Peminat Tandas

harga masuk tandas majlis daerah

Entri Wordless Wednesday saya minggu lepas mengenai papantanda harga masuk tandas awam.

Mungkin ramai tak perasan biasanya harga masuk tandas awam hanya ditulis harga secara tetap – 20 sen, 30 sen atau 50 sen untuk mandi. Kadang-kadang ada  ditulis harga untuk sabun atau tisu.

Papantanda yang saya jumpa di Jeli berlainan sikit, harga masuk ke tandas awam diasingkan kategori mengikut dewasa dan kanak-kanak. Itu saja.

Ada pembaca yang komen, saya suka berkongsi gambar papantanda tandas. Ha ha ha.. mungkin dia teringat instagram saya kerap diupdate dengan objek ini. Pantang jumpa yang pelik.

papantanda tandas awam wanita
Ini instagram yang terbaru sewaktu saya bercuti di Kuala Terengganu. Tandas awam di Giant Kuala Terengganu Mall yang baru dibuka.  Pertama kali saya jumpa perempuan  kain kembang macam ni.  Macam orang mengandung pun ada.  Baca feedbacak rakan-rakan instagram pun lawak.

 

tandas awam GM Klang

Ini di GM Klang.

Anak saudara saya tanya ” Mak Long… mana kaki dia lagi satu” merujuk kepada icon tandas perempuan.

Saya jawap, orang perempuan tak boleh terkangkang macam orang lelaki, kena kepit kaki.

Tandas awam musium diraja pekan

Ini papan tanda tandas Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.

BIla difikir balik, betullah juga apa yang pembaca saya komen.  Lawak pun ada kerana dalam banya-banyak objek di dunia ini, saya mudah tertarik dengan kepelbagaian jenis sign tandas awam.

Kalau tandas hotel tak hairan sangat sebab lokasi dan targetnya pun untuk pengunjung terpilih.

Kalau nak tengok gambar tandas lagi.. hahahah.. lawak pula ayat ni, silalah follow  saya di Instagram – kujieins

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. simbol wanita dan pria benar2 berbeda 180 derajat
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Listrik PLN Secara OnlineMy Profile

  2. First time jumpa bayaran ikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Tapi kira murah la juga ni. Gambar tandas pun macma tak percaya je. Ada ke patut macam tu gambar perempuan haha
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Telatah :Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyakMy Profile

  3. As salam Puan, sy belum ada instiagram. Tapi, memang menarik la papan2 tanda tandas ni. Lucu pun ada. hehe…
    Jom terjah post menarik dari ieta ..ILMU WAHYU DAN FENOMENA ALAMMy Profile

  4. macam-macam sighboard toilet sekarang nih kan kak.
    Jom terjah post menarik dari fyna ..Jangan Luah Perasaan Sendiri Di FacebookMy Profile

  5. niza noordin says:

    assalamualaikum
    niza dah follow k.jie 😉

  6. Macam-macam logo tandas. Biasanya tak sempat hendak menilik untuk qada hajat. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013My Profile

  7. kuikuikui..

    maza tak terkenangkan pula pasal sign2 tandas ni…….kalau sampai seru, terus terjah dah syhhhh.. hahahah

    terbaiklah kak!

  8. Macam-macam jenis icon tandas ada. Yang dekat Giant Kuala Terengganu tu yang paling ‘unik” (pelik).

  9. lawak betul.. gambar tandas pun boleh jadi post khas kak jie..hehe..
    cume kekadang tandas petrol station agak kurang bersih takpun takde air tu amatlah menyedihkan

  10. Memang betul-betul peminat tandas tegar ni. Kepelbagaian signboard, mencerminkan kepelbagaian budaya. Kalau takde peminat tandas macam kakjie, mungkin jugak akan terkebil-kebil kejap nak pilih tandas mana untuk dimasukki bila jumpa signboard pelik.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Persediaan Sebelum Menyambut RamadhanMy Profile

  11. macam2 design yang ada.. 😉
    Jom terjah post menarik dari aizamia3 ..Nak mandi awal lagi..My Profile

  12. Huhu, takde hotdog dan donut. Kat UK kot ada ;p
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Jerebu: bala mengabaikan suruhan Allah?My Profile

  13. gambar pun harus mengikuti aturan yang ada, kalau icon/gambar perempuan harus menutup rapat kakinya
    semoga kita bisa dapat pembelajaran dari ini 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create jQuery Featured Content Slider For WebsiteMy Profile

  14. Sambil nyelam minum air. Promosi instagram 😛
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Kenapa Aku Seorang Blogger Malaysia GagalMy Profile

  15. Yang paling penting kita faham dan tidak tersilap masuk tandas. Kalau jadi macam tu memamg haru….
    Jom terjah post menarik dari SHIMI ..Aku suka menangis (kamu juga tidak perlu malu untuk menangis)…My Profile

  16. Satu niche yang bagus ni..tak banyak persaingan..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Keyword, SEO Dan JerebuMy Profile

  17. wow..ni pon leh dijadikan koleksi bergmbar yang RARE!:-p
    Jom terjah post menarik dari JMR ..Air jagung terlampau..My Profile

  18. jangan pulak ada yang salah masuk tandas.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Tiket Percuma AirAsia Dengan Penebusan Mata BigPointsMy Profile

  19. Saya pernag jupa signboard tandas lelaki gambar pisang dan perempuan gambar bunga. 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Pengalaman Rawatan BekamMy Profile