Remaja Maut Digilis , Kawan Along….

Baru dapat panggilan telefon dari Along beritahu kawan baik dia meninggal kemalangan jalan raya di Rawang pagi tadi. Baru semalam berjumpa ( sebab Along balik  dari kolej setiap hujung minggu ) .

Sebelum itu, kira² jam 9.25 pagi saya  dapat info dari Sham Ondscene bagi tau dia dalam perjalanan ke Rawang ada kemalangan maut. Kemudian dapat lagi info kemalangan sedih seorang remaja kena gilis.

Sekarang Along dalam perjalanan balik dengan motosikal. Berpesan-pesan saya supaya lebih berhati². Ya Allah …lindungilah anak aku yang dalam perjalanan balik.

Hati mak mana boleh tenang – Ya Allah …. lindungilah mereka Ya Allah. Al-fatihah dan semoga keluarga lebih tabah.

©kujie – saya dah baca draft kes ini dalam blog ondscene.my… sedih.  Berita telah diupdate di sini

1.45 pm – Along sekarang masih di hospital Selayang.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bahaye la sis skrng nie rawang..
    act bkn rawang sebenarnye..bwk moto tuh yg bhye sbnrnye~
    sekarang nie owg Mlysia bawak kereta mmg cam org gile!
    kadang2 yg bawak moto yg slow nie pun jadi mgsa sbb kelalaian dorang..huhuhu..

    al-fatihah
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..Cerita Sebuah PerkhawinanMy Profile

  2. sedih ya kujie tengok emak dan anak yang ditatang dari kecil

    anak saya seorang sahaja… kalau Allah ambil, memang ujian maha besar buat saya
    sedih melihat gambar di ondscene tu
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Matematik memang senangMy Profile

  3. satu lagi…bukak2 hari ni…eh…kak jie tukar kaler rumah lagi… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pahlawan Merah lawan Raksasa Merah…My Profile

  4. Salam,
    Motor pun dah ok, hanya untuk perjalanan sejauh tu…agak merisaukan. Area yang dekat dengan kampus memang perlukan motor.

    Along ada mak macam kak jie, yakin diri memang dah ada. Nak up sikit je tu 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Saya sedang Hangat Bercinta!My Profile

  5. al-fatihah utk kawan along…moge arwah mendapat rahmat Allah jua…ameen

    bila dah ade anak ni..baru lebih mengerti erti risau pasal anak2…huuu
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pahlawan Merah lawan Raksasa Merah…My Profile

  6. salam kak jie .. itulah dia malang tak berbau .. ari ni ari dia , esok lusa kita pulak .. hancur luluh hati ibu bila anak pergi dalam keadaan begitu .. mati itu pasti .. kita kene redha walau perit .. semoga ibu arwah tabah hadapi dugaan allah .. iyelah kak jie mak mana tak risau , anak takda depan mata, kita tatang dan sayang dari kecil lagi .. betul kata kak jie tak semua org mampu nak belikan kereta untuk anak .. setakat ade motor pun syukur alhamdulillah .. mmg naik moto risiko tinggi.. tapi kalau dah suratan tertulis , qada dan qadar kita kene terima dan kita tak boleh nak elak .. Al-fatihah buat allahyarham ..
    Jom terjah post menarik dari L@n@ ..Nak Minta Tolong Sikit Boleh Kenapa Ada Orang Tak Boleh Komen Kat Blog NiMy Profile

  7. semalam kawan2 dia datang , tengok beberapa keping gambar yang tak dipublishkan…gambar2 yang tak sesuai untuk umum

    Kak Jie pun ambil kesempatan tegur budak2 tu…dah selalu dia org datang ke rumah..dah macam anak² kita

    Nak dilarang naik motor pun macam tak logik, bukan semua orang mampu – jadi kita pesan² dan ingat²kan.

  8. BIla saya dah mula berleter dengan segala ‘pesanan penaja’

    ” mama jaga awak elok² dari kecik…dah besar ni jangan rosakkan diri sendiri….mama sayang anak-anak mama”

    dok pesan itu ini pun air mata dah meleleh – nak tidur malam , teringat anak kat sana , air mata pun dah meleleh

    sampai suami cakap ” abang kat algeria ni lagi jauh mesti tak rindu macam rindukan anak-anak, kan?”

    hehehe….malu nak mengaku

  9. hal anak-anak…. tabah macam mana pun terusik juga hati

  10. Kak Jie dpt gambar yang belum di blurkan
    tak sanggup nak publish kongsi dgn pembaca.

  11. Al-fatihah – semoga kak ct tabah dgn dugaan tersebut
    tiada yg kekal…

  12. kawasan kita tu

  13. mankuchai says:

    salam,

    Saya faham benar keresahan seorang ibu terhadap anak.Dulu masa saya remaja tak faham sangat,bila ibu pesan angguk2 jer.Sekarang bila dah ada anak sendiri mmm anak tak nampak dimata 5 minit jer tak sibuk mencari 🙂
    Jom terjah post menarik dari mankuchai ..Tip – Cara menguruskan aduan pelangganMy Profile

  14. tapi gravatar kt blog ni tak tukar…kak jie guna 2 email

    satu email je tukar, satu tak lagi

    lupa..hehe

  15. kisah di jalanraya memang dengan berbagai sejarah
    tiap orang mesti jumpa – tapi itu kehidupan kita
    nak lari mana…ada ke planet nk terima kita 😆

    amin….alhamdulillah – along pun selamat sampai dan selamat pun balik ke kolej semula malam tadi

  16. Sy tak mampu belikan dia kereta

    budak lelaki, mana nk naik komuter tu..nanti kat kolej susah nak gerak – pergi kelas – cari makan

    kita usaha bagi dia lesen dan persiapan keselamatan diri – tawakal
    budak lelaki – kehidupan dia bukan di bawah ketiak mak..suka tak suka dia akan keluar tempuh hidup

    nak kerja – nak bina keyakinan diri – nak bina kehidupan sendiri – semua tu dari zero.

    sebagai mak² – kita berdoa mohon dilindungi anak² yang jauh dimata.

  17. alfatihah untuk kawan anak kak kujie.. ngeri tengok kepala kene gilis..nasib baik die pakai helmet.. at least tak de la bende yang tak patut..

    alfatihah.. takut nak bawak motor ni..bapak saya sampai sekrang tak kasik bawak motor kalau nak g jauh2.. lesen motor pun die tak kasik amik
    Jom terjah post menarik dari paksikejahatan ..gambar eksiden semalam – PLUS Simpang Ampat explicit contentsMy Profile

  18. eh…suspen pula ayat kak jie kan
    dia balik dari Bangi, terus singgah hospital Selayang sebab jenazah kawan dia masih di hospital

    alhamdulillah..dia selamat sampai rumah dan selamat kembali ke kolej pun malam tadi

  19. Alfatihah.. awal bulan ni banyak lak berlaku kemalangan.. sedih rasa.. boleh tgk video dari link ni: http://www.facebook.com/video/video.php?v=147870331922307

    Kalau lemah semangat, jgn tgk..
    Jom terjah post menarik dari Azuan ..Gambar Perkahwinan Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr HalinaMy Profile

  20. Al-fatihah buat arwah.Semoga ibunya tabah dan redha.
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..RahsiaMy Profile

  21. takziah aku ucapkan
    Jom terjah post menarik dari brutalsolo ..Orang Cantik itu -menulis semula http-kaptenjulietblogspotcom- My Profile

  22. samanosuke_04 says:

    nie eksiden bas tue ke? ke eksiden lain? byk sangat orang kawen, banyak eksiden lately… hohohoho
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..The Road not TakenMy Profile

  23. Takziah kepada keluarga mangsa…

    selalu sangat berdoa agar dijauhkan dari malapetaka kemalangan… tak sanggup melihat mangsa2 korban jalan raya ni apatah lagi kaum keluarganya pasti bersedih…. membuatkan diri pun turut bersedih…. merasai kehilangan kawan cukup memilukan.. itu pun disebabkan kemalangan jalan raya….

    menangis melihat emak dan keluarganya…. nasib ayahnya seorang yang tabah….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Majlis Konvokesyen ke-5 UMPMy Profile

  24. innalillah juga utk kawan anak kak jie. Malang tidak berbau dan tidak boleh diduga. Saya sendiri pun terbabas ketika kat jalan lenggong-Gerik ketika balik bercuti hari raya baru2 ni. Rosak kereta namun syukur sebab saya tak teruk.
    Jom terjah post menarik dari shameel ..MATIMy Profile

  25. Al Fatihah untuk adik itu dan juga salam takziah untuk family dia.

  26. ngeri.. kadang2 takut gak bila bawak kete terutama time mlm2 ni…

  27. al-fatihah . kak jie , kenapa along dekat hospital ?
    maaf , dah lama tak menjengah blog ni . jadi , tak tahu .
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Doa My Profile

  28. innalillah & alfatihah untuk keluarga mangsa. sedih gak tengok berita tadi. lagi sedih tngok blog ondsence. kesian… kalau aku kat tempat mama dia, konfem mereng kejap… *atau terus mereng*
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Daripada-Nya kita datang- dan kepada-Nya kita kembaliMy Profile

  29. Allah.. salam takziah buat keluarga mangsa.. hati2 selalu..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Bread- Love &amp Dreams – Kim Tak GuMy Profile

  30. semoga kawan anak kakjie ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amin
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Hati-hati dengan email phising buat pengguna perbankan internetMy Profile

  31. Sedang mendidih dgn itu drebar bas delima. bawaklaju!
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cerita hitamputih- Main bola tinMy Profile

  32. al-fatihah..
    sedih tengok gambar2 di blog sham ondscene..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Cerita rahsiaMy Profile

  33. salam..

    takziah utk keluarga mangsa

    kak ct dpt rasakan betapa pilunya hati ibu mangsa kerana kak ct juga pernah kehilangan anak teruna berumur 24 thn..

    7 bln yg lalu AB pergi dalam tidur.. Alfatihah untuk kedua-duanya..AMIN..

  34. malang tak berbau kan? :roll:
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..whats wrong with blogspotMy Profile

  35. mrs jamal says:

    semoga semuanya baik2 ye kak jie…

    opsss: masuk blog sy ari ni terpandang ada sesuatu y baru..oo gravatar kak jie..dh tukar.. 😉
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Dia Tetap Mahu Yang MurahMy Profile

  36. salam kujie..

    selama maza balik dari kampung (Johor) berkuda.. kebetulan terserempak dgn kemalangan yg meragut nyawa 12 org di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pedas, Rembau N.9.

    tatkala saya sampai di situ jam 9.00 malam, ngeri seh!
    Syukur saya selamat sampai ke rumah pd jam 12.00 tghmlm.. huhuhu

    dan sepanjang jalan itu juga saya hampir2 xcdnt dgn bas & kereta waja, di mana mereka masuk ke lane saya serta merta tanpa isyarat.. hampeh!

    alhamdulilah hari ini saya selamat.. dan saya panjang doa utk anak2 Kujie juga insyallah dlm peliharaan Allah SWT..

    ameennnn
    Jom terjah post menarik dari maza ..SAM dan Kisah Kertas Peperiksaannya – 1997My Profile

  37. Salam,
    DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali. Alfatihah. Takziah untuk keluarga arwah. Takziah utk Along juga.

    Bangi-Rawang sangat jauh untuk tunggang motor. Paling jauh saya rempit dengan motor hanya Bangi-Semenyih.

    Napelah Along tak guna komuter je. Bangi-Rawang satu komuter je, tak payah tukar-tukar pun. Agak leceh guna komuter tetapi agak selesa juga.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Saya sedang Hangat Bercinta!My Profile

  38. Al-fatihah buat keluarga kawan Along.
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Undang-undang TarikanMy Profile