Pecah kaca pecah gelas

By Kujie, 21/07/2009 3:05 pm
Tak bestlah entri sejak akhir-akhir ni. Macam jerubu tak nampak sinar matahari langsung. Saya yang baca pun rasa tak best, apa lagi orang lain.

Dalam tempuh saya hilang kelayakan sebagai seorang suri rumahtangga seminggu sudah ( sekarang sudah beransur pulih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ) ada beberapa kejadian aneh tahap misteri nusantara berlaku di rumah saya.

Babak Pertama :

Isteri : ” Abang beli sayur apa?”
Suami : ” Sawi………..”
Isteri : ” Tuuuuuuuu bukan sawi, tu @#$%^ “ ( saya pun tak tau nama tapi bukan sawi )

Keh keh . .  ibu ketam mengajar bapa ketam berjalan betul! maniac Pecah kaca pecah gelas

Babak kedua:

Hujung minggu adik ipar bujang saya bertandang. Jumaat tengahari dia dah sampai dan memang langkah kanan kerana terpaksa bersilat kung fu di dapur untuk melayan 2 anak buah yang kelaparan balik dari sekolah. Saya dah tergolek dog, tak boleh bangun..bergerak sikit dah muntah, dunia rasa tunggang terbalik berpusing macam goyang dangdut.

Jumaat tenghari : masak telur dadar, campak bawang

Jumaat malam : Saya bagi RM 10 suruh pergi beli paprik tapi yang sampai kat rumah sayur campur pedas. Ada kubis, ada kangkung… tak pernah saya jumpa paprik ada sayur lembik macam tu. Dia kata, kalau tak bagi RM 10 memang menu telur lagi lah…macam kat asrama!

Sabtu Tengahari : Sardin
Sabtu Malam : Sardin
11.00 Malam : ” kak Jie..masak sardin tu kena letak asam tak?”

Lantaklah..janji korang kenyang!

Dua hari dia di sini:
1 bekas garam saya pecah
1 mangkuk hadiah percuma beli sabun basuh pecah

Kalau sebulan alamat tokey kedai pinggan mangkuk kat pekan Rawang tu tukar Merc 200K barulah nampaknya,  Hadi Munir oiii…. Tak taulah hujung minggu ini dia balik lagi ke tak ..entah-entah dah serik.916 Pecah kaca pecah gelas

…sambung… sudah baca harap balas!

Random Posts

29 Responses to “Pecah kaca pecah gelas”

  1. beliamuda says:

    apakan daya.. ku hanya mampu baca dengan wajah yang tersenyum.. :grin:
    beliamuda´s last blog ..Hari Ini Dalam Gerhana My ComLuv Profile

  2. hehe..kelakar..
    itulah kalau kita suri rumahtangga ni sehari dua tak buat kerja..alamatnya mesti ada yang aneh dan misteri akan terjadi.. :mrgreen:
    nadinezuharra´s last blog ..:: Bergembira di Ladang Ostrich.. ^_^ My ComLuv Profile

  3. ainsufian says:

    saya doakan kak jie cepat sembuh… klu x abis sumer pinggan mangkuk kena tukar yg plastik! hehehe org bujang la katakan

  4. kutaksempurna says:

    hihihi..
    ibu sy skrg ni pun tak berapa sihat..

    menu hari pertama… nasi rentung
    menu hari ke dua… sardin masin..

    aduyai… susah betul kalau ibu dapur gantung sudip ni…

    .
    .
    .
    .
    .
    get well soon ya kak jie

  5. Hurin says:

    salam…kak jie dear, kita dah pindah blog. sangat rindu kehadiran kak ji untuk bising2 dekat blog..

    haha~kita lebih rela masak sendiri kalau demam pun, drpda org laki yg masak, selain bole pecah barang, dapur pun selerak…subhanallah!
    Hurin´s last blog ..Cukup-cukuplah! My ComLuv Profile

  6. suara says:

    Erm… masa macam ni lah mereka terpaksa belajar masak sendiri. Lebih tepat, boleh tunjuk skill memasak yang tak pernah tercungkil sblm ni. Kan bagus tu… Hehe
    suara´s last blog ..Ikhlas Yang Dibalas. My ComLuv Profile

  7. is says:

    alahai kesian yerrr…..cepat2 ler sembuh. nasib baik ada gak yang menolong ;-)
    is´s last blog ..terima kasih ingat kat sy lagi My ComLuv Profile

  8. baloot says:

    walaupun tak ikut perkembangan blog ni sangat, tup2 da berubah tema blog. hee..
    seswai dgn jiwa seorang wanita kaler pepel ni. tul tak kak jie? :mrgreen:

    p/s: sedap tu lauk sardin. taruk bawang putih n tumis cket. hee..
    baloot´s last blog ..Tutorial Asas Adobe Photoshop: Belajar Menggunakan Palettes Dalam Adobe Photoshop (Part 2) My ComLuv Profile

  9. blowie says:

    gila terseksa cmni,hahaha. semua benda pecah nanti :twisted:

  10. iza says:

    Menu Iza hari ni sardin + telur goreng …nak keluar tak larat, hujan pulak tuu… Tapi kalau yang berTitle mak yang masak, semua rasa sedap jaa hehe.

    p/s:Terima kasih yer Kak Jie, banyakan bersabar, semoga semua akan kembali okey.
    iza´s last blog ..Di Horizon Nan Biru… My ComLuv Profile

  11. aloqmalai says:

    kalau xdak yg pecah,xdak la yg baru kak jie…hehe
    **cepat semboh kak jie
    aloqmalai´s last blog ..forward email…. My ComLuv Profile

  12. tgklaa malapetaka yang belaku kalo kak kujie x dapat beraksi.. senanye bukan salah diorang tue.. kak jie yang takde ditempat kejadian.. hehe…
    samanosuke_04´s last blog ..Akhirnya, aku berPS3…. My ComLuv Profile

  13. Zymazara says:

    Lawan kesakitan utk dpt kekuatan itu,Kak.
    Don`t give up. Be strong,k.
    Life must go on..

    Take care. :)
    Zymazara´s last blog ..Gedik2 Si Baju Pink My ComLuv Profile

  14. izzah says:

    rasa kelakau la plak…
    tu mesti kes jarang2 dok dapur kan…
    izzah´s last blog ..Tolong Jangan Melepaskan Batuk Di Tangga My ComLuv Profile

  15. Peh~ takjubnye kite…

    adik bongsu paling terror komplen masakan sy tu turun dapur selama 2 hr kat umah kak jie… hakhakhak~ dasyatnye…

    macam bleh bayangkanlah apa jd kat dapur kak jie selama 2 hari tu…huhuhu~
    mesti haru gile kan… wakaka~ :lol:
    Kaseh Esmiralda´s last blog ..Angel In The Devil Suit ~bab46~ My ComLuv Profile

  16. Tie says:

    Uwaaaaa…………… malam ni Tie masak sardin!!! hubby punya fav, :mrgreen:
    Tie´s last blog ..Malam Pertama My ComLuv Profile

  17. Kak Long says:

    Semoga suri akan segera sembuh dan berseri seperti selalu.
    Kak Long´s last blog ..Coretan apa-apa sahaja My ComLuv Profile

  18. Adila says:

    smoga kak jie cepat2 sembuh :D

    ekekek mcm lawak la plak entri ni :lol:
    bila lapar.. apa2 pun jadi la asalkan perut brenti bunyi…
    susah2 sgt, kalau lapar, tido je hehe – ni tahap pemalas nak masak or kluar cari makan kat kedai hehehehe
    Adila´s last blog ..Got MINI COOPER CABRIO? My ComLuv Profile

  19. tekkaus says:

    Hahaha :D Kalau satu bulan…saya rasa..semua dah habis pecah! kemudian boleh guna plastik punya.

  20. TokNabe says:

    Dikala perut lapar apa yang terhidang itulah yang paling sedap lebih2 lagi masakan dari tangan ibu.
    TokNabe´s last blog ..Malas My ComLuv Profile

  21. yati says:

    bila suri sakit, dapur hilang serinya… Kalau dah lapar telur hangus pun jadi best haha pasrah :razz:
    yati´s last blog ..Satu titik bermula dgn satu titik My ComLuv Profile

  22. maza says:

    ini aku yg tak suka ni…

    kekadang, biarlah den yg sakit, jangan org rumah den yg sakit…. lagi berganda2 sakit wooo….

    :cry: :cry: :cry:
    maza´s last blog ..Malam Pertama : Versi Maza My ComLuv Profile

  23. fazemy says:

    Hehe..sedap apa makan sardin dgn telur dadar. yummi.
    fazemy´s last blog ..Mimaland Kini My ComLuv Profile

  24. Abang Long says:

    Salam hormat wahai kujie.

    Bila ‘tukang masak’ sakit. Makanlah apa yang boleh dimakan. Hehehehe

  25. yonna says:

    hahha dasat ah si bujang tu mama! silap2 lepas ni apa pulak la yang pecah hehe.
    mama T__T get well soon tau ma!
    yonna´s last blog ..Y517 : Kenapa Perlu? My ComLuv Profile

  26. fiezabaiduri says:

    hehe..kelakar pulak baca entri mama ni.
    orang bujang la katakan..hehe..

    mama, bai tertanya-tanya apa yg mama alami sebenarnya.
    tp entri mama sebelum ni ada sebut mama tak de kekuatan utk memberitahu.
    bai hormati kata hati mama yg itu.
    apa-apa pon,..semoga mama cepat sembuh, sihat yer..
    senyum sokmo deh.
    fiezabaiduri´s last blog ..Program Penempatan Pekerjaan (3P) My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy