Ramadhan dalam hidup saya

18 September 1991 – 18 September 2008 .

Selamat ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17. Syukur pada Tuhan kerana masih memelihara rumahtangga ini. Terimakasih pada suami kerana masih menerima diri saya seperti mana hari pertama saya menjadi isteri. Masih memotong kuku kaki saya dan masih setia mengosok belakang sebelum saya tidur.

Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta

Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang

Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu

Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

Semoga Allah menulismu sebagai penghuni syurga abadi kerana engkaulah yang disebutkan baginda nabi sebagai sebaik² mukmin (yang paling baik terhadap isterinya).

Sejarah awal perkahwinan kami sangat ringkas dan singkat.  Untuk pertama kalinya saya bertemu pada 9/3/1991 – pada majlis pembukaan rasmi kilang Canon , Shah Alam.  Kami datang atas jemputan rakan serumah masing² yang secara kebetulan rakan sekerja.

Seminggu selepas pertemuan pertama, dia telefon saya ajak keluar, saya menolak dengan alasan nak tengok cerita cina kat tv2..hahaha…dulu² setiap petang Isnin – Khamis layan cerita cina kat tv2.  Alasan sengal sebenarnya kerana dia ajak keluar makan malam sedangkan waktu itu baru 6 petang tetapi sebab terlampau gabra, saya tersilap bagi schedule rancangan tv.

Macam hero filem hindi yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dia menelefon saya sekali lagi selepas maghrib .  Kali ini saya tak control ayu lagi, terus setuju…hahaha..tadi tu kenalah test market…tengok pasaran saham.

Dari Taman Sri Muda, Shah Alam kami ke gerai makan berdekatan kilang Motorola Sg. Way ( kilang tu dah tutup tapi alhamdulillah, cinta kami masih utuh). Hari itu adalah 17/03/1991 bersamaan 30 Sa’aban 1411, esoknya 1 Ramadhan tetapi jin aperit dah menguasai, kami berdating malam pertama puasa – ponteng sembahyang terawih.

Selepas makan, terjadi satu lagi peristiwa yang tidak mungkin saya lupa.  Mungkin inilah balasan cash dari Allah…. kereta tak boleh dihidupkan!  Untuk pertama kalinya dalam hidup , saya menolak kereta dan lebih sadis lagi pada  dating pertama.:oops:

Tapi saya bukan jenis mudah melenting, saya dilahirkan bukan dalam dulang emas, susah seperti itu bukanlah sesuatu yang perlu dibesarkan.  Itu pun patut bersyukur berkereta sendiri.

Dalam perjalanan balik, di depan Seksyen 18 sebelum lampu isyarat ke Seri Muda, sekali lagi kereta mati tiba².  Terus terang waktu itu saya tidak langsung berasa takut atau cemas bersama orang yang baru saya kenali.  Kenalan yang baru seminggu ditemui.  Kami buat keputsan tinggalkan kereta disitu dan berjalan kaki.

Sebenarnya dari awal lagi dia tahu bateri dah kong , tapi saja berusaha merebut peluang dan mencuba nasib….he heh e…memang nasib malang bertimpa².  Hampir ke simpang Sri Muda, bas terakhir ( 337B ) baru berlalu . hu’waaaa,…… itulah…. patut pergi surau berterawih tapi pergi berdating pula !  Adik² jangan buat macam ni tau…

Kami berjalan kaki dalam gelap sehingga ke stesen teksi , naik teksi bersama dan dia hantar saya ke rumah.  Dengan teksi yang sama dia balik ke Seksyen 16.  Sebelum teksi berlalu, beria² dia meminta maaf kerana beberapa kejadian yang tidak terduga itu ( patut dah tahu..sebab memang bateri kereta tu dah kong…) :lol:

Naik ke rumah, dari tingkat 5 lot paling tepi saya melihat kilauan lampu² bandar Shah Alam.  Saya merenung jauh – si dia di sana .  Masa tu  belum ada telefon bimbit.  Detik itu, waktu itu satu perasaan aneh telah meresap dalam jiwa – dah mula dilanda angau!  Cintan cintun sudahhh….!

Saya melihat sikap bertanggungjawap dan sikap menghormati saya sebagai seorang perempuan ( time tu panggil awek )

Esok pagi sewaktu pergi kerja, saya melalui tempat dia parking kereta yang rosak semalam.  Ah….saya nampak kelibat seseorang sedang tidur di dalam kereta.  Ha ha ha..saja jerit dengan Jini ( kawan serumah )

” tu lah…..pakwe aku pergi dating semalam”

:lol:

2 bulan selepas itu, pada 17/05/1991 dia telah mengikut saya balik untuk bertemu mak dan ayah di kampung.  Itulah kali pertama saya bawa balik seseorang untuk diperkenalkan secara rasmi dengan keluarga.  Kami naik bas dari Puduraya  dan tiba di Baling keesokkan paginya.  Sehari sebelum nya, dia potong pendek rambutnya.  Sebelum ni sentiasa berikat, maklumlah zaman tu zaman rock kapak.  Zaman Bloodshet, Bumiputra Rockers, Crossfire, Search, Wing, Terra Rossa dan banyak lagi.  Masih dengan image seluar ketat dan rambut panjang juga meriah bertandang ke konsert² rock.

Sebulan selepas itu 18/6/1991 – sekali lagi rombongan dari Sabak Bernam datang ke rumah untuk meminang..kehkehkeh..saya tak pula mimpi di patuk ular tapi saya mimpi banjir besar dan saya bergayut memeluk seekor ular yang besar- sebesar pokok kelapa..wahhh…. mimpi pun demand yang besar².

3 bulan kemudian, pada hari Rabu 18/9/1991 ( 9 Rabiul’awal 1412H ) – saya secara sahnya menjadi seorang isteri.  Bukan lagi sekadar mimpi peluk ular tetapi dapat bantal peluk interaktive!:lol:

Kenapa hari Rabu?  Ramai betul yang bertanya termasuk kawan² sekerja.

” cepat sikit jumpa malam Jumaat ” – ha ha ha ..jawapan nakal.

Sebenarnya di kampung saya waktu itu, nak buat kenduri tak kisah hari dan waktu tidak seperti sekarang perlu tunggu cuti sekolah atau  cuti hujung minggu.  Penoreh getah tidak perlukan cuti hujung minggu.  Jadi tiada masalah untuk memilih hari apa yang selesa.

6 bulan selepas itu, dalam bulan Ramadhan 1412 saya disahkan hamil anak pertama.  Saya masih ingat macam mana gembiranya suami bila doktor beritahu berita ini.  Malamnya selepas tengah malam, kami keluar ke Chow Kit.  Meriahnya waktu itu walaupun sudah 1 pagi kerana orang masih berduyun² membeli belah membuat persiapan di akhir Ramadhan.  Suami belikan saya bunga siap digubah dan pasu tembikar.  Ha ha ha..praktikal tau…. tak perlu bagi bunga segar nanti layu juga.

Kami akan balik berhari raya pertama sebagai suami isteri di kampung saya, tetapi akan singgah untuk berbuka puasa bersama mertua dulu.  Rancangnya lepas bersahur baru balik melalui Teluk Intan.

<Iklan >

* Tips untuk pasangan yang akan menyambut hari raya untuk pertama kalinya – bertolak ansurlah jangan bergaduh untuk menentukan rumah siapa perlu diziarah dulu.  Dari dulu saya redha dimana saya akan sambut hari raya kerana saya adalah seorang isteri.

TETAPI kepada para suami, berilah keutamaan  untuk balik ke kampung isteri dulu.  Lumrah wanita memang penuh emosi, tentunya sedikit terasa dengan perubahan.  Anda sebagai ketua rumahtangga perlu bijak untuk membaca situasi. Lelaki memang dicipta untuk keluar merantau mencari rezeki tetapi wanita sebagai apa pun, tetap akan terikat kukuh dengan keluarga.  Kami perempuan sejak lahir,  membesar dalam lingkungan keluarga .  Lelaki dicipta dengan kekuatan fizikal dan emosi.  Tidak tercalar segaris ego  pun andai beralah .

Ini untuk kali pertama menyambut hari raya sebagai suami isteri.  Selepas tu bergilirlah, tak perlu bertegang leher , baling periuk belanga untuk pulang berhari raya.  Masing² perlu bertolak ansur.

<iklan tamat>

Sedang berkemas² selepas sahur, masukkan segala kuih dan kerepek yang mertua kirim untuk bisannya di Kedah… emak mertua saya berbisik lembut di sisi

” Jie puasa penuh ke?”

Tengok betapa berseninya pertanyaan mertua saya.  Raut gembira dapat saya lihat dari jawapan ‘Ya’ itu.  Itulah orang berpengalaman, sekilas pandang pun sudah tahu sedangkan kami belum beritahu sesiapa lagi berita ini dan saya pun belum lagi menunjukkan tanda² muntah dan loya² ( bukan seperti drama² melayu- mengandung saja mesti ada adengan muntah² )

Saya tahu, itulah berita gembira yang ditunggu² kerana saya sedang mengandungkan  cucu pertama dari anak lelaki mertua saya.  Along adalah cucu ke 11 dalam keluarga mertua dan cucu pertama dari waris lelaki.

Hari ini 18/09/2008 bersamaam 18 Ramadhan 1429 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 17 yang tercetus dari temujanji pertama saya pada malam pertama Ramadhan 1411.

Ramadhan 1412 juga adalah detik saya melengkapkan diri saya sebagai seorang wanita iaitu melalui proses kehamilan.  Ramadhan sungguh bererti di dalam hidup saya sehingga saya inginkan entri ini didalam pertandingan Aku dan Ramadhan .

Perkenalan yang singkat – kenal 3 bulan, bertunang 3 bulan . Genap 6 bulan sah menjadi suami isteri dahn genap 6 bulan kemudian mengandungkan zuriat pertama. Ramadhan bertemu Ramadhan.

Dah berbelas² tahun kahwin adakah semakin kusam rumahtangga? Bukan salah jumlah yang dihitung tetapi bergantung bagaimana kita mencorak dan melakar hidup rumahtangga kita.

Walau sesibuk mana pun, luangkan masa untuk menelefon atau bersms – foward² sms atau cerita 18sx yang nakal.. he he he…kalau kita boleh berkongsi dengan kawan² kenapa tidak dengan isteri sendiri, kan?

Senda gurau dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan kita ketawa bersama. ( main Rock Paper Scissors salah satu caranya juga- kita panggil OOOsommm! )

Temani suami semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun saya cuma tidur di sebelahnya dan tv menjerit ulasan siaran langsung bolasepak jam 3 pagi. Selepas kahwin saya lebih kerap ke stadium tengok bola, berpanas terik di litar Sepang atau menjadi  chainman ( chainwoman? ) pikul tripod.

Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja isu – bila suami balik dari bertemu kawan²nya walaupun saya sudah tidur, saya mesti tanya ada gossip terbaru atau dia akan tanya saya…”nak share cerita”.

Ucaplah kata kasih , sayang dan cinta. Tak perlu malu untuk menyatakan apa saja keinginan kita sama ada dalam acara ‘bedminton’. Kita akan hidup bersama 30, 40 atau 50 tahun. Binalah rumahtangga seindah apa yang kita bayangkan dari novel cinta remaja yang pernah dibaca. Ada gurau bersulam senda. Ada ketawa dicelah airmata atau gembira disebalik rajukan manja.

Berceritalah tentang sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Dari situ kita akan lihat adakah impian dan halatuju hidup kita selari atau tidak. Tidak boleh ada 2 nakhoda dalam satu pelayaran hidup.

Sebagai dua individu, kami sangat berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.

I know I have so much to be grateful for, although I don’t always remember every minute of everyday. What I am most grateful for are the people I have in my life that love and care for me, and who I love and care for in return.

I am thankful every day for my life and where I’ve ended up. Life has been good to me and I always count my blessings. I think that’s important for me to enjoy the simple things in my life.

I am grateful for my God whom I trust for giving me life, good health and guidance . I am grateful for the love of my husband because he says when we met he knew he wanted me for his own and has never made me feel that he changed his mind. A beautiful caring man who is giving me everything my heart has desired.

p/s ~ Inilah entri paling panjang pernah saya tulis… bukan senang nak padatkan kisah 17 tahun. Siap ada iklan lagi! :lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Best bila membaca kisah cinta kak Kujie.. tapi tiba-tiba tersangkut tang “keinginan dalam acara ‘bedminton’ “… okey, Dira kena skip tang tu.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Dia Adalah…siapa?My Profile

  2. erk!!! 🙂

    samdaddycools last blog post..Layan blues – Secondhand Serenade , Fall For You

  3. @Kujie, … aik!!!bole niaga tisu plak???… 😉

    samdaddycools last blog post..Crazy sale, massive clearance – Batik lukis asli LELONG!!!

  4. I cried when i read this… so touchy 😕

    samdaddycools last blog post..Another Raya TAG

  5. Salam kak jie..seronoknya baca kisah cinta nie..memang Allah permudahkan jodoh kak je dan suami..semoga Allah pun permudahkan jodoh untuk saya dan berkekalan bahagia macam kak jie juga..amin.. happy 17th aniversary…semoga kekal sampai ke’sana’…insyaAllah. 😉

    • Terimakasih..mmg mudah
      kadang² mcm tak percaya ending mcm tu
      Insya Allah…
      Qada ada dua, satu qada mumbram (tidak boleh ubah) dan muallaq (tergantung).
      Qada muallaq boleh berubah insya-Allah jika rajin berdoa dan berusaha

  6. Jie, slamat ulangtahun yer…aritu ingat dah tp x berkesempatan nak wish on d date..hehe. br ni la dpt masuk tenet kejap. byknyer kenangan kan? dulu2 x sesenang sekarang tp pengalaman tu sgt berharga kan? bila ingat2, tu la yg menjadikan kita lebih baik, insyaallah. hmmm…teringat lak kenangan sendiri, cheewaaaahhhh!
    nway, jun doakan semuga jie bahagia hingga keakhir hayat…aminnnn! mmuahhhhhhh!

    • Jun…terimakasih Jun… Insya Allah kita sama² mencorak dan mewarnai hidup kita…
      ingat Jun jgn lupa….kenangan manis kau dan aku ..
      hehehehe

  7. Assalamualaikum mama.. Selamat ulangtahun perkahwinan mama yang ke 17.berkekalan hingga ke akhir hayat menanti dipintu pintu syurga isteri yang solehah.
    The 17th is my birthday wish me selamat .
    selamat menyambut ramadhan..
    sebentar tadi melihat drama ihsan TV3 saya teringat ibu dan ayah saya…dan benar saya harus bertanya agar tiada mereka berkecil hati tentang diriku.. begitu juga mama di bulan yang mulia ini..walaupun tiada kita ketemu..
    Kisah hidup sangat panjang..banyak duri sangat sukar dimengerti dikupas menjadi kisah hingga ke hari ini…
    Hati lelaki sangat keras..sperti hatiku..namunku senantiasa memanjat doa adakala 5 waktu hilang kemana sedangkan ia tiang agama… aku bermula darjah tiga sudah mengajar al quran pada mereka yang lebih tua dariku.. amalan jika ditingalkan ia akan hilang..dan kasih nya ayah syurganya ibu..kita terlupa sesat pada dunia..aku kembali walaupun di tikam kanan dan kiri aku sayang pada ibu dan ayahku…waalupun ada suara berkata aku lelaki jahat memilih jalan hanya untuk ibuku….

    Mama… malam yang penuh suci .. di dlm kamar hijau aku menangisi mencoret puisi puisi, mama dunia ini aku menghiburkan hati kawan kawan,…mama untuk ayah dan ibuku aku serah diri untuk ke syurga …mama bagiamana suatu masa ku seorang diri menghitung kesilapan..apakah kesilapan itu akan menjadi dosa dosa hingga akhir hayat..bagaimana harus ku buat sikap amarah..sesungguhnya disini harus ku tempuhi.. tiada lagi melarikan diri…dan aku disini sangat kejam…sangat jahat..semoga ramadhan kali ini…lahirlah diriku..dari ramadhan dalam hidup mu…

    • Waalaikumsalam, mama doakan moga Ramadhan kali ini sama² memberi kita sesuatu yang lebih baik.. jgnlah terlalu jauh mungkin tidak sempat digapai, takut masa memadamkan sisa2 ingatan yg ada..
      sejauh mana pun kita pergi, Insya Allah tempat tumpah darah tempat bercambah kasih sayang ttp tersemat kukuh disanubari..

      eemmm…….. bila nak contact mama lagi?

  8. Mak aihh..komen sampai 50 lebih dh ni..
    Best la love story ni..hehe
    Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yg ke -17.
    Moga terus bahagia ke akhir hayat.. 🙂

    >>> ehhh..dia yg ke 51 😆
    Terimakasih…tu entri padat…kalau nk ikut..mcm2 lagi yg ada dlm tempuh 17 tahun 😆

Trackbacks

  1. […] pernah tulis dalam entri Ramadan dalam hidup saya yang memenangi hadiah peraduan. Along dan Intan ketawa terbahak-bahak mendengar kisah cinta […]

  2. […] lepas saya telah menyertai contest ini dengan entri Ramadhan Dalam Hidup Saya dan memenangi tempat kedua dengan hadiah bulan madu di awan biru… yang menarik . Tahun ini […]

  3. […] – Sambal Tahun Belulang Peribadi – Cari duit jangan hilang kawan Perayaan – Ramadan dalam hidup saya Nuffnang – Sudah gaharu cendana pula, sudahlah kalah di’fire’ pula Pengetahuan Am […]

  4. […] / 03 / 1991 Kami bertemu untuk pertama kalinya dan selepas 6 bulan kemudian selamat menjadi suami isteri. submit_url = […]

  5. […] – saya pernah terjumpa surat cinta anak-anak saya. Nak tengok? Klik SINI dan kisah cinta saya di SINI Anugerah Teman […]

  6. Bulan madu di awan biru…hanya kita berdua | Hidup Biar Sedap says:

    […] saya sempena ulangtahun perkahwinan  bertajuk Ramadhan Dalam Hidup Saya telah memikat hati sanubari juri. ( tiada unsur rasuah ye…saya tak sempat pun hantar hamper […]

  7. | Hidup Biar Sedap says:

    […] Sedunianuaeman on Hari Kesihatan Mental SeduniaBlog nuaeman | Keputusan Ramadhan Contest!! on Ramadhan dalam hidup sayaiza on Hari Kesihatan Mental SeduniaZana on Hari Kesihatan Mental Seduniasuara on Hari Kesihatan […]

  8. Blog nuaeman | Keputusan Ramadhan Contest!! says:

    […] sebagai Kujie. Agak seronok Juri membaca kisah cinta orang lama dalam entrinya yang bertajuk Ramadhan dalam hidup Saya yang mana turut menyelitkan kisah dibulan […]

  9. […] tahun ini amat berlainan. Kehidupan hari² semalam yang indah dan orang² tersayang dalam hidup saya . Syukur […]

  10. Nothing found for Hadapi-dengan-senyuman-semua-yang-terjadi-biar-terjadi says:

    […] jernihMenjejak sebalang biskut Mozilla mazolaSejuk dan damaiMajlis Khatam Al-QuranSemalam yang indahRamadhan dalam hidup saya16 September sudah tercatat sejarahnya…Kadar zakat fitrah 2008Tak Boleh Ikut Suka Aku…LahIklan […]