Nafsu Bercollagen

Semalam lepas pengajian seperti biasa ada sesi makan² minum² sambil bersosial makcik². Datanglah seorang kawan buat promosi.

Collagen. entah apa nama – katanya untuk kulit dan kesihatan.

Kita hormat kawan² – dengar jugalah apa yang diterangkan. Tips bersosial dengan kawan², jadilah pendengar yang baik.

“Satu kotak ni RM 180 untuk kegunaan 20 hari tapi mungkin ada yang nak cuba dulu, saya dah sediakan pek 6 untuk RM 50+ ( tak pasti harga sebenar, tapi lebih RM 50 )”

Glurp! Orang lain mungkin tak kisahlah untuk ‘membeli kecantikan’ tapi bagi saya yang hidup simple dan sederhana begini – RM 50 untuk 6 hari semata² untuk kecantikan – tak mampu!

Kesian cik abang pergi kerja jauh² berkorban jiwa raga berjauhan dengan anak isteri , bini kat sini melawa je, tak sedar diri.  Sekarang ni dah Autumn In My Heart kat sana. Suhu maksimum pun 16°C  je..sejuk tau. Tak lama lagi Winter Sonata pula…lagi sejuk , bawah takat beku.  Sejuk bekulah kat sana sorang²…kesian kan…..kan…kan…:lol:

Orang kaya gudang harta berjuta² abaikan pendapat ini. Saya orang biasa majoriti penduduk kebanyakkan.   Bedak beli yang susah nak cari kat kedai tu sebab tak pernah keluar iklan kat tv.

Yuran satu semester Along pun dah RM 4K, belum tempat tinggal makan minum.  Dua tahun lagi , Angah pula………..ada nafsu lagi ke nak melawa?

p/s – entri ini bukan kisah orang nak berniaga ye..ini kisah sudut diri saya sebagai pengguna sengkek!

©kujie – Oktober dah nak habis ni……… perlu ke tukar theme pink ni?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. yg nak makan kolagen ni mesti yg dah berumur kan…boleh ke hilangkan sakit2 badan ke sakit kaki….kalau kulit tegang tapi sakit kaki lutut apalah maknanya…. huhu…
    Jom terjah post menarik dari kakza ..TSHIRT AZZAHRA- terkiniMy Profile

  2. Mak aihhh . Mahalnya kak Jie . Saya telan air liur je kalau macam tu
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Terima Kasih Awak –My Profile

  3. Syafrizal says:

    tidak perlu cucuk2 tapi kalau nak juga amalkan cari yang halal
    takut2 kolagen tu dari mmmmmm akak tau kan…
    Jom terjah post menarik dari Syafrizal ..Feedburner berwajah baruMy Profile

  4. tukar kaler biru lak..br cun:)

  5. makan ulaman byk2
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Honda CBR 150R Baru 2011 PASTI TERUJAMy Profile

  6. Macam2 orang sanggup buat untuk cantik eh.. ? emmm..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..MAS GET TOGETHERMy Profile

  7. mahalnya collagen tu, ni mesti yang terbaik ni kalau harga sebegitu 🙂
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Tips keselamatan dalam rumah-bahagian akhirMy Profile

  8. setahu sayalah…yang cetek ilmu ni …collagen ni hanyalah supplement, not a basic skin care…(correct me if i’m wrong!)
    semua org ada priority masing2…ukur baju di badan sendiri…

  9. minum air suam pun dah kira ok .. =)
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Nak Beri PeluangMy Profile

  10. OH! bab sejuk tu memang tak tahan.. maza pun sememangnya tak tak tahan sejuk…

    pernah gak dapat offer ke obersea ke negara penjajah, menginap sana dlm 3 thun.. tapi maza terpaksa tolak, antaranya masa tu kena semput lorrr.. bahaya lorrr..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cendol di pohon rendang di tepi jalanMy Profile

  11. salam kak jie… hihihi mcmkan sekarang…. collagen ada mcm2 kan dari yg murah sampi ke mahal.. tapi linn tak berani lg nak cuba…

  12. he.. saya barang2 mekap langsung takde.tak reti pakai.
    baru je lepas raya ari tu try beli foundation.. tp pakainya, boleh kira dengan jari..

    cukuplah bedak kecik tu dgn vaseline..
    Jom terjah post menarik dari Liyana ..Day 05 amp 06My Profile

  13. Amalkan jer yang tradisional, mudah, free dan selamat.. haha
    Jom terjah post menarik dari ann ..Happy kan aku dengan Aspire One happy pleaseeeeeeeeeMy Profile

  14. sian abang kesejukan.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Amir budak cepat belajarMy Profile

  15. kalau x selesa n theme pink ni tukar jela kak..

    suka theme yang oren tu..mane pergi
    Jom terjah post menarik dari ayu ..underconstructionMy Profile

  16. mahalnya..alah, saya minum minuman Soy ape ntah brandnya..yang siap ada collagen tu..takdelah sampai 6 hari RM50..1 botol dalam RM3.90-RM4.20 macam tu la..pastu beli face mask yang ada collagen tu 1 keping baru RM5.90- RM 7..ok la..dapat sikit pun jadilah daripada tak dapat langsung..
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Interview tergempar tagged by NoreedMy Profile

  17. amalkan pemakanan sihat sudah… :mrgreen:

    ~ p/s: tukar theme pun ok jgk, theme ni macam intan punya je.. hihi…
    Jom terjah post menarik dari Azah ..Stalking Melalui FoursquareMy Profile

  18. orang kata, aju baju di badan sendiri… camtuh aa kot… 🙂 jangan sampai membeli di luar kemampuan dah aa kot, dan kalau mampu tapi takder kepentingan pun macam tak perlu rasanya.

    Tapi untuk kes kak jie, nanti bila cik abang balik sekali sekala, berbelanja untuk cik abang tak salah kot. 😉
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Tak kenal maka tak cintaMy Profile

  19. hahaha,

    saya pun pengguna sengkek. cuma tanggung diri sendiri pun dah sesak nafas. kolagen ke vitagen ke. mampu minum air suam je. hihi
    Jom terjah post menarik dari nursarah puteri biru ..bloggers: when people started loving you..My Profile

  20. tak payah la beli kolagen-kolagen nih kak jie, menakutkan. kolagen nih kesan dia memang superb tapi nanti lama-lama mengerikan. saya pun takut nak tengok.

  21. betul kak jie…sy sokong kak jie. Saya bila org bgtau collagen itu ini, saya dok pk…betul ke collagen tu compatible dgn collagen badan kita? ermm…tak rosak ke collagen tu selepas di proses segala tu…ermm..lagi, collagen tu dia extract dr mana? ermm pastu…kalau berhenti…kulit muka still tegang ke atau terus menguncup sgt sbb kita dok bg benda yg sementara utk tegangkan dia…bila supplement takde, cemana? hehehe…tulah yg ada dlm pkran sy kak jie..ditambah plak dgn duit tak berapa nak ada (alasan ulung sebenarnya) membuatkan sy sgt berkira2…sdgkan kasut pun tunggu licin tapak baru beli lain…inikan pula….hehehe…
    Jom terjah post menarik dari epel ..Kasut rayaMy Profile

  22. haish…bukan saya la…hehe…kak jie lagiiiiiiiiii comey…:)

  23. Kadang bila kena angin nak melawa…….belek jugalah muka kat cermin

    tapi cermin ajaib tu tak pernah mejawab kalau tanya..hehe 😆

  24. patutlah dia comeiiiii je 😆

  25. mak pesan, rajin buat solat sunat dan bersihkan hati dari PHD…takyah dah collagen lagen…betoi dak kak jie? hihihi….
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Jom stim@ Johnnys RestaurantMy Profile

  26. saya pun lau bab kecantikan ni lambat sikit.. tah la, tak rasa pun nak beli barang2 cmtu kalau pun yg iklan dashyat2 kat tv.. untung laki saya.. hehee.. make up pun lau de tetamu dtg mintak pinjam, mintak maaf la, chek tak de make up bagai2 tu.. yg cikai2 de la.. hihiii
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Facebook Gugat KeselamatanMy Profile