Satu Jam Sebelum Berbuka

“kenapa entah…. abang nampak sayang makin hari² makin cantik”

Jangan nak mengada² – saya dok rumah bila abang tak ada… nak bersolek pun tak berani – nak keluar pun dihadkan pergerakan.

Cantik macam mana pun… berpeluh kat dapur juga :lol:

Mungkin faktor puasa, entri merapu ini dipublishkan.

Mungkin juga kerana perut hari ini bercuti dari menjalankan tindakan peristalsis, tindakan beritma perut untuk menghancurkan, mencernakan, mengisarkan, dan mencampurkan bolus makanan dengan jus-jus, enzim, asid yang dirembeskan.  Mukus dalam perut berkurangan dan akibatnya lapisan dalam rongga badan  terhakis oleh tindakan asid hidroklorik apabila tiada makanan dicerna.

Entri pun jadi merapu kurang stabil…alasan!

Tolong jangan RT!


©kujie – 155 online now!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Satu Jam Sebelum Berbuka”

  1. cuba kak jie buat bubur nasi kalau makan + dengan ikan keli goreng kunyit..fuhhh..kecor air liur

  2. kalau tak der makanan stand by utk buka puasa dalam kereta alamat gigit stereng kereta la gamaknya…

  3. selamat berbuka walaupun da lama berbuka…takper buat selamat bersahur pula…heheheh

    tadi berbuka beramai ramai(buka free…) sebelum tu tolong hidang dan sediakan dulang dulang makanan… Alhamdulillah cukup semuanya…
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Ramadhan- Kau Kembali Lagi…My Profile

  4. Alhamdulillah…dah baik la tu..
    pagi2 jemur baby tu – biar kena matahari pagi
    jgn rentung sudahle…bukan bawah matahari terik :mrgreen: :mrgreen:

Comments are closed.