PMR Along

3A 5B?

Tahniah untuk Along, mungkin keputusan dia tidak secemerlang orang lain tetapi saya tetap berbangga dengan Along. Dia mendapat A untuk Mathematik, Sains & Kemahiran Hidup.

Percubaan PMR dulu dia cuma mendapat 4B 4C dan untuk pertama kali sepanjang 3 tahun di sekolah menengah dia mendapat A bagi mata pelajaran Sains sehingga mendapat ucapan tahniah dari guru kelas.

Saya berbangga dengan pencapaian dia yang menunjukkan kemajuan dan saya berharap ini akan memberi tauladan dan motivasi untuk dia berusaha di peringkat SPM 2 tahun lagi. Keputusan ini adalah pengajaran berguna supaya dia lebih memberi perhatian dan mula berminat untuk mengapai kejayaan di masa depan.

Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan. Anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda. Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana, ingatlah bahawa disitulah tempat anda akan menemui kejayaan – di sebalik kegagalan

edit:: Selepas saya publish entri ini, saya mendapat sms dari seorang kawan yang mengucapkan tahniah kerana saya tetap bangga dengan Along walaupun dia tidak mendapat keputusan penuh 8A.

nota kaki:: Along anak saya dan saya tetap berbangga dengan setiap pencapaian dia walaupun sedikit dan saya akan terus memberi perangsang dan semangat untuk dia terus tekun di masa akan datang. Dia telah membuktikan bahawa dia boleh mencapai kejayaan jika berusaha selepas kegagalan mendapat A dalam percubaan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Anonymous says:

    Tahniah bagi yang mendapat a dlm PMR.Doakanlah saya semoga berjaya dlm PMR tahun ini.

    ©Kujie ~ Insyaallah..berusaha mesti berjaya

  2. ni mesti syu betul kan..ha ha ha..mama dah kenal anak² dia tau :p

    makasih ye ….dulu2 mama suka fizik dr semua subjek sains yg lain..:D

  3. mama…
    say congrats tu along tuk kptsn dye..
    hehehehehehe…
    nnti msuk kelas sains..
    pulun bio, kimia, fizik, add math!
    waaa…masyuk2…
    tahniah utk anak mama tuh… :]

  4. Budin harapan mmg la mcm tu, semoga dia mendapat semangat dan membuka mata utk terus mencapai kejayaan

    azlan Ye , betul tu, kejayaan dlm hidup bukan penentuan dari keputusan peperiksaan..itu cuma secebis dari berbagai pencapaian yg perlu kita kejar.

    mad.redo1 kita cakap memanglah…tapi realiti tengok kat luar sana….anak² seawal umur 10-12 tahun di kerah utk belajar..belajar….belajar..supaya mencapai kejayaan yang cemerlang. Bukan salah sesiapa, sistem membuatkan mereka begitu…Yang berjaya lebih dipandang dan yang gagal bukan dibimbing malah dicemuh.

  5. mad redo1 says:

    no hal le jie, PME ni warm-up je. sumer reset to zero. yang penting ialah SPM, itu yang tentukan hala tuju bebudak tu nanti… so, get on with it…

  6. Kejayaan hidup bukan diukur dari kejayaan yang terpamer di atas sekeping kertas. Tidak semestinya orang yang bijak akan stabil dalam kehidupan di masa akan datang. Yang PENTING: HARI INI ADALAH LEBIH BAIK DARI SEMALAM”

    Saya juga adalah pelajar yang lemah suatu waktu dulu….. Peperiksaan Penilaian Darjah 5 dpt 4B1C, SRP hampir Pangkat ‘B’..apa-apa pun, hidup mesti diteruskan…Kegagalan silam membuatkan kita terus CEKAL menempuh dugaan akan datang… tak gitu Jie?

  7. DUNIABUDIN says:

    3A atau 9A bukanlah penting sangat. PMR hanya permulaan kedua selepas UPSR. Along masih punyai masa yang banyak untuk tingkatkan pencapaian untuk SPM dan seterusnya menjejakkan kaki ke universiti. Percayalah, tak semua yang berjaya dapat 10 atau 17A dalam SPM merupakan pelajar yang dapat 8 atau 9A semasa PMR. Yang penting along terus belajar dan tumpukan pada mata pelajaran penting. Syabas Along dari Pakcik Budin…

  8. OD oittt..OD, ukur kejayaan org dari status jutawan ke? muahahahahahaha…..Bagi saya kan OD, kalo dia boleh jadi anak yg baik, tak terlibat dgn segala mcm gelasa sosial , terpengaruh dgn kawan² yg entah apa² tu….sy lebih bersyukur..bkn senang nk jaga anak bujang zaman skrg…kita sukar nk kontrol mcm dulu…dulu tgok tv itam putih je, skrg dah boleh tgok kat hp,shopping komplek tak de,internet…dsbnya…peranan ibubapa dlm perkembangan dan pembentukan anak² terlalu banyak di kuasai oleh pihak luar.

    chii tgok..skrg pun dah berjaya kan..chii…. berjaya membesar bagai johan..he he he…syg chii…muaaaahhhh

  9. ien Persaingan pun semakin kuat…he he he..

    kumbang terimakasih ye

  10. chii duluu pun dpt A gak utk sains..x penah2 .skali kuar result dpt A..hikhiks..result sama gak cam along..3A..yg len sumer B.sejarah ngn agama A ar…

    pape pun..tahniah utk anak kak jie.. =)

  11. © Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad says:

    Salam Jie…
    Tahniahhhhhhhhhhhh alonggggg… alah, itu bukan pengukur kejayaan. Ada yang tak habis sekolah pun boleh jadi jutawan. Kena kreatif, penuh imaginasi dan usaha… tapi, kalau ada ijazah lagi best, kan Jie kan. Love you la Jie, nak buat camana nih?

  12. tahniah to Along… 🙂

  13. ramai owang dpt mate A. dak2 skarang semakin umph! tahniah! senang masuk U nanti kekeek.. Insyallah 😀

  14. mamaranggie saya pun tak anggap dia GAGAL!!!!! Dia berjaya menukar 4B4C kpd 3A5B itu adalah BERJAYA.

    tan sri kailan Ada syarat tu, kena package family…he he he

  15. tahniah utk along…
    nnt pacik blaje kepci yerk…:P

  16. mama ranggie says:

    tahniah along…

    tu bukan gagal tp kurang berjaya..

    bukan semua org boleh dpt A…

    gagal x bererti selamanya akan terus gagal..

    amik positif,gagal lah yg akan menjadikan kite lebih berjaya…

  17. jun ye tul tu jun, kejayaan sepatutnya dianggap bila kita dapat melebihi sasaran…

    kiki mungkin juga kiki, persekitaran yg selesa utk dia juga membantu utk belajar..

    mama doakan dia akan berjaya…dalam hidup

  18. tahniah wat along…

    keputusan along lebih bagus dari adik kiki……adik kiki jenis degil dirumah..coz kat skolah dia kena buli..so dia jadi malas nak belajar…harap2 lepas nie dia dah pindah skolah..dia akan dapat keputusan yg lebih baik dr ini…

  19. tahniah wat along jie..
    mmg patut jie bangga dgn dia, byk improvement tu..
    kdg2 kita terlalu mengharapkan sesuatu yg diluar kemampuan…dan akhirnya tiada kejayaan yg dicapai melainkan kekecewaan!
    berusaha itu lebih baik..rezeki ada dimana2…muga along sentiasa berjaya! kebanggaan jie tu la yg akan mendorong dia!

  20. ziana terimakasih..semoga semangat ini tak layu sehingga kemuncaknya

  21. kunadzri aka Deri Terimakasih atas sokongan dan doa yg diberi..saya percaya ini adalah pengajaran yang baik untuk Along juga sesiapa juga yang ingin berubah dalam hidup…

  22. tahniah Along…
    pasnih tumpukan pd SPM lak ek..
    🙂

  23. Tahniah utk Along. Tahniah juga utk Jie & suami. Siapa kata 3A 5B tu satu kegagalan adalah satu persepsi yg agak menyerong & keluar dari landasan. Kejayaan itu mcm `mangkuk tingkat’. Walaupun di bawah tetap ada isinya. Along telah berjaya mencapai sesuatu utk dirinya & berjaya menghadiahkan sesuatu untuk ibubapanya. Usaha lebih lagi, gerenti geraf kejayaan akan meningkat. Yakin pada diri, doa setiap hari…

  24. rio Terimakasih, apa lagi impian sebagai ibubapa, tentu mengharapkan kejayaan anak² dalam apa juga bidang yang mereka minati. Memberi sokongan dan dorongan adalah salah satu cabang kasih sayang…payung tempat berteduh, dahan utk berpaut juga baja kasih sayang supaya benih yg kita semai itu subur … dicampak ke laut pun boleh manjadi pulau!

    pakteh Terimakasih atas segala doa dari Pak Teh…sy berharap sangat dia mendapat semangat dari lonjakan ini..tugas kita memberi sokongan .

    hayat terimakasih Tie..bagaimana anak awak…tentu keputusan penuh.

  25. bp betul ke? tanya diri kita sedalam² dah seikhlas²nya…betul ke kita tak kisah…ramai ibu bapa berlumba² memberi tekanan kepada anak² utk mencapai keputusan penuh 8A.

    UNCLE terimakasih ye uncle…chicken soup of the soul yang menarik dan boleh menjadi motivasi

    cikgu panji terimakasih atas doa dari cikgu

  26. Tahniah untuk along…teruskan usaha demi mencapai kejayaan cemerlang…

  27. Tahniah atas ‘double’ kejayaan! Kejayaan itu biasanya orang kata, apabila kita meraih sesuatu yang kita harapkan. Apa nak kata lagi, bila 4B 4C jadi 3A 5B? Itu melebihi jangkaan. Itulah ‘quantum leap’ – satu lonjakan saujana yang hebat. Syabas utk Along dan bondanya. Teruskan usaha untuk ‘triple’ kejayaan atau lebih , dalam SPM. PakTeh doakan.

  28. Dari 4B 4Cke 3A 5B satu peningkatan yang positif.Persis usia yg meningkat insyaALlah kematangan bertambah.Sains tulen atau Sastera apajua anak anak selesa dan gembira untuk belajar.Ayahbonda terus menyalakan semangat agar mereka terus bersaing menimba ilmu.Doa dan harapan semoga mereka cemerlang,gemilang dan terbilang dalam apa jua bidang diceburi.Seluas laut terbentang begitu juga rezeki menanti.Ayahbonda doakan terbaik untuk putra putri tercinta..

  29. cikgu panji says:

    Tahniah untuk along dan maknye jugak…Semoga terus berjaya dan sentiasa diberkati Allah.

  30. U.N.C.L.E says:

    along> fulamak, tahniah along….keputusan along tu, sebijik macam keputusan uncle masa LCE dulu(kira macam PMR dalam pengantar English)… 3A jugak, cuma selain maths & sains, uncle dapat english A.. tapi keputusan 3A pada peringkat tingkatan 3 tu tak menghalang uncle dapat pi obersea lepas SPM … haa uncle doa2kan along pon akan bertambah menyerlah & cemerlang masa SPM nanti… biasalah along, kita org lelaki ni pick up lambat sikit dari org pompuan… nanti bila dah pick up, dia meluncur macam kapalterbang Concorde… err ada ke lagi Concorde sekarang ni yer…

  31. blackpurple @ jowopinter says:

    Tahniah!

    Tak apa, PMR bukan kayu pengukur sebenar untuk kejayaan masa depan.

    Kata orang, bukan di mana kita bermula, tapi di mana kita berakhir, yang penting. 🙂

  32. BDI walaupun dia tak berjaya mendapat berderet A ttp saya ttp bangga kerana dia berjaya..keputusan yang meningkat

    kawasari Sains & Mathematik memang subjek kesukaan dia…frust sebab BM pun dapat B..he he he..

    cik mika next year tatau lagi…dia tgh celebrate giler…dia seronok sangat sebab keputusan tu memang memeranjatkan..bayankan tak dapat A langsung dalam percubaan

    😀 org dpt 9A pun tak suka mcm dia..he he he

  33. mikaounik says:

    tahniah along..
    mama next year along masuk kelas sains laa erkk..bio..kimia..bla..blaa…

    Anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda
    -saya suka dgn ini-

  34. Kejayaan itu adalah bangkit dari kegagalan.. satu peningkatan yang baik terutama dalam Subjek Sains.. teruskan usaha ya Along.. pastinya doa dari ibu dan ayah akan diberkati olehNYA..

  35. kejayaan sebenar bukan hanya diukur dengan keputusan peperiksaan..
    tahniah untuk along…

  36. banihassin salam…itulah yang kakjie rasa… rasanya dia baru sedar manisnya bila berjaya…semoga keputusan ini menyedarkan dia untuk lebih berusaha..kerana selepas percubaan dia telah membuktikan bahawa kalau berusaha tentu berjaya 🙂

  37. BaniHassim says:

    Salam Kak…
    Keputusan anak akak nih bukan bermakne dier akan gagal selamanya…
    Sye sure akak akan berikan galakan yang lebih utk SPM akan dtg, sebab yg itu lebih utama…
    Semoga anak akak tak putus harap dan terus berusahe…