Pemalas… Kesiannya!

Pemalasnya… nak bersihkan kawasan rumah pun sampai jiran tawarkan diri..kesian – komen dari entri di sini Tongkat Ali Tenggek Burung

hahahaha…. kan tak pasal² dituduh pemalas.  Tulis lagi cerita jiran tetangga dalam blog.

Saya tak salahkan dia pun, dia tak tahu keadaan sebenar sebab saya pun tak cerita keseluruhan peristiwa.  Entri pun santai bergambar conteng sana conteng sini bukan serius pun saya nak cerita hal tepi rumah , dalam rumah.

  • Dia tak tau saya perempuan walaupun description blog ada perkataan ‘surirumah’  ( saya letak perkataan surirumah sebab selalu dipanggil ‘bro’)
  • Dia tak tau pun saya isteri yang paling  ditinggalkan disayangi suami –  sayangkan isteri, tinggal tinggalkan… orang² tua kita berpesan.
  • Dia tak tau pun pokok mangga yang jiran saya tebang tu , tepi rumah saya ditanam oleh jiran saya sendiri sebelum saya berpindah lagi.  Dia bersihkan pokok dia, bukan benda yang saya buat.

Jiran saya tu cuma tolong tebangkan HANYA SATU POKOK BUNGA KERTAS bukan sekebun cinta.  Saya letakkan kredit puji pujian untuk jiran saya yang baik hati saja  untuk menghargai seseorang.

Bila kita buat baik, jangan ingat orang lain buat jahat!

Nota : Mengikut data Google Analytics  2010 untuk blog ini:

81.53% – new visits
75.83%  –  dari Search Engine.

Jadi jangan emo² kalau dapat komen dari seseorang yang kali pertama datang ke blog dan tak kenal pun siapa tuan blog.

Lain kali tak nak minta tolong jiran…nak minta tolong blogger pula…hehehe..jangan lari!

©kujie -kalau makcik macam saya ni nak angkat gergaji mesin ( chainsaw ) pun tak larat…macam cerita kartun pula chainsaw tu yang kejar saya!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bercerita cara penulisan, tak sama bercerita face2face. kdg2 penulis maksudkan lain, tp pembaca mendapat maksud lain wpun ayat yg sama. dah banyak kes saya nampak mcm ni yg boleh membuatkan pergaduhan sesama sendiri. waima saya pun pernah tersalah fhm maksud tulisan org lain. kdg2 kena baca berkali2 dgn mood/nahu yg berbeza. hehehe pendek cerita, kalau nak komen kat blog org tu, biarlah yg baik2 ajer… 😆

  2. hohoho tak baek malas 2 kan kak jie ?
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Berminat nak buat skyscraper untuk profile facebook My Profile

  3. Ohhh yang tu ke, ahaaa. haritu macam dah tukar, ni check balik. Baru ingat masa nak tekan save tu elektrik putus ==’ cehh.

    Terima kasih btw~ ^__^
    Jom terjah post menarik dari Zala Wajik .. Les Copaque – Upin Ipin FREEMASON Lah Weih OMG ! My Profile

  4. biasa lah tu, first time datang. mungkin tak kenal penulis.

    lol untuk gambar kelapa sawit tu, parodi ekk? ahaha
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Tips berblog bagi blogger yang sibukMy Profile

  5. maksud kak jie pasal feedproxy tu – sekiranya URL tersebut bermula dengan “http://feedproxy.google.com/”, anda sudah tergolong di kalangan pengkomen-pengkomen yang rugi Sebab backlink (dengan jus-jus sekali) sudah dihijack oleh Feedproxy.

    bukan pasal error commentluv…tak apa lah
    abaikan je…

    minta maaf banyak2 kerana cuba betulkan

  6. ohh pasal commentluv tu ke, mana ade error. Itukan latest entry tu. huhu ~ ^_^
    Jom terjah post menarik dari Zala Wajik .. Les Copaque – Upin Ipin FREEMASON Lah Weih OMG ! My Profile

  7. woo.. baru maza faham
    kiranya maza ini dlm kalangan new visitor lah ya..
    ahaks…
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Rumah terbakar nampak asapnya Hati terbakar!My Profile

  8. miahahahaa selalu gak dapat komen mcm nie kak, selalunya yg dtg dr seach engine, yang xtahu apa kita tulis, tup2 komen mcm tu, so think positif ajelah, kalau orang lain memang dah sentap,

    pasal panggilan bro tu pun ada gak selalu org panggil gitu, kena buh besar2 gak kot perkataan *suri rumah* hahahaa 😆