Myhometown – Nak Ke Perlis, Perlu Pasport Ekspres Tak?

Selepas saya post entri Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 siap dengan prob gambar kapalterbang , kot-kot encik suami faham makna tersurat. Apa lagi maknanya kalau suruh dia tengok cuti umum dan mula merancang cuti.

Akhirnya dia minta saya plan jadual anak-anak untuk ke Perlis.

Kenapa nak melawat Perlis? Apa ada kat Perlis? Saya dah pernah sampai ke Padang Besar makan pulut ayam , Ladang Tebu Chuping atau menaiki keretapi ke  Langkawi  dan turun di Arau.  Dua kali tahun 2003 dan 2011.

ladang tebu chuping

Angah perlu mendaftar balik semula ke kolej di Kuala Nerang pada 3hb November 2012. Jadi kami merancang untuk bertolak awal untuk bercuti sehingga ke Perlis. Bila anak-anak berada dalam gred berbeza, seorang di univerisiti lain seorang di kolej lain dan seorang di sekolah menengah, jadual percutian serentak memang sudah untuk diurus.

Berkali-kali jadual percutian kami terpaksa dilupakan kerana tak dapat menjangkan masa akan datang jika menempah tiket penerbangan.

Saya post di group facebook untuk mendapatkan beberapa panduan untuk melawat tempat-tempat menarik di Perlis. Secara tak sengaja, ada yang berkongsi video youtube filem pendek Pasport Ekspres arahan Rewan Ishak.    (Facebook Rewan Ishak. )

Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa? 🙂

Menarik juga short film arahan Rewan Ishak kan?  Boleh jadi  calon Duta Perlis macam Datuk AC Mizal yang menjadi Duta Pelancongan Perak tahun 2012..hiks!

Filem pendek Pasport Ekspres sebenarnya adalah salah satu dari 14 filem pendek yang  meliputi 14 negeri di Malaysia yang dihasilkan oleh 14  pengarah muda dalam projek ‘My Hometown Short Films’ .  My Hometown Short Films  disiarkan melalui saluran My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012

Lagu Ahmad Jais -Hidup bukan untuk derita  dalam filem Pasport Ekspres ini sungguh menarik.

Kalau korang nak bercuti kat mana-mana negeri di Malaysia, apa kata cari filem pendek negeri-negeri lain seperti  Hi, I’m Julia – Nadiah Hamzah  ( Pulau Pinang ) , Assabiyah – Ramdan Che Hassan( Kelantan ),  The Day The River Ran Red-  Shanjey Kumar  Perumal ( Perak ) , Penambang – Ariffin Zulkarnain ( Terengganu ) , Kuda Laut – Shuhaimi Zulkifli ( Kedah), Kampungku – Brenda Danker ( Negeri Sembilan) ,  Hikayat Hang Kway Teow – Andrian Lai ( Melaka ) ,  Gigi Putih – Shamyl Othman ( Selangor ) , Outpost –  Mahen Bala ( Pahang ), Kudaku Menari Lagi – Norhayati Kaprawi ( Johor), Kampung Bangsar – Sharifah Amani( Kuala Lumpur ) , Lastik – Nadira Ilana ( Sabah) dan Berjalai – Uzair Sawal ( Sarawak )

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya pikir apa ternyata sebuah film..
    Saya akan coba cari di Youtube untuk menontonnya
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. Kalau sebut sahaja mengenai negeri Perlis yang terlintas difikiran saya adalah mangga harum manis. 🙂

  3. Ooo, ada cerita pendek untuk negeri lain juga rupanya.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Bagi Naufal Tengok TVMy Profile

  4. susah juga ye nak merancang bila anak2 dah besar ni..kadang2 tu, diorang pun ada plan sendiri..

    setakatni saya tak pernah lagi sampai ke perlis..insyaAllah satu hari nanti…
    Jom terjah post menarik dari Puan Bardboo ..Wordless Wednesday #13: Penat MenungguMy Profile

  5. Aina tak sempat nak tengok lagi…balik rumah nak skodeng jap kat opis nie banyak yg kena blok. Kat hp…ehehehe… HP cap ayam…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Hari KekasihMy Profile

  6. Menarik! Lagu Dato SM Salim dan Ahmad Jais mmg kena sangat…best!

    Wah…nanti bolehlah kak jie pulak yg kasi preview…yeahh!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Aktiviti Masa ‘Bujang’…My Profile

  7. mohd firhan jasni says:

    sekarang menetap di perlis. tiap2 hujung minggu boleh pusing2 perlis ni. hehehe :p

  8. rasanya seumur hidup saya baru sampai perlis sekali..tu pun masa kecil..mungkin satu hari nanti kena pergi sane..kenal2 tempat dalam malaysia.
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Aku Tak Takut Doktor GigiMy Profile

  9. Perlis, antara tempat yang kami belum pergi bercuti..naik feri pergi Langkawi tak dikira laa…. Kawan cakap Perlis ni ada tempat makan ikan bakar yang terbaik..Adushh, ni yang buat nak terjah ni…

    Kak jie rekomenkanla mana2 homestay yang menarik di Perlis…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Ebook Review – Pelaburan Hartanah Tanpa ModalMy Profile

    • mohd firhan jasni says:

      kat kuala perlis banyak je restoran ikan bakar. tapi harga tak pastilah. hehehe

  10. ladang tebu memang wajib kak jie kena singgah…rugi kalau tak singgah ambil gambar….
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Karya di Fluid Art MovementsMy Profile

  11. mmm.. ila dah lama tak cuti.. baru2 nie sempat ke pantai masa adik ipar kawin kat pd.. heavennya rasa hihi
    Jom terjah post menarik dari ilasaleh/baby/mama amana&arief ..semua lari!My Profile

  12. hehehe..
    cuti2 malaysia kami anak beranak terpaksa ditangguhkan tahun ini.. sbbnya kena bersihkan rumah di kuantan semula..

    tahun kembali bujang gelendangan.. uhuk!
    ya allah..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Pantang larang cermin sisi motorMy Profile

  13. pernah ikut rombongan masa kat Matrikulasi ke Gua Kelam..;)
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW- Uncle Gedek StyleMy Profile

  14. Kepada yang rajin berjalan tu boleh tulis review dah kongsi di blog Kembara kami yang akan dilancarkan tak lama lagi …
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..PACKAGE PERCUMA KEMBARA KEMBOJA 4 HARI 3 MALAMMy Profile

  15. Salam kakjie ,

    saya nak cari video ke cherating 🙂

    saya dah dua tiga kali ke perlis , sbb adik saya ada kawin dengan orang perlis , tp part yang best .. suami adik saya pun tk tau nak bawak kami jalan2 kemana kecuali padang besar je ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Tragedi Samurai Beef Burger mcDMy Profile

  16. Jalan-jalan dan kenal negeri orang mmg seronok. Bagi saya yang paling seronok ialah part “jalan-jalan”. Destinasi tu nombor dua.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Giveaway: Win a 14-day Subscription to DepositphotosMy Profile

  17. La, gambar kapalterbang.. Ingatkan gambar kapal sebab saya perasan gambar kapal je..

  18. Ibu Mifzal Arsyad says:

    bestnya dapat cuti-cuti…sy br sekali je pergi perlis..ada peluang mmg nak g lagi..
    selamat bercuti kak n family.
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Siap AkhirnyaMy Profile

  19. selamat bercuti….jauh tu perlis
    Jom terjah post menarik dari wanayu ..Kelantan Vs Atm Final Piala Malaysia 2012My Profile

  20. 🙂

    selamat bercuti kak..

    (awal wish nih..)
    Jom terjah post menarik dari dayah ..lelaki dan pink…!!! apa komen nkorang?My Profile

  21. Ya Allah cantiknya pemandangan.. sejuk mata memandang..
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..The problems with GUYSMy Profile

  22. Owhh, baru tahu ada filem pendek sebegini, negeri-negeri lain pun ada… lepas ni kena luangkan masa tonton filem sebegini sebelum nak ke mana-mana… 😀

    *tengah berfikir-fikir nak ke mana jer cuti sekolah hujung tahun ni*
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kisah pembulian internet buat pengajaran.My Profile