Pengalaman Naik Bas 2 Tingkat

pengalaman naik bas ekspress dua tingkat

Baca entri di Ondscene.my mengenai bas ekpress terbalik yang mengakibatkan seorang maut dan 12 lagi cedera, teringat pengalaman saya naik bas ekspress. Kejadian di Raub pagi tersebut membabitkan bas ekpress dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Baca kisah di sini – Kanak-kanak maut, 12 cedera bas ekspress terbalik.

Takziah untuk semua mangsa yang terlibat.

Apa yang saya nak kongsi di sini adalah pengalaman menaiki bas ekspress dua tingkat. Ini kali kedua saya menaiki bas dua tingkat tetapi kali pertama saya duduk di kerusi paling hadapan tingkat atas bas dua tingkat.

Bas yang dinaiki dari Kuala Dungun pada jam 9.30 malam ini dijangka tiba di Hentian Putra jam 3.30 pagi. Saya jarang naik bas malam selewat ini, tetapi itu saja yang masing kosong sewaktu membeli tiket.

Cuba bayangkan…. di depan kami ( saya dan Intan ) adalah cermin kaca.

pengalaman naik bas dua tingkat
Tiada entiti paranormal di dalam gamabr ini, ini hanya kesan pergerakan bas yang bergegar.
Perjalanan dari Dungku dan singgah di Kuantan tak ada masalah. Hampir separuh perjalanan saya tidur. Seronoklah bila sudut pandangan lebih luas. Kalau siang mungkin lebih menarik.

pengalaman naik bas ekspress dua tingkat
Selepas Kuantan, pemandu kedua yang memandu bas ini.  Bermulalah satu pengalaman kecut perut bagi kami.

Saya adalah pemandu aktif lebih 20 tahun.  Dari corak pemanduan bas ini , saya beranggapan pemandu ini tidak berpengalaman.  Cara dia mengambil selekoh atau sewaktu  membrek kita boleh tahu kecekapan pemandu tersebut.  Paling ketara adalah apabila bas mula mendaki.

Pemandu yang berpengalaman akan tahu teknik mendaki supaya kenderaan kita tidak tersengguk-sengguk hilang momentum.  Tiga kali bas hilang momentum sewaktu mendaki walaupun tanpa halangan kenderaan lain di hadapan.

Bayangkan Lebuh Raya Karak yang berliku dan berselekoh , nasib baik bas tidak dipandu laju.

Ada satu ketika, saya tak suka cara pemandu ini memberi lampu tinggi ( high beam ) kepada lori dihadapan berkali-kali. Bagi saya pemandu lori dihadapan tu tak bersalah. Walaupun dia berada dilorong tengah, tetapi dia dalam kedudukan hendak memotong sebuah lori lain yang lebih perlahan di lorong paling kiri.

Saya paling tak suka orang yang gemar berikan high beam sewaktu seseorang sedang memotong. Kalau bagi high beam, nak suruh pemandu depan tu pergi mana? Kiri ada kenderaan yang sedang dipotong, kanan ada kenderaan lain atau pembahagi jalan. Cuba jawap………… nak suruh ke mana?

Walaupun kita lebih laju, biarlah kenderaan dihadapan selesai memotong. Barulah pecut. Lainlah kalau kes kenderaan di hadapan tu memang dilorong laju dalam keadaan ‘makan angin’.

Sampai saja di Plaza Tol Gombak , bersyukur sangat perjalanan kami selamat.

40 Replies to “Pengalaman Naik Bas 2 Tingkat”

  1. 1. Mmg bila pemandu tak terer, kita mesti akan rase tak senang duduk, berdebor tu takyah cakaplah..Allah jer tahu….nak2 laluan karak tu..fuh!
    2. High beam..agaknye dia bagi sbb nak pecut siap2, sbb tak berapa terer nak bwak bus dlm gear rendah..
    3. Kak jie serik tak naik bas malam lepas ni?
    4. Cubalah duduk bawah, duduk depan sekali…rasenye lebih luas
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak ChenderingMy Profile

  2. Saya pun tak suka jenis pemandu yang suka bagi high beam sedangkan kita ni dah ikut semua peraturan..had laju pun kita dah ikut..kalau rasa nak laju sangat, jangan naik kereta…naik jet atau yang seangkatan dengannya..
    Kebiasaannya jenis2 pemandu yang suka sangat bagi high beam ni datang dari jenis2 kereta mewah yang berkuasa tinggi..kira nak tunjuk hebat la dengan aset yang ada..walaupun tak dinafikan ada jugak sesetengahnya terdiri dari kelompok kereta kompak berkuasa ratusan CC je..dan termasuk juga kategori dari pemandu kedua bas tadi..
    Harap komen ni tak melampau panjang dari entri tuan punya blog..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Keyword, SEO Dan JerebuMy Profile

  3. Sepanjang ulang alik kL-KB 2-3 tahun ni, baru 2 kali yati duduk tempat duduk paling depan tingkat atas. Biasanya yati awal2 dah tempah seat bawah. Tapi sekali sekala kalau naik bus siang hari, best jugak dapat duduk atas & depan. Boleh tangkap gambar dengan jelas. (Terutama waktu balik raya, boleh update laju2 keadaan trafic)

    1. yang seat atas depan pilihan Intan.. ada seat lain tapi dia nak duduk depan
      ikut aje…tp tido je sepanjang jalan tu
      awal2 je tengok view

  4. serius memang tak berani naik bas dua tingkat ni, naik bas biasa pon dah kecot pernah dua kali tayar pecah sampai bas terhuyung hayang kejap mmg mngucap je masa tu, ni kan pula naik bas dua tingkat kalau lah pecah tayar dia entah macam mana lah nanti..
    Jom terjah post menarik dari jal ..TAKOYAKI dari TAKO TAO di MidValleyMy Profile

  5. Dari dulu sampai sekarang,kalau naik bas waktu malam,memang tak boleh tidur…cuba juga nak tidur mmg tak boleh,sebab rasa tak confident dgn driver 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Animal CrimeMy Profile

  6. Saya pun tak suka orang bagi lampu tinggi tambah2 masa kita tengah memotong.. Dah la time tu tengah pecut nak potong kereta depan tiba2 dari depan tu pulak terpancar lampu terang menusuk ke bijik mata.. Silau dibuatnya..

    Sikap sesetengah pemandu kat Malaysia ni memang teruk.. Pentingkan diri sendiri.. sampai bahayakan pemandu2 lain..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Buah Tangan Dari Luar NegaraMy Profile

  7. ada beberapa kali saya duduk di tingkat atas depan sekali. Mula2 duduk tu mesti rasa pening sikit, kena lelapkan mata kejap. Lepas tu baru ok 🙂

Comments are closed.