tak pernah nak tulis….cikgu PS cakap semua buku dalam Pusat Sumber dia dah habis baca sampai buku yang belum diletakkan di rak , masih dalam kotak pun dia cari untuk dibaca……bla…bla….Dia murid yang paling suka angkat tangan untu bertanya..bla…bla….”

Bila bab suka bertanya tu memang saya akui. Klik dan baca pertanyaan² tak bleh blah dia :

Amerika

2nd floor

Siapa boleh jawap

Sebelum bersurai, cikgu berpesan “kirimkan salam untuk Along, selalu juga Syazwan sms saya “

Sebagai ibu saya gembira kerana anak² saya masih rapat dan berhubung dengan guru mereka walaupun Along bukan lagi pelajar di situ.

Iklan kejap!

Tahniah : Erra Fazira selamat lahirkan anak perempuan Engku Aleesya Binti Engku Emran pada 11.40 pagi ini ( 30/3/2009). Bayi seberat 4.04 kg dilahirkan secara normal di Damansara Specialist Center.

4.04kg? OMG!

Anak² saya 3.8 yang paling berat itu pun semuanya melalui pembedahan.

Seronok bila dapat tahu kawan² mengandung dan melahirkan anak.

EDIT : 24/05/09

Gambar-gambar anak Erra Fazira dan Engku Imran . Klik sini > Gambar majlis aqiqah anak Erra Fazira , Engku Aleesya

Anak Erra Fazira - Engku Aleesya

Anak Erra Fazira - Engku Aleesya

Balik pada Mesyuarat PIBG. Tahun ini ada cabutan bertuah. Banyak hadiah yang disediakan, lebih 50 cabutan bertuah. Moga dilimpahi rezeki yang berkat untuk semua penaja.

Seorang kawan terpaksa balik awal dan berikan nombor dia pada saya. Dia cakap ” kalau dapat yang besar , kita share ye”

Saya tiada masalah. Memang saya bertuah…hehehehe…nombor kawan saya berjaya dicabut.

Hadiahnya satu. Bekas makanan yang tahan panas . Kawan terdekat saya cakap tak perlu bagi pada Ruby ( kawan yang nombornya saya pegang ). Bukan dia tahu.

Tapi hati saya tak tenang, saya rasa itu bukan milik saya. Saya rasa serba salah kerana memang bukan nombor saya. Walaupun dia tak tahu tapi andailah dia bertanya…. ‘ nombor hari tu dapat tak?”

Saya tak pandai berbohong.

Saya tak pandai nak mengkelaskan hadiah itu besar atau kecil jadi saya dah kirimkan kepada kawan saya melalui anaknya ( Ruby kawan saya juga anaknya kawan anak² saya )

Saya anggap kes selesai tetapi ada kawan baik saya yang lain bercakap lagi….‘ehh..kenapa bagi..dia bukan tau..ambil sajalah…”

Bila saya ceritakan pada suami, dia kata ” kalau itu adalah milik kita, kita akan dapat juga lain kali “

Kata ustaz saya ..

Orang pemurah menjadi Kekasih Allah walaupun dia pasif ( bercampur dosa dan pahala )

Orang yang kedekut menjadi musuh Allah biarpun dia solat.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. wah cute nya ank fazira 😳

  2. Wow… dah beranak dah dia? Tahniah.

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  3. nikillas says:

    waaaaaaah.. dah ada anak dah erra ni yek.. nama dia engku aleesya.. woh3.. kita tgk nanti.. erra berjaya atau tidak slimkan badan dia balik.. yosh..!!

    nikillass last blog post..Gives You Hell..!!

  4. waa…banyaknya buku Syafiq baca…boleh jadi profesor

    Lan Bingkas last blog post..Pening jika membaca

  5. kalau ikutkan rules cabutan bertuah, nombor tu kena draw balik sebab tuannya dah balik kan.. tapi kak Jie pegang nombor tu.. kira Kak Jie punya lah kot..
    tapi Kak Jie tak rasa sedap hati.. kalau neeza pun mungkin gitu jugak sebab bukan kita punya..
    Takpelah Kak Jie.. niat murni Kak Jie tu pasti akan berbuah nanti.. Insyaallah…

    Neezas last blog post..ISG School Gala – Habitat for Humanity Fundraiser

  6. waaa…
    nombor naik ek kak??
    rezeki akak la tuh…
    nombor tu kalau dier pegang kut2 tak naik..
    rajin akak jumpe cikgu anak akak ek…
    mcm mak saye la dulu…rimas jugak, takut bende pelik2 pulak yg kuar…

    chekguBHs last blog post..Dari kerana senyum….

    • @chekguBH,

      he he he..
      pergi dgn kakak ipar
      nombor dia naik….cabutan terkahir
      mmg bertuah sungguh :mrgreen:

      kalau bercuti pun belikan jajan utk cikgu anak2 kak jie
      dia guru yg memgajar anak kita
      keberkatan ilmu dtg dari guru

  7. ramainya wat iklan pasal anak erra fazira… =) mesti comel kan cam mak dia… =)

    izans last blog post..telur lagi

  8. Kalau bagi bekas tahan panas nanti masakan panas sampai lah tu ya?

    kruel74s last blog post..How far are you willing to go for love?

  9. apa nak buat, mmg hak orang. nanti ada rezeki kat cabutan lain kot, insyallah 😀

    • @Mak Su, tapi mmg dia cakap..ambil la nombor dia
      bab dia suruh sy ambil kalau cabutan tu yg sy tak boleh agak
      sbb ada ” kalau besar share”

      isss….. besar tu subjektif

  10. Jie,
    Saya pun suka hijau. Sejuk dan mendamaikan!

    abang putras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!

  11. mrozaidi says:

    Besarnya Anak Era Tu..Penuh Dgn Zat…

  12. Eloklah kujie bagi kat tuan punya hadiah tu..memang hak dia.. amanah namanya.

    Kalau Tie pun , Tie takkan ambil hak orang… takut ooo….nanti tak boleh tido…hu hu…

    Makcik Tingtongs last blog post..Apa tu ?

  13. kak jie,

    i missed my son PIBG meeting, yesterday. serentak ada konsert maulidur Rasul anak bongsu dan PIBG meet di sekolah si abang, so kena pilih satu. Badan pulak capek lepas 12 hari menghilang.

    kami biasa b4 pibg meeting sure kepoh2 hantor komen, suggestion, usul to the secretary. so bila time meeting tak le komplen byk2, ala2 baik je la

    AyKays last blog post..Syukur…segalanya selesai dgn aman makmur

    • @AyKay, yg usul tu biasa je..tapi bila bab buka lain-lain hal..
      time ni lah

      hehehe..tapi best pergi mesorat ni
      tiap thn 3 sekolah 🙂

  14. baru baca kisah erra dlm berita munggu td.due date 25/3 tp masih aktif kata ayat dlm paper tu..
    rupernyer hari ni dia bersalin..alhamdulillah selamat..
    musti comel!

    wah wah..komen memberangsangkan..

    kalau bai dulu..
    komen biasa mak terima,..
    fizah tu pendiam…hehehe..

    • @fiezabaiduri, pagi ni merayau kat mstar baca berita ni
      sronoknya dpt baby
      girl pula tu

      angah tu..tiap thn cikgu ngadu slow
      hahaha…
      blur….

      dia mmg lambat proses
      risau takut tak terkejar nk pmr nnt