Pemilik Blog Ini Wanita Bukan Gadis

Dia mungkin tak cukup gedik – nickname tak gambarkan ciri² DNA feminin tetapi percayalah tuan blog ini berkromosom XY.


Dalam minggu ini saya terima banyak email mengenai kes semak saman trafik dengan pendahuluan kata

” Salam Bro….. “

Mungkin mereka baca entri Dapat 24 saman dengan jumlah RM 4700.00 dan terus anggap hanya lelaki saja yang ‘kaki rempit’.  Normalkan kalau lelaki yang selalu dapat saman trafik.  Pembaca mungkin tak sempat nak check Biodata pemilik blog .

p/s… ada orang copy paste entri tu… direct segala internal backlink pun diangkutnya – lain kali kalau nak copy paste , baca entri saya yang ni dulu – Kalau Nak Copy Paste, Buatlah Secara Bijak )

Perbezaan antara lelaki dan wanita bukan saja telah didokumenkan hasil dari pelbagai ujikaji tetapi sering juga menjadi bahan lawak jenaka dan ejekan sesama sendiri. Perbezaan itu meliputi struktur otak masing² juga cara mereka bertindakbalas terhadap peristiwa dan rangsangan.

1. Saiz otak. Biasanya, otak laki-laki adalah 11-12% lebih besar dari otak perempuan. Perbezaan saiz sama sekali tidak ada hubungannya dengan kecerdasan, kerana memang bentuk fizikal tubuh lelaki yang lebih besar.

2. Hubungan – Perempuan cenderung untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan daripada lelaki, bekerja berkumpulan, lebih banyak menggunakan isyarat non-verbal seperti nada, emosi, dan empati sedangkan lelaki lebih berorientasikan tugas, tidak banyak bercakap dan suka menyendiri. Lelaki lebih sukar memahami emosi.

3. Reaksi terhadap stres. Lelaki bersifat suka “melawan atau lari” dari ransangan terhadap stres sementara peempuan menyelesaikan masalah stres dengan strategi “cenderung dan berteman” (tend and befriend) Bila seorang perempuan itu stres, dia boleh mengurus diri sendiri dan anak-anak atau rakan-rakan (cenderung) dan membentuk ikatan kelompok yang kuat (berteman).

Perbezaan ini tidak boleh memporak perandakan dunia. Perbezaan ini berlaku untuk menyeimbangkan fungsi lelaki dan perempuan di dalam keharmonian dunia.

sumber image : 9gag.com

©kujie – hilang deria di twitter!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. fendidahada says:

    haha..tula pasal..kantoi mudah je…hehe…
    Jom terjah post menarik dari fendidahada ..Tutorial Buat Simple BannerMy Profile

  2. tak boleh..ni mcm rahsia pihak tertinggi
    kak jie tau pun selepas kawan2 geek buat siasatan menyeluruh

    kesilapan dia satu je..dia ada akaun nuffnang! heh! :mrgreen:

  3. fendidahada says:

    wow…ade link..nt tau gak ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari fendidahada ..Oh Yeah! SedapnyeMy Profile

  4. ada sorang blogger fofuler – dia gurl tapi nak nampak macho, boleh guna bahasa 18SG dia create identiti sebagai laki….

  5. selalu……….selalu
    agaknya jarang nampak blogger perempuan miliki blog mcm ni kot 😆

  6. dulu denaihati tu kak jie ingat dia perempuan..hehe
    theme juga main peranan sebenarnya…. theme kak jie tak nampak ‘keayuan’ seorang wanita 😆

  7. emm..dia lom belajar dan mahir dalam bab-bab copy paste agaknya..

  8. Otak perempuan ni sememangnya agak berseni dari lelaki ni.
    p/s: kes lelaki nak jadi pompuan, yang pompuan nak jadi lelaki macam mana pulak?

  9. kak KUJIE?? 🙂

  10. fendidahada says:

    saya copy guna mata jela…paste dalam hati dan ingatan…
    tapi yang blogger mengaku gurl tu tak ok…laki buat la laki..ish2…
    Jom terjah post menarik dari fendidahada ..Aku menang RM120-000My Profile

  11. syahrilhafiz says:

    hoho..bahaya2..
    copy paste ni memang la..
    tapi kan..macam saya dulu blurr jugak yang yanmieonline.com tu perempuan ke lelaki..haha
    nasib dah tau yg tuan punya wanita..
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Cara menghadapi tekanan jiwa tak tentu arah!My Profile

  12. gambar tu dah boleh terangkan serba sedikit perangai seorang lelaki dan seorang perempuan…:D
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Ana Raffali- Sohaimi Meor Hassan- Altimet vs HijjazMy Profile

  13. keh3…cuba kak jie tempek gaya camtuh…mau riuh satu arena blogging malaysia ni…hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Ana Raffali- Sohaimi Meor Hassan- Altimet vs HijjazMy Profile

  14. rasanya diaorang ni malas nak baca about tu la kot..sebab tu main bro2 je takpun sebab bahasa rojak yg mereka gunakan

  15. theme tak comel, kan..simple mcm theme lelaki guna 😆

  16. betullah tu.. kena lebih teliti nak kenal perempuan atau lelaki

  17. nak kena letak gambar gedik2 gaya myspace ‘mulut ikan’ kat sidebar ye

  18. kena on deria ke enam dulu..baru faham 😆

  19. Jika makan durian pasti jiran sebelah dapat bau.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Berita Sukan Terkini Cabaran SEOMy Profile

  20. owh ok2 faham. hehe
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber TerbukaMy Profile

  21. lucu lah masalah berbangkit kak jie nih.. siap kene confirm kan kromosom..hahaha..

    lpas nih mungkin akak boleh pertimbangkan untuk letak gambar akak kat banner 😉
    Jom terjah post menarik dari liyana ..Levis DIY contestMy Profile

  22. Bukan… spamlog, black seo Kak Jie tau..
    ada banyak lagi..contoh dari toolbar.blinkx.com , dogpile.com , start.facemoods.com, search.mywebsearch.com

    Kak Jie boleh bezakan backlink tersebut.

    Ini bukan kes PERMALINK , ini kes internal backlink dalam entri Kak Jie, dia copy paste…….jadi internal backlink tu ada kat blog dia.

    yang ni blog personal…. blogspot.

  23. nazihahisa says:

    hahahah kokye pun baca smpi habis, copy pasta yg tak sihat.. btw info tu terbaik ah! br tahu lelaki rupenya suka escape dr pk2 masalah ni cis.. haha
    Jom terjah post menarik dari nazihahisa ..Sudikah Anda TerimaMy Profile

  24. erk, tadi ada komen. tapi letak byk link pulak. harap kakjie dapat cek spambox
    Jom terjah post menarik dari owh, ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber TerbukaMy Profile

  25. Salam. Kakjie, saya ada google pasal entry tu. Rasanya tu semua guna Black SEO. Even kalau saya tekan, die hanya akan refresh page tu je, bukan redirect ke page kakjie. Berlainan pulak dgn Ping site, kita tekan link tu, redirect ke blog kita.

    masroy.net , zeuder.co.cc , htphotocopier-machine.com
    Jom terjah post menarik dari owh, ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber TerbukaMy Profile

  26. eiela tau pemilik blog nih wanita berdasarkan hidup biar sedap tuh. tapi ada jugak blog namanya sekamar rindu rupanya pemiliknya lelaki, yang nih eiela pun tertipu. perbezaan lelaki dan perempuan memang banyak.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Mereka Alami Sindrom Motivasi DownMy Profile

  27. eh…itu bukan tujuan kak jie buat blog
    sesiap boleh copy paste… tak ada larangan
    tak bagi kredit pun tak apa…

    tetapi ada caranya

    blog ini ada plugin SEO Smart Links… ada beberapa keyword berkaitan akan jadi internal backlink. Kalau copy direct…internal backlink tu juga akan dicopy paste.

    ada cara bijak utk copy tanpa angkut segala internal backlink….. kebaikannya bukan untuk kak jie

    kebaikan utk tuan yg copy tu…jgn terkanoti dgn kawan2 yg lain

    sebab kak jie pernah tgok… ada org tu copy paste, ada internal backlink satu keyword…kawan2 dia baca entri tu…siap komen…” ni copy paste ni”

    kan malu………..bukan kak jie yg rugi…dia yg tercalar kreadibiliti.

  28. kak jie.. moh pasangplugin bagi orang tak boleh copy paste entry bro ini
    Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Si Tumit TinggiMy Profile

  29. :: munira :: says:

    memulo dolu pong saya ingat empunya blog ini lelaki!hehehehehe
    *klakar laa gambor tu kak kujie!*
    Jom terjah post menarik dari :: munira :: ..Buku Cerita Seks Kanak-KanakMy Profile

  30. salam…

    Jika dulu lebih mudah utk melihat perbezaan berdasarkan fakta ini tapi hari ini semakin banyak yang kita lihat apa yg berlaku seakan berlawanan dgn fakta tersebut…mcm terbalik pulak.
    Jom terjah post menarik dari ozzy ..WANG DERMAMy Profile

  31. Lelaki dan wanita dijadikan untuk saling melengkapi antara satu sama lain…
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..MAHA – GORENG PISANG PANAS &amp WANITA GLAMERMy Profile

  32. Fahmi Raazali says:

    hehe… dia tak perasan kot… yg pemilik blog ni wanita… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Colmar Tropicale- Bukit Tinggi- Pahang – PhotoshootMy Profile

  33. heheh sama la kita bro, 😛
    Jom terjah post menarik dari suffer8zine ..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431HMy Profile

  34. Izzat Aziz says:

    Main copy paste tu lah yang boleh nak kena saman ni.
    Cuba fahamkan ayat dalam cebisan paper tu, tapi sampai sekarang blur lagi..haha