Pasar Karat Stadium Shah Alam

Ais krim potong perasa jagung, keladi, pandan dan strawberi…satu Rm1

Pagi-pagi saya dah gegarkan anak-anak ajak keluar. Ajak pergi Pasar Tani @ Pasar Karat di Stadium Shah Alam. Pasar di sini ada setiap hari Ahad.

Sebesar-besar ruang letak kereta stadium pun boleh sesak kalau dah lewat.

Tak ada tujuan utama pun pergi sana, cuma ambil masa pagi jalan-jalan dengan anak-anak

Nasib anak-anak dah bujang, boleh tolong jinjing barang mak

Itu tak beli apa-apa ….berjinjing2 juga. Along beli seluar futsal dan tuala. Angah beli flipper dan wallet. Intan beli seluar.  Beli ayam goreng, beli buah duku langsat , jajan untuk sesi lepak hari minggu bersama family.

Saya… hehehehe… Betul tak beli apa-apa pun.

Beli tudung 2 helai. Tudung bawal. Bukan mudah nak jumpa tudung bawal sekarang ni, 20 gerai baru jumpa satu. Itu pun dengan pilihan yang terhad.

Posted with WordPress for BlackBerry.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. whoa saya yang dok shah alam pun jarang pergi pasar pagi ni hehe :). nanti nak buat travelogue ke sini la hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari KNizam ..Hiking Nurpur Village ke Chila Gah Bari Imam Cave | Margalla Hill, Islamabad, PakistanMy Profile

  2. first baca pasar karat,teringat kat JB.. ada gak namanya pasar karat tapi waktu malam la.. standard2 cam uptown..
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Nikmatnya Sambal Kicap Johor. Pernah Rasa Tak?My Profile

  3. tak jauh ke kak jie sampai ke shah alam.. bagus nye.. hehe.. sekali sekala berjalan dgn anak.. mmg best..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..PenatMy Profile

  4. wahh pagi-pagi dah makan ais krim. Tak sejuk ke diorang?

    • kami pergi pagi dr rumah..drive saja pun sejam
      sampai sana dah kul 9.30 – sarapan
      jalan jalan jalan jalan… berpeluh ketiak
      dah tenghari…tu yg beli ais krim
      balik kul 12
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan ………?My Profile

  5. Assalamualaikum,
    Pernah sampai sekali 2 tahun lepas kot…jam 8 pagi dah tak boleh nak masuk dah. jem dan sesak.

    Seronok kalau jalan2 soping moping jamu mata. Walaupun dah niat tak mahu beli barang, akhirnya tetap TERBELI juga…hati memang tak kuat kalau dah ada kat sini 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Azan Berkumandang dalam GerejaMy Profile

  6. alamak!!! ada juga yang jual brg dah berkarak,hehehe gurau jer..
    Jom terjah post menarik dari sharila ..This Means War (English)My Profile

  7. apasal nama pasar karat kak kujie..?
    Jom terjah post menarik dari latep ..Tenis, badminton dan Squash mana lebih memenatkan…?My Profile

  8. alamak, pagi2 da gi pasr..kacau nak tidur je..hahaha
    Jom terjah post menarik dari sukacuka ..TERHANGAT: Ceramah Ustat Azhar Idrus vs Anugerah Juara Lagu!My Profile

  9. hehehe…. aktiviti yg satu ini confirm bisa membakar banyak lemak-lemak yg jahat… hehehe

    maza lak membuat senaman ringkas dgn memejamkan mata di atas katil.. oppsss… zzzzz

    heheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Najwa Latif, Cinta Muka Buku, Tutti Frutti, AJL ke-26,My Profile

  10. dah lama tak pergi pasar tani sebab sejak pindah rumah ni, tesco tu dah mcm pasar bg kami.. garam habis ka tesco je kami terjah sebab dekat sgt dgn rumah.. jalan kaki pun boleh.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Nak Menang Penginapan 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn Resort Penang?My Profile

  11. lama dah tak pegi pasar karat kat jie…dok pegi tempat ada econ je…tudung bawal dah tak ternd kot kak…selendang senang pakai…lagi senang syiria…

  12. memang susah nak cari tudung bawal sekarangni..yang banyaknya tudung ekspress dan selendang..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Best Ke iRobot Roomba 564?My Profile

  13. kalau tak silap. tudung bawal nie yang kalau nak pakai tinggal sarung dkt kepala kans…mmg senang nak pakai jika dibandingkan dgn tudung biasa yg nak kena pakai jarum peniti @pun brooch…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Coming Soon; Video Lebih Dahsyat Oleh “Trio Dato T”My Profile

  14. klu di JB, pasar/bazar karat diadakan pada belah petang smpai ke tengah malam setiap hari…mcm2 brg ada dijual…tp harganya taklah semurah mana…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Coming Soon; Video Lebih Dahsyat Oleh “Trio Dato T”My Profile

  15. Saya bayangkan kalau “Pasar Karat” tu mesti jual barangan antik.. Rupanya macam2 barang ada dijual di situ..
    Sekarang trend tudung ekspres, tapi saya macam Kak Jie, masih setia dengan tudung bawal.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Warnamu yang memukauMy Profile

  16. tak suka pergi pasar pagi-pagi. mesti kena angkat barang. hehe..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Lelaki kacak patut minum jus Monavie.My Profile

  17. Satu hari saya nak singgah sana jalan2 pasar karat.Tak pernah pergi lagi.Dulu masa duk Shah Alam belum ada lagi pasar ni.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Milo Ais rm 3.50My Profile

  18. dah lama tak pergi pasar ni. selalu pergi cari baju bundle.
    Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Roti Beckham Sri Murni SS2. Yummy!My Profile

  19. baru first time dengar pasal Pasar Karat .. 🙂
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..isteri solehah ke awak ni?My Profile

  20. pernah jumpa ayah penyanyi jazz Nurin Azis katanya beliau berniaga di Pasar Karat Shah Alam jual pokok bunga dan baca pokok.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di DuniaMy Profile

  21. datang dari jauh tuh sis …
    memang kalau lambat susah dapat parking .. kul 7.30 am pun dah penuh orang…

    lama pulak tak g sana …
    Jom terjah post menarik dari namia ..8 Jejaka Kacak Pilih Kasih 3My Profile

  22. Saya selalu dengar cerita pasal pasar karat Shah Alam ni. Dgrnye sangat luas dan macam-macam ada. Ttp tak pernah ada peluang nak pergi. Maklumlah, kita tak duduk area Lembah Kelang, huhu.
    Jom terjah post menarik dari Ahmad Ijat ..Terbaru Dari Pakcik Nokia ~ Nokia Lumia 900My Profile

    • macam macam ada……….nak kata semua ada tu , tipu le pula , kan

      dari barangan basah, dapur – ikan, sayur , bawang segalanya
      gerai utk sarapan – nasi , mee, meehun, kebab, air segala jenis, kuih segala jenis
      perhiasan rumah – meja, cadar, langsir, karpet – yg baru dan yg 2nd hand
      baju , seluar, kain, kasut, beg – yg baru yg 2nd hand
      assesori kereta – yg baru yg 2nd hand
      barang antik – pinggan mankuk, perhiasan rumah, lukisan , duit lama dsbnya
      binatang peliharaan

      orang jual kereta pun ada

      ada mcm2 lagi lah

  23. zaman sekolah dulu…
    ada satu gengperempuan namanya geng bawal kat sekolah…
    memang peminat tudung bawal kot tu..
    ahahhaaa
    Jom terjah post menarik dari mie ..Peraduan Jom Cuti Bersama MAGGIMy Profile

    • zaman dulu mmg tudung bawal je
      skrg ni je ada mcm2 jenis tudung

      kak jie ni simple, dah berusia…tak sanggup nak pakai tudung warna warni mcm zaman skrg ni
      tudung tu perlu tidak menarik perhatian org, nak guna kerongsang pun guna yg kecil2 je, tak berkilau supaya tak menarik perhatian org lain

      skrg ni pesen terbalik….. tudung bagus dah, tapi warna, jenis, assesori tu pula yg menarik perhatian orang… tak berapa baik sebenarnya
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh SerendahMy Profile

  24. ciksembang says:

    owh suka tudung bawal ye.. kenapa tak minat tudung2 sekarang kujie
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Berat menjadi bapaMy Profile

  25. lamanya tak dapat berjalan dengan eluarga sendiri…
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..apabila dia bukan jodoh andaMy Profile

    • rasa lega…walau anak2 tu remaja
      dia tak malu tak segan nak bersoping moping jejalan dgn mak
      dgn adik berandik… rapat leh sembang gaduh sama2

      ops… tak leh tulis lagi pasal anak, nanti suami dok jauh tu yg menitik air mata
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kesilapan Blogger Blog ContestMy Profile

  26. Jauh sampai ke Stadium berjalan. Saya selalu berniat untuk “Window Shopping” tetapi balik pasti berisi. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Tak Nak! restoran MamakMy Profile