Minah Kilang Versi Power Office Girls
Peribadi

Minah Kilang Versi Power Office Girls

petikan dari novel Diari Mat Kilang m/s 141
Novel Diari Mat Kilang dah pun sampai. Saya baca sampai habis walau font yang amat comel berbanding mata makcik rabun ni. Gigih nak habiskan juga.

Terimakasih Nueaman.  Dalam novel ini, watak Kak Jie sebagai Penyambut Tetamu di kilang tempat Wan bekerja.

Terus teringat pengalaman sendiri tahun tahun 1989 – 1993 .  Saya juga Minah Kilang.  Lepas lahirkan Along baru berhenti kerja.

Nak tengok gambar zaman dulu?  Gambar 20 tahun dulu.

Ini gambar tahun 1991 , baru 3 bulan kahwin.

Ini uniform  staff  JVC untuk Production Clerk.   Uniform asal berskirt pendek sebelum saya dan 2 orang staff Melayu mengantikan skirt pendek dengan seluar panjang.  Sebelum tu semua staff bahagian perkeranian ( Production atau HR ) berbangsa Cina.  Seksi macam awek Jepun beruniform skirt pendek dalam drama Jepun Shomuni ( Power Office Girls )

Ini dalam pejabat .  Atas meja Supervisor tu ‘bunga telur’ pengantin saya.  Dia buat hiasan bunga meja.  Supervisor saya waktu tu masih bujang – tua setahun saja.  Sebelah kiri tu  komputer zaman dinosour sistem MS-DOS ( MicroSoft Disk Operating System)  dan mesin cetak Dot Matrix yang bunyi sret ….. sret ………. sret .  Disitulah kali pertama kenal komputer dan menaip menggunakan keyboard.

Komputer dulu yang perlu diselit disket (floppy disk )  saiz lebih 5 inci .   Supervisor dan Ast Manager pun tak tahu nak guna komputer.   Saya belajar sendiri² dengan bantuan Mr. Kong salah seorang technician production  di situ.  Saya antara kumpulan pertama yang memulakan kerja di kilang tersebut. Sama dengan Ziana Zain tapi dia department lain ( sebelum jadi pramugari dan artis ) dan mendapat latihan terus dari staff yang didatangkan dari Jepun.

Gaji dulu tak sampai seribu boleh hantar bagi mak kat kampung, duduk rumah sewa kat Taman Sri Muda.  Pengangkutan utama Bas Mini dan Bas Sri Jaya.

Hari gaji paling happening turun Klang makan KFC.  Bergaya habis dah  dengan budaya mat salleh KFC yang  masih  bergarfu dan pisau.

Saya masuk kerja sebagai Operator Pengeluaran biasa, 3 bulan kemudian menjadi Line Leader dan 2 tahun berturut² mendapat Anugerah Pekerja Terbaik .  Kemudian saya naik pangkat sebagai Production Clerk.

Seronok bila kenang segala pencapaian – dan membuat pilihan berhenti kerja sewaktu sedang dikemuncak.  Bukan keputusan yang mudah sebenarnya tetapi saya tidak pernah menyesal.  Dulu² ada juga rasa rendah diri kerana tidak berkerjaya –  hanya surirumah.

Tipulah kalau saya tak rasa rendah diri bila diperkenalkan di kalangan keluarga  suami. Semua ipar duai berkerja dan sebagai surirumah tak berkerja saya sedaya upaya tidak menonjolkan diri dalam apa saja keadaan , berpakaian atau keperluan diri dan keluarga.

Tetapi saya tak pernah menyesal berhenti kerja untuk membesarkan anak² – kita tak mungkin dapat semua dalam hidup ini.  Pilihlah apa yang perlu mengikut kesesuaian masing².

©kujie – tunggu satu lagi buku yang dibeli dari blogger.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Minah Kilang Versi Power Office Girls

  1. Pingback: petalingstreet.org
  2. Bestnye bace artikel ni..bagusla kak jie naik sikit2 dari bawah..uniform tu pon kiut mmg ala2 power office girls huhu..sy x penah keje kilang tapi sepupu sy macam kak jie..dari operator biasa naik sikit2 skrg manager..tapi dia lelaki so semestinya lain situasi dgn wanita dan lain tanggungjawabnye hehe 😉
    Jom terjah post menarik dari miss_L ..Once Upon a Time with Nokia 3310My Profile

  3. Jadi suri rumah pun boleh dapat certificate juga. Masa baru kahwin dapat taraf certificate, bila dapat baby naik taraf ke diploma, dapat cucu naik taraf ke degree holder dan dapat cicit kira dah taraf paling maksimum Phd. 🙂 Best jadi pelopor dan yang terbaik
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..COMBI membenteras nyamuk AedesMy Profile

  4. kakak saya pun cam kak jie, keje kilang jvc .. sekarang dok umah besarkan anak2.. sama cam kak jie.. keje ape pun tak kisah lah asalkan halal ..

    * dapat jugak tgk wajah kak jie masa mude2 .. hihi
    Jom terjah post menarik dari L@n@ aka mak budak ..Apa Kes Dengan NuffnangMy Profile

  5. masa kak jie kerja tu, belum kahwin
    jadi sgt gedik ok..hehehe
    keluar sana sini berkumpulan
    sabtu dan ahad cuti..tak sabar nak tunggu hari isnin sbb boleh kumpul dgn kawan2 lagi :mrgreen:

  6. baca novel mat kilang tu…otometik teringat zaman dulu-dulu

    zaman manis dan sunti :mrgreen:

    terus cari gambar lama, scan simpan dlm folder

  7. kalau tgok drama jepun tu…mesti teringat suasana kt tempat keje….. tambah2 lagi mmg berurusan dgn orang² Jepun pun…. sebijik! 😆

  8. mengimbau kenangan lalu best lak utk dibaca. mak sy pon berhenti setelah adanya sy. Dan mmg tak pernah menyesal. =)
    Jom terjah post menarik dari Jard ..KandaMy Profile

  9. Bb pun ada pengalaman keje di kilang..tapi masa belajar di overseas dulu..cuma 8days(christmas holiday) n 3days(easter holiday). Tak lama tapi tetap dalam kenangan..lenguh tangan dan kaki..huhu..
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Ron95 Naik 5 senhuhuMy Profile

  10. Saya pun pernah kerja kilang papan, kilang tempat saya kerja tu kira bagi makan habuk free2… pas tima result spm, terus cabut… tobat tidak mau keja kilang papan lagi.

    saya sdh order buku ni, maybe next week dapat, sian buku tu kena terbang jauh ke sabah, bawa cerita pengalaman nueman dan diselit skali watak penyambut tetamu kak jie. rasa tak sabar pun ada skang ni, minta2 takda sapa2 yg pdfkan buku tu.

    a’ah mmg jarang skali kak jie ni buat entry ada pic special mcm kali ni, bila tropong2 tak jauh beza dengan beberapa pic latest, menten ayu gitu… i wish one day i can meet u sis!

  11. lagi 20 tahun adakah aku akan ingat kembali apa yang aku lalui pada hari ini? Zaman duu ngan sekarang dah jauh berbeza kan kak jie… boleh tersengeh sorang2 macam kerang busuk bila teringat zaman yang dah berlalu dulu.Hmmmm

  12. nak letak gambar sendiri kt blog…agak²lah
    walau ini blog peribadi tapi tak nak arr over² pula
    sesekali….tak pe

    jvc pun dah tak de –

  13. tidak menonjol bkn di depan suami..ini dlm hubungan ipar duai
    kena tgok ‘lingkungan’ persekitaran apa kita hidup

    kak jie ada 3 kakak ipar dan seorang biras perempuan
    suami anak ke 5

  14. hm..saya pun surirumah..patutlah kalau saya pakai ‘berlebihan’ dari orang yang bekerja, orang pandang serong dengan ekspresi ‘menghabiskan duit laki la tu..’ rupanya kalau kita surirumah haruslah tidak menonjol ya..tapi saya tak peduli la dengan pandangan serong orang..saya berhias2 berniat untuk menonjolkan kelebihan saya pada suami..sbb di ofis, of course la anak-anak dara & mak-mak dara lebih mengancam dari saya yang menyambut dia di rumah dengan bau bawang dan muka tak sempat berbedak..saya tidak berniat utk melawan siapa2, cuma saya mahu suami tahu saya berhias utk dia..
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..The simple anniversary celebrationMy Profile

  15. usai belajar di Universiti maza juga pernah bekerja sbgi operator kilang selma 5 bulan lebih.. dan pernah juga menjadi kelandan lori utk lebih kurang 6 bulan.. huhuhu

    itulah pengalaman hidup yg tidak ternilai harganya… kannn.. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai CongkakMy Profile

Comments are closed.