Ringkasan Hidup Yang Sedap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Angah dah selamat balik awal pagi tadi.  Tiba di Hentian Duta 12.40 pagi dan kami selamat sampai rumah 1.30pagi.  Bangun pagi tadi tengok

  • Kipas dapur masih terpasang
  • Lampu ruang tamu terang benderang

ops… kat asrama tak perlu matikan lampu sendiri. :twisted::evil:

Pagi ni nak temankan adik bongsu pergi temuduga kerja. Murah rezeki dia, dalam dua minggu ini dua kali ‘disuruh’ datang temuduga.

  • Inilah funsgi network
  • Inilah kehidupan- selalu ada pilihan, disini menanti disana menunggu.

Hari ini hari terakhir Intan sekolah sebelum cuti Pertengahan Penggal selama 9 hari bermula dari 11.03.2011 – 19.03.2011.

  • Kami bercadang balik ke kampung esok pagi
  • Ada 2-3 jemputan walimatul urus

Along pun dah nak habis semester 3 ( short semester ) dan saya dapat sms

  • Mama, Along dah nak final, yuran kena bayar rm 2500
  • Mama, 10hb kena bayar sewa rumah rm 200
  • Mama, topup sekali ye…hihihi


Agak pelik dengan carian ini, satu keyword bahasa melayu ditaip oleh tiga orang dari tiga negara Romania, Perancis dan Sepanyol.

nota : itu baru 3 orang anak ……!  Doakan kami ye…

©kujie – kaunter pertanyaan dikatup buat sementara waktu.

34 Replies to “Ringkasan Hidup Yang Sedap”

  1. hehehe…Kak Jie tak reti nak karang panjang² walau ada banyak yang nak dikhabarkan..kadang2 nak cubit2 tapi tak berani nak hulur tangan..macam tu le gayanya 😆

    Kadang2 tak nak org fokus pada apa yang ditulis tetapi ada cerita pengajaran atau tips disebaliknya tu yang nak disampaikan..tapi tak reti nak jelaskan 😆

  2. 😎 Dua hari lepas, masa menggodek ‘spy’ kat get-clicky, ternampak seseorang dari Belanda duk klik satu demi satu entry saya.

    3 jam dia masih lagi kat sana. Siapa la agaknya, ya?

    Orang Melayu yang tinggal di Belanda, atau orang Belanda yang pandai berbahasa Melayu ? 🙄

    Selamat meriuhkan rumah dan meramaikan kenduri sambil me… run-in Saga FL tu.
    Maintain kat 80km/j sampai 2500 km. InsyaALLAH enjin tip top sampai Along dah ada dua anak. 😆
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..NAK TIDUR DI MANA MALAM NI My Profile

  3. wahh, padatnya ringkasan! hehe
    seronok baca kisah hidup orang yang gembira. macam nak tumpang happy je 🙂

  4. macam biasa, tulisan kak jie penuh dengan melankolik. hanya orang berpengalaman dan bijak dapat memenuhi kriteria tersebut.

    p/s: masih belajar bagaimana ingin menulis. huhu.

Comments are closed.