Satu Hati Casey Stoner

Petang semalam tengok pusingan kelayakan MotoGP  Sepanyol kat Litar Jerez.  Bukan tengok kat litar, tapi kat ruang tamu rumah je.

Tahu apa yang menarik?

Sticker Satu Hati pada motor pelumba Honda dari Australia, Casey Stoner.  Tatau ngape rasa bangga semacam je …..

Casey Stoner adalah Juara Grand Prix Qatar bulan lepas dan sekarang mendahului petak hadapan untuk GP Sepanyol.

Pelik saya boleh tengok race, tengok bola?

Saya dah biasa ikuti perkembangan sukan yang menjadi minat suami dan anak² malah pernah ikut mereka ke stadium dan litar.  Nak jadi ‘gadis litar’ saja tak layak.:lol:

Nota :  Along minta pinjam kereta yang baru sebulan berkilat kat garaj,  nak pergi Litar Go- Kart USJ…agak² saya bagi ke tidak?

tak selesa pula entri sebelum ni, jadi saya simpan kat draft.

22 Replies to “Satu Hati Casey Stoner”

  1. kat eropah bab2 moto, memang rossi terbaek..kalau kat malaysia, rasenya adnan sempit kot…

  2. 😯 memula ingatkan betul kak kujie pi litar sana…
    satu hati? tak tahu lak pasal penaja nie…kena google lah nampaknya~
    Jom terjah post menarik dari Sir Marcello ..Seni Yang TumpulMy Profile

  3. Kak Long lebih mengikuti F1 daripada MotoGP.
    Dulu bila diajak ke Litar Sepang, ikut juga.
    Sekarang ni, walaupun FI di Malaysia, suka lagi menonton di TV. Bukan sebab dah kurang minat, tapi bila dah semakin tua ni, tak larat nak sakitkan telinga. 😀
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Anugerah Bintang PopularMy Profile

  4. Hati-hati bro kalau mengatakan perkataan tersebut dari Malaysia kerana perkataan ‘Satu Hati’ diberikan oleh Honda Indonesia kepada pasukan MotoGP Honda.

  5. Dulu saya pernah menulis mengenai perkataan yang digunakan oleh pasukan Yamaha iaitu ‘Sentiasa Hadapan’ dengan mengatakan dari Malaysia. Saya dihentam teruk oleh jiran seberang dengan spammer dan maki hamun.

    Tidak sangka Kak Jie juga peminat MotoGP. Saya minat sukan permotoran dua roda berbanding empat tayar.

  6. Tahun lepas Yamaha Indonesia meletakkan perkataan ‘Sentiasa Hadapan’ pada pasukan Yamaha tunggangan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.

    Tahun ini Honda Indonesia pula meletakkan perkataan ‘Satu Hati’ pada pasukan Honda tunggangan Casey Stoner dan Danny Pedrosa.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Abang koning terkena FebrileMy Profile

  7. tu tandanya minta semua rakyat Malaysia Satu hati jangan asyik nak berperang sesama sendiri. Pandangan, pendapat atau pilihan boleh berbeza tetapi jangan sampai kita semua berpecah hati bahaya untuk generasi akan datang.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Facebook username untuk Fan PageMy Profile

  8. satu hati tu sapa yang sponsor ek kakjie? adakah orang malaysia? sy jarang ikuti perkembangan moto gp ni

    p/s: artikel lambang misteri tu smpt juga sy komen cuma tak smpt nak baca komen org2 lain
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Harga komputer 10 tahun dahuluMy Profile

Comments are closed.