Rahsia hati


” Abang tau dak, ada rahsia dah lama nak cakap..tapi tu lah…tak sempat.. abang baik malam…. awai pagi dah keluaQ………………”

Dengan seekali nafas saya luah rahsia yang terpendam hampir 2 minggu itu. Kendian saya rasa lega.

Pastu kita orang berdiskus hal ini, macam saya juga, dia cukup kecewa bila tahu. Saya dah dapat merasai dia mesti kecewa bila tahu sebab itulah saya mengambil masa yang lama untuk beritahu . Sebenarnya bukan rahsia antara kami pun, tetapi hal keluarga saya yang membabitkan orang terdekat.

” Kuat juga ye awak simpan rahsia….”

” he he he…tak kan tak faham kot..”

Sebelum ini, ada satu kes yang membabitkan keluarga sebelah suami. Secara kebetulan saya terdengar makcik² dia, sepupu² dia bercerita kat dapur masa satu perjumpaan kenduri . Saya yang terdengar ini pun faham sikit² je, maklum dia orang bercakap dalam bahasa jawa. Saya cuma faham sikit² perkara asas yang dia orang bergossip. Saya diam….

Hampir setahun kemudian, perkara tersebut tersebar. Apa penilaian saya waktu itu memang betul. Bila perkara tersebut diketahui ramai, baru saya beritahu suami bahawa saya dah tahu hal ini sejak setahun dulu. Saya simpan seorang diri sebab hal yang tak berapa elok ini, tak sepatutnya saya beritahu dia , mungkin saya yang silap dengar. Tak elok saya bercerita perkara yang saya tak pasti 100%.

” Kuat awak simpan rahsia ye…” itu juga yang dia sebut.

Hari ini suami saya pergi kerja lewat, jadi sepanjang pagi saya ada banyak masa dengan dia.

” Bang…. Khamis lepas saya jatuh motor”

“hah!!!! “

” Bukan saya langgar orang, budak balik sekolah yang langgar saya..he he he…dia orang naik basikal ramai²….kedua² belah jalan dia orang bersaing…sampai satu simpang, saya dah bagi signal ke kiri tapi ada budak tak nampak saya… dia terus nak langgar…terpaksa mengelak..saya yang jatuh”

” luka tak? “
” tak”

” Kuat betul awak simpan rahsia ye…..”

Ha ha ha………..saya memang simpan banyak rahsia dan banyak yang saya tahu dari pemerhatian.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. azrid

    hohohoho….. kena kunci mulut rapat² kalo jumpa dia lagi…hakhak

  2. bagus la kak jie bleh simpan rahsia lama2…
    kalo saya, tak sampei seminit dah bagi tau esp tang kakak dia..

  3. riani

    ha ha ha…tunggu je dia ckp nah, ni ubatnya, makan pastu awk rest..tak payah masak, tak payah cuci kain, tak payah jaga anak..semua tuuuuuu abg buat”

  4. riani pun byk simpan rahsia…nak citer takut lain lak jadinyer…kak jie…sometimes lelaki cenggitu…mcm riani, mengadu sakit kepala @ pening…inche mat6 tu kata apa tau…dah tau sakit kepala, gi lah makan panadol…kang melarat pulak. dush!dush!dush!…makin bertambah sakit kapla…hihihihi…

  5. OD yang mengindam roti john

    berahsia tu bukan menipu… hal² orang lain yang tak menjejaskan urusan rumahtangga pun..simpan je la..lagi pun..orang tu penat hari² balik sesak giler memandu lebih sejam, maghrib hari² kat R&R..kesian pula nk membebel hal² yg tak penting sangat…

    hal kecik² tu selalu settlekan sendiri je…

    atiesya

    ceriakan….segar mata dan minda

    umi mia

    suami kakjie keje penat..tengah panas..kat site tu…kesian kalo dia balik je rumah dak kul 8.30 mlm, rehat mandi2..bagai dah kul 9.30…….nak layan anak² kejap…kul 10 derang dah tido…kadang2 sengaja tak mau sesakkan fikiran dia…apa yg boleh kita settlekan..kita buat je….kalo kes berat² babitkan anak² ke..tak pernah la nak rahsia²…

  6. dahsyat lah kak jie boleh simpan rahsia from husband lama2…saya kalau simpan lama2…rasa cam resah gelisah….tapi kalau terpaksa…simpan gak lah kan…nak buat camno

  7. cumil bunga tuh…

  8. ODYANGPENUHRAHSIA says:

    Salam Jie…
    Setuju ngan Combi yang setuju ngan mz tu…. ekekekekeekeke… Dengan orang lain, OD memang kuat berahsia tapi ngan anney, lemah lutut aku. Tak leh nak berahsia ngan dia atau menipu dia. Dosa lagipun tipu suami tapi dia tahu, kita ada rahsia atau menipu bila tengok muka kita jek. hampeh betoi…

  9. ummi

    kadang2 org tu bukan nak rahsia pun..saje nk cover diri sendiri supaya nampak dia tak gelojoh atau nampak dia baik…tak nak kecoh..sedangkan pada hakikatnya dia sendiri bawa mulut…kan..ade kan kes mcm ni…

    dia cuma nk luahkan perasaan …bkn meminta pandangan..

    erk..lum tido ke kak ummi?

  10. combi

    kadang² rahsia tu kena simpan….kadang² nak je ckp ..bertujuan utk bela diri..tp..itulah….sabar je kan..kan

    mat gebu

    erkkk…sbb ape tak leh ade taman mcm tu, dia tu suka kutil bunga….ha ha ha…. kuat melenting?

    ada sangkut paut ke mat?

    ko tatau ke..kakjie ni makcik rempit…ha ha ha

    syam

    pasal kes tu lah..skrg ni mamat sengal tu dok kacau chatroom tu dgn nick yg mcm²…korang tak tau sbb tu rahsia mama la..dia guna nick ape..check IP dia dah tau budak yg sama…tadi pun ade…

    :p

  11. Jie, aa ada rahsia yang benar2 rahsia dan xleh bagitau sapa2 pun..Tapi kdgkala kalu lama2 simpan dan rahsia tu x harus jadi rahsia..elok discuss je dengan orang yang boleh buat pertimbangan…Ya lah kalu bole mendtgkan keburukan atau memburukkan keadaan baik rahsia je..Ummi pun selalu rahsia hal Kerajaan (office matter – terpaksa le) je..hehe..dengan suami xda apa nak rahsia rasanya..kuang kuang kuang..
    Satu lagi ummi xnak nya la org datang citer2 kat ummi pastu kata citer tu rahsia..Ish, kalu tau satu-satu rahsia, diam dan simpan sendiri je lah, mulut org x sama kan..ada org xtau nak kategorikan yang mana benar2 rahsia no. 1, no. 2, no. 3 ke dan seterusnya..hehe..

  12. jun

    yg geram tu kalo dia ckp kat A
    ” ni rahsia tau, aku ckp kat hang sorang je..jgn bgtau org..”

    pastu ckp dgn B
    ” ni rahsia tau, jgn bgtau org”

    huhuhu..kalau dah 2 org tau, itu bukan rahsia lagi kan..kan..

    kesian budak2 tu tau…siap bersori² patlima kali

    arin

    owwwhhh…….kakjie ko tak tanya pun ye…luka ke idak…:P

  13. budin

    itu sebab dah byk uban…kehkeh..tanda tu

    cik mika

    samelah kita, perahsia..jarang sgt nk share…..

  14. Bp

    dia tanya motor rosak tak?
    itu je…huhuhuh..sedayyyy tau

    mz

    sampai diri sendiri menangung beban….

  15. mama mmg pndai simpan rahsia..ingt lg psl satu kes kt chatbox tratak aritu..he..he..he..rahsia tetap rahsia.. 🙂

  16. Sebelum komen apa2….Sukanya gambar dlm n3 kak jie nih…kalau lah rumah mat ada laman mcm tu, alangkah nyamannyaa…Kuat simpan rahsia tu lah yg bagus…kira kak jie jenis tak kuat melentingkan.. Bab yg jatuh motor tu..Aiseyy, kak jie waa tak sangka luu nie “minah rempit’ jugakkk…ahakss!!

  17. echah_syed says:

    setuju ngn mz {peace}

    rahsia yg bole sakitkan ati org tolong laa simpan..walopun terasa berkobar2 nak kasi tau..walo ape tujuan skali pun..

    ~ sakitnyer aduii !!

  18. aiyooo kak jie..jatuh motor..sian shrek.. 🙂

  19. pssst! jie..mmg byk rahsia gak ni..org pon suka sgt bgtau rahsia..so, rahsia sendiri + rahsia org lagik..ekekeke….biarlah rahsia!
    bila jatuh moto tu jie? iskkk….lok2 sket len kali..la ni org suka saman org, x kira salah sape…hehehehe

  20. mikaounik says:

    mama bagus laa kuat simpan rahsia..
    tapi kalo org suka korek rahsia org …ermmm

    yg pasti saya adalah perahsia..
    hehehe 🙂

    terima kasih

  21. DUNIABUDIN says:

    sayapun suka simpan rahsia. sebab kita bukan jenis penyampai. kekadang ada rahsia yang disimpan sampai sendiri lupa. haha

  22. kadang-kadang atau selalu nya .. banyak mender yg elok je d simpan .. nak2 aib orang ..

  23. blackpurple @ jowopinter says:

    Patutnya kak jie cakap macam ni, ” Bang…. Khamis lepas motor jatuh. Saya ada atas motor tu…”

    Hehehe!