Rosak bawang ditimpa jambak

By Kujie, 21/04/2009 6:26 pm
Ingat lagi minggu lepas saya seperti kepompong yang baru menjadi rama-rama mabuk laut makan sate kerang?

Hampir seminggu juga saya mengalami alahan teruk kerana mentedarah 28 cucuk sate kerang. Keadaan lebih dramatik dengan gatal² pada luka² jatuh masa kena ragut.

Orang degil akan dapat balasan, kan?:twisted: Seperti peribahasa antan patah, lesung hilang.

kerang 150x150 Rosak bawang ditimpa jambakMungkin kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya telah mengakibatkan saya alami alahan yang teruk.

Kerana habitat kerang yang hidup di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu  membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus .

Kerang rebus atau kerang bakar?

Kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.

Saya tak pasti sate kerang tu direbus dulu atau tidak.     Walaupun   dok kerunaih adalah satu nikmat, tetapi saya dah serik untuk makan kerang lagi apalagi untuk   sengeh macam kerang busuk.

p/s – Intan tanya kenapa saya tak lahirkan dia awal²… tak seronok skrg ni….masuk sekolah rendah, Angah dah ke sekolah menengah, nanti masuk sekolah menengah, Angah dah habis Tingkatan 5.

Bukan salah ibu mengandung , ok! :mrgreen:

Post Lain Yang Berkaitan

53 Responses to “Rosak bawang ditimpa jambak”

  1. ina kl says:

    salam kujie..alhamdulliah kat rumah ni klu bakar kerang atau masak lala dan sejenis dengannya tak pernah lagi kena alahan…

    klu mcm tu kat rumah kerang dah takleh masuklah…

    kesian si intan tu…mungkin dia rasa ralat tak sama usia dgn abg dia.

    skrg ni ira dan imran pun gap jauh dgn abg dan kakak-kakak dia..

    ina kls last blog post..Capati oh Capati

  2. Zana says:

    lambat jugak ek kak jie nyer luka sembuh. sokmo mkn mende gatal ek?? ekekkeke…

    ayam pun silap aribulan takleh makan. hueeeeeeeee…

    marila mkn daging belaka . adehh…. :razz:

    Zanas last blog post..Bagaimanakah!!

    • Kujie says:

      @Zana, org degil , susah nak berpantang

      ada satu je yg tak baik2….kt sendi
      dok gerak sana sini

  3. am says:

    mana bawang nya ?? :???:

    Am memang tak makan seafood sebab gatal… jumpe doktor inject terus elok…

    ams last blog post..I’m Full Time Internet Marketer

  4. kutaksempurna says:

    sedapnya kerang.. sedapnya kerang..

    tp saya dah lama pantang binatang ni.. dah baper tahun dah… sbb taknak jd macam kakjie la… hik hik hik..

    org degil, dptlah balasannya :P

  5. pjan says:

    kerang skrg ni memang sgt tercemar. dah la memang perairan tercemar tambah pulak kerang bela yang diaorg bagi mkn ntah hapa. so kalo nak mkn kerang better la rebus betul2 sampai beul2 masak.

    salam perkenalan untuk kak jie

    pjans last blog post..Tidur yang terganggu

    • Kujie says:

      @pjan, betul tu…skrg ni byk sgt pencemaran
      yg diternak ..dia org bagi makan nk suruh cepat besar
      cepat boleh dijual
      dia tak kira kesan….sbb bkn dia yg makan

      mcm tu gak buah2an yg dimport dr thailan
      kt sana tak de kawasan racun seranggan..dia guna yg power2
      kesan pada kita yg makan

      dia tak makan…dia jual :mrgreen:

      salam kenal..terimakasih krn singgah blog kak jie

  6. Mohd Hafifi says:

    best kerang ni tp jadi gatal kulit bila sy makan.. :razz:

    Mohd Hafifis last blog post..Hadiah Untuk Lelaki

  7. abgputra says:

    Suka juga makan kerang rebus atau bakar. Tapi tak boleh selalu sangat

    abgputras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!

  8. makan kerang yek….sy tak minat sangat makan benda yg melecehkan…makan benda yg memudahkan contoh ayam ke…daging ke…tak payah nak kena buka cengkerangnnya. Pening kepala mak sy nak pilih lauk utk adik2 yg lain2 ragam :-)

    Active Bloggers last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009

  9. AyKay says:

    seingat saya kerang ni utk resdung kalu,,,aduihhh gataei

    AyKays last blog post..Umur Dewasa dan Liku-Likunya

    • Kujie says:

      @AyKay, kak jie tak de resdung
      tak de gatal2 seluruh badan
      cuma badan lemah….. mcm terawangan…tu arr….mabuk laut mcm tu

  10. shay says:

    akak kena ragut tu kat mana? kat rawang ke sekitar umah akak…?

  11. yonna says:

    kerang bakar sgt syurgaaaaaaaa hahahha

    err mama alah teruk? so badan gatal2 la eh? haih teruk nya penangan :p
    tu la,ikut kan geli mkn kerang sebab dr lumpur. tp tu yg sedap T__T

    tu la ma,intan tu mmg jauh beza dr abg2 dia kan? hahaa
    cepat je dia besar :D

    yonnas last blog post..you don’t know me

    • Kujie says:

      @yonna, tak de la gatal2…

      cuma…loya dan muntah2…mgkn mama makan ubat2 utk kaki ari tu

      mmg arr….dlm rumah ni dia sorang je status kanak2 :mrgreen:
      mcm tak sabar nak jadi besar

      nak make up katanya :mrgreen:

  12. iza says:

    kerang bakar sedap
    kerang rebus pun sedap
    Sib baik Iza tak dak pantang dengan sea food, pantang jumpa iya :smile:
    Cuma la ni duk beringat ya lah, jangan makan banyak sgt hehe…

    • Kujie says:

      @iza, lama dah tak pekena seafood…. apa nak buat tahan je la
      ada byk lagi makanan lain yg best2kan..kan

      :mrgreen:

  13. nikillas says:

    Kerang bakar padang kota..!! sedap weih..!!

    nikillass last blog post..Tag lagi.. Haish…

  14. fiezabaiduri says:

    woo..kerang ni mmg menggatalkan.

    teringat time nak raya dulu²..
    berkilo kerang mak beli nak masak rendang.
    keliling besen dok buang cengkerang.hehe..

    lawak je soalan intan tu.
    hmmm..adik beradik bai semua dah habis sekolah menengah.
    kecik sekali je yg belajar lg.
    mcm tak sangka dh jd keluarga besar.
    bila la bai nak membesarkan lg keluarga ni.hehe..

    fiezabaiduris last blog post..Pisang dan hati

    • Kujie says:

      @fiezabaiduri, a’aha…bai
      time nk sambut raya
      dok keliling besen….. satu kopek..msk besen
      dua kopek msk mulut
      cepat abis :mrgreen:

      itulah….entah mcm mana terfikir ngape dia je yg masih kanak2 :mrgreen:

  15. Lan Bingka says:

    woo…kerang bakar sedap tu… :mrgreen:

    Lan Bingkas last blog post..Culture Unplugged Video

  16. maza says:

    Rasanya makan kerang memang menjadi pantang kalau cedera berdarah yg tertanggal kulit ni.

    huhuhu

    kalau tak elok juga allergy itu, elok jumpa segera Doktor atau Pakar.. sebelum kaki berulat dan kena p…o… t… o… ** ** **

    wakakakka

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mazas last blog post..Kisah Dapur: Soto

  17. izan says:

    kak jie… pantang jgn tak pantang. kang jenuh nak garu…
    saya pun tak leh makan seafood banyak2 resdung. kalau terlebih had mula la gatai sana sini. tp favourite tu susah nak elakkan. saya makan ubat resdung org kampung… siap promote tu… =)

    • Kujie says:

      @izan, parut tu makin baik dah
      kalau tak sbb ni pun…mmg kerang tu pandang makan
      mesti gatal
      tapi suka gak…hehehe
      kak jie tak de resdung…ade napsu …:)

  18. OD says:

    Hah! Sahkan, Jie. Jeng jeng jeng hari tu? He he he… get well soon. Take care of yourself. Opah jauh nak berleter… mwah.

    Nak bagi mesej kat Maza boleh tak kat sini?

    Assalamualaikum wbh Maza,
    Semoga diberkati Allah selalu. Opah dah pergi ke rumah Maza dan dah tengok dah soto yang Maza hidangkan tu. Amboih dia. Makan sorang-sorang. Sampai hati tak ajak opah dan atuk anney makan sekali. Anyway, sebelum opah melalut dan Jie murka kat aku, opah nak cakap, opah tak leh nak komen kat blog Maza, thus, hantar surat terbuka kat sini. Harap ambil perhatian.
    Yang benar,
    Opah De.

    ODs last blog post..Banyaklah Dia Punya Cengkadak!!!

  19. kruel74 says:

    Dulu suka makan kerang bakar. Cecah sambal cili Thai, fulamak…

    kruel74s last blog post..However good the young have become, wisdom still come with age….

  20. zool says:

    Kalau tak leh makan tu jauhkan kak jie..
    Saya pun elak2kan makan makanan laut cam sotong., kerang,kepah..
    Walaupun tak kena gatal2 tapi agak bahaya…

    zools last blog post..Daging rebus

  21. dr.oracle says:

    huhu, salam ziarah.. tak pasti nie first time ke ataupun time2 yang lain aku lawat blog nie.. btw, aku dulu x suka gak ngan kerang, sebab bau dia busuk.. tapi skang nie kalo dah ader sos cili tue, tibai jer… hehe

    dr.oracles last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)

  22. Neeza says:

    walaupun luka kak Tie dah nak sembuh, banyak bacteria masih berkeliaran kat kulit tu.. bila makan kerag, happy lah bacteria tu… depa buat party tupperware :twisted: yariba!! yariba!! heheee…

    Kak Jie jaga diri ya… semoga cepat sembuh…

    Neezas last blog post..Muka kita berubah 7 kali?

  23. Adry says:

    huhu… akak alah ngan kerang ek…

    hahaha.. kiranya intan tak sempat sekolah sama sama ngan angah la yer… hehe

    Adrys last blog post..Monsters VS Aliens Movie Review

  24. izzah says:

    makan satey kerang kat tanjung karang ker kak Jie….

    izzahs last blog post..Semalam di Pesta Buku

    • Jie says:

      @izzah, tul la tu izzah…kt tepi pejabat pos tanjung karang tu
      2 minggu berturut2 g sana

  25. rohaizad says:

    Hahahahah… dulu saya pernah cakap dengan emak saya… kenapa saya ada 4 orang akak, tapi takde abang?

    Mak saya cakap “itu kena tanya ayah kau”… sebab korang lahir ikut “acuan”. hahahahah… seronok pulak bila kenangkan waktu kecik ni.

    p/s: anak kak jie mesti bijak. sebab anak yang banyak bertanya ni jaringan neuron dalam otak dia banyak.

    • Jie says:

      @rohaizad, dia blk dok cerita kawan2 yg ada abang, ada kakak satu sekolah
      mgkn best kot tgok adik beradik kongsi makanan :lol:

      kadang2 soalan tak dijangka

  26. Tie says:

    Ooo…..ye laa….bila dlm keadaan luka hampir sembuh tu patut dielakkan makan benda2 gatal ni. Jie memang tak ingat atau sengaja tak nak ingat ?? Hi hi….

    Kalau dah kerang pun Jie alahan teruk, janganlah cuba makan ketam pulak ! Lagi dasat tau !! :shock:

    Ties last blog post..sunroof

  27. TokNabe says:

    Kerang memang paberet saya tu…. kekadang banyak juga saya mentedarah kerang ni terutama yang rebus. Alhamduillah setakat belum pernah kena sakit perut lagi.

    kalau ada alahan…. jangan makan benda alah ni, hehe… kalau tak mengaru ler. :D

    TokNabes last blog post..Pulasan & Rambutan

    • Jie says:

      @TokNabe, mmg tak boleh pun…mgkn sbb sy makan ubat2 lain
      selalu tak de teruk sgt mcm kali ni
      mengatal lagi tu…sedap sgt mengaru :mrgreen:

  28. belalangdewa says:

    jangan salahkan kerang kalau jie dah telan 28 cucuk. kira banyak tu… tak perlu kaji dari mana kerang tu berasal… kajilah cara nak kurangkan makan supaya sesuai dengan perut. perut jie kecik, kan…? hihiii

    belalangdewas last blog post..PILLOWCAKE…

    • Jie says:

      @belalangdewa, muahahaha…………. kena berleter la pula :lol:
      28 cucuk tu bkn saya sorang…abg, intan, angah & sy

      bagi 4 baru je tak sampai pun 7

      perut mcm stokin juga :mrgreen:

  29. shay says:

    akak kena ragut? bila tu kat mana? bahaya kan sekarang ni…

Panorama Theme by Themocracy