Projek Dengan Mak Mertua


Sesiapa tahu lokasi ini?

Saya suka balik kampung… mesti ada berbagai projek baru dengan mak.  Tiap kali balik, ada saja benda baru dan belajar subjek kemahiran hidup dengan mak.  Dulu kami buat opak.

Sebelum tidur – kami – ye kami anak menantu dan cucu mak bertukang di dapur riuh rendah.  Sangat enjoy – ada yang kupas bawang, ada yang kupas ubi , parut kelapa….dan sebelum tidur siap satu menu – Kuih Lapis Pisang Mas.  Ini  cubaan pertama mencuba resepi baru.

Macam kuih lapis biasa tetapi dilapis dengan pisang mas di potong bulat.


Pagi tadi , goreng pisang berempah.  Pisang mentah dipotong kiub, digaul dengan bumbu ( bilis, jintan manis, bawang putih, bawang merah, garam dan tepung )

Sebelum tidur dah kupas ubi ( ubi tahun ) dan direndam. Pagi tadi rebus dan di ketuk dalam lesung. Namanya Ghetuk-ghetuk. Kalau dibulat² dan goreng, namanya Isabela.

Kemudia buat kerabu – pegaga, selom , ulam raja dan cekur.


Siap projek bersama mertua – emak ambil bahagian untuk pertandingan masakan berasaskan ubi dan pisang. Program muslimah di kampung hari ini.

p/s –  entri ini saja menunjuk² khas buat budak pandai masak, muke separa hemsem, cume girlfren jer takde lagi –  a mere boy

Mak dapat 2 hadiah untuk 2 kategori.

©kujie – tiap kali bersalam nak balik semula, mak mesti ucap “terimakasih kerana balik” :roll:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. meleleh ayaq liuq saya…mmg rajin betul mak mertua ngn menantunya ni…hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan andaMy Profile

  2. gambar jalan tu kat kalau lalu dari Tasik Puteri nak ke Kota Puteri..sebelah kanan dia kolam memancing ikan…redup je

    lapis tu senang je – tepung, santan lapis2 je dgn pisang..diubahsuai hehehe

  3. resepi org kita ni… tak de sukatan2
    ikut sesedap rasa je…tu kena ada kemahiran deria ke 6 😆

  4. buat sendiri je…senang
    pisang dgn ubi kayu kan benda2 biasa kita jumpa kat pasar

    erk…kat sana ada tak anis?

  5. itulah salah satu cara mak bersosial di kampung 😆

  6. betul ni..mudah sgt
    selalu pisang mentah tu kita goreng bergaram je lan
    kali ni cuba tumbuk bumbu – bilis, bawang putih lebih dari bawang merah, jintan manis dan garam…gaul2 dgn tepung gandung sikit…goreng
    makan panas2…memang sedap

  7. itulah… moden sgt namanya…

    kepal2 ubi yg direbus, ditumbuk tu , digoreng 😆

  8. yuuppp..betul

    antara Tasik Puteri dengan Kota Puteri 😆

  9. SEDAPNYA…BAGI SATU BOLEH HEHE..

  10. Tertarik dengan pisang berempah tu, kat kebun banyak pisang, daripada asyik2 buat pisang goreng, lepas raya ni nak buat ala kak kujie ni pula… ty sis, u gimme inspirations to be more creative in food :p
    Jom terjah post menarik dari Maya ..Cara bungkus dan ikat Buras BugisMy Profile

  11. rajinnya mak mertua kakjie join pertandingan.. mak saya dah lama tak join benda2 macam ni..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Asyik bagi peluang! – Tak beringat atau tak ambil kisah!My Profile

  12. semua nama kuih tak pernah dengar.. dan, yang paling unik (pada saya) ialah.. kuih isabela.

    teringin benar nak rasa kuih isabela. adakah seindah namanya..?
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..FORCE RANKING PUNYA HALMy Profile

  13. intankuterpilih says:

    mesti emak berbesar hati tgk kak jie balik…tu yg ucap terima kasih tu…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Alhamdulillah…Mereka Selamat Di SanaMy Profile

  14. wahh baik bebenor ngan mak mertua..bagus tu..hehe
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..WanmusCom On Second PlaceMy Profile

  15. makdara TERdiva says:

    beruntungnya kak jie ade mak mertua lagi.. 🙂

    saya bermanja dengan mak bonda sendiri ajela..punnn anaknye ini tak reti2 masak..huhu!
    Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..ba alip ba yaMy Profile

  16. semua benda kt atas tu xpenah mkn lagi…teringin nyaaa nk makannnn!!
    Jom terjah post menarik dari anis ..PRoJeK PeNGaNTiN LaMaMy Profile

  17. pisang goreng berempah ? tak pernah rasapun..hmmm blh try ni..cam sedap je..
    Jom terjah post menarik dari nuyin2u ..Aisyah Kursus- Penatnya My Profile

  18. L@n@ aka Mak Budak says:

    kak jie, first time tengok kuih tu .. nampak cam sedap .. saya ni mmg tak boleh tengok kuih tradisonal ni .. suka makan .. lagi satu gambar jalan tu mcm kat batang kali pun ada ..
    Jom terjah post menarik dari L@n@ aka Mak Budak ..Gambar Nabil Raja Lawak Bercium VS Gambar Uncle Seekers BermesraMy Profile

  19. gambar jalan yang lalu kota puteri tu ke kak jie? had belakang2 tu ek?

    uwaaaaaaa nak balik kg jugak!! 😥 😥 😥 😥

    raya haji berdua jek kat sungai buaya… dah rupa macam orang takde keluarga… 🙁 🙁 🙁 🙁 🙁
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..bila lorong smartTAG kongMy Profile

  20. Baiknya mak cakap terima kasih setiap kali balik kampung.

  21. part terima kasih tu yang menyentap jiwa
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

  22. kak jie sebelah pisang berempah tu ada kertas…tuh hardcopy resepi ker>? 😆

  23. hahaha. untuk budak separa hensem, pascaSPM? hehe. adoi
    Jom terjah post menarik dari Affan ..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahuMy Profile

  24. lagi satu…tang nama isabella tu kelakar la…tak mencerminkan kuih melayu la..tukar nama jie2 boleh kot.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Buah KebanggaanMy Profile

  25. hu hu hu…best nya…kalau nampak makanan malaysia…lepas makan pun rasa lapar balik.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Buah KebanggaanMy Profile

  26. naper buat 4 lapis…buat la 10 baru tinggi sket …but seriusly kena try ni ..nampak macam best ….lapa lak rasanye ///lapar macam mana …..lapar gilerr!!
    Jom terjah post menarik dari zairi ..Jeruk Botol !My Profile

  27. wah muhibahnya kampung tu buat pertandingan masakan..kueh lapis tu memang sedap! pergh teringat kemanisannya…dah lama tak makan…
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi ..Kisah Sedih Di Sebalik Lagu ‘Tears In Heaven’ Dendangan Eric ClaptonMy Profile

  28. makan2.. tengok pun dah terliur ni

  29. samanosuke_04 says:

    arghhh!! trifles samanosuke dibalas dengan 4 resepi maut kakjie.. tepakse mengaku kalah.. zzzz.. hahahaha

    (nanti kite ade mak mertua, tgk rr nanti.. hahahha, senyum lebar bile bace entri nie.. heheh)
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Blogresipi Versus PascaSPMMy Profile

  30. masuk pertandingan ke?,,nampak sedap tu..hmm
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Baby Sitter vs MaidMy Profile

  31. yang goreng pisang berempah tu macam sedap jer… 1st time dengar nama juadah ni…kecur liur sat..:)
    Jom terjah post menarik dari marhaen ..10 Software Freeware Terbaik Yang Perlu Ada Kat PC KorangMy Profile

  32. nak skit..huuhuhu
    Jom terjah post menarik dari Cik Su ..BAck BOneMy Profile

  33. untung mil dapat menantu mcm kamu..
    bestnya dapat masakan orang lama mcm mil kamu.
    apa nak buat arwah mil dah tak ada.alfatihah

  34. Bila sebut opak tu teringat time kecik dulu.. Suka betul kunyah sambil tengok tv.

    Seronoknya dapat proses ubi, pisang dan segala yang ada. Tie selalu bawa balik keledek dan pisang dari klate. Ubi, suami yang tanam, Tie suka buat bingka,lepat atau goreng berempah.

  35. teringat dulu, ada satu pasar malam jual kuih lapis kacang hijau…sedap….tapi, sejak dia dah tak der, xder sape nak sambung jualan tu…sebab x pandai buat kuih tu teringat2 je la rasa dia..:( tengok kuih lapis mama tu, teringat pulak..

  36. tengok gambar kuih lapis kat atas tu dah rasa terliur…mesti sedap 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azrul Hisham ..Kenapa Cikgu Suka CutiMy Profile