Saya Kenal Sayang Saya

manicure

sepanjang perkahwinan 21thn, suami yang sering memotong kuku kakiku

Selepas balik bercuti sakan seminggu, saya tak berapa sihat. Baru semalam pergi ke kelas semula dan ditegur oleh seorang kawan ( pelajar baru)

Kawan : ” hari tu.. suami ke?

Saya : ” A’aha…

Kawan : ” Romantiknya….” diiringi gelak kawan-kawan yang lain.

Bab romantik tu saya taklah terkejut sangat, kami biasa-biasa saja. Hubungan romantik atau perlakuan suami isteri yang kita anggap biasa sebagai satu perjalanan rutin atau cara hidup mungkin tidak bagi orang lain.

Mungkin seperti lirik lagu 150 Juta oleh Fynn Jamal

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Saya agak terkejut bila dia tanya ‘ suami ke? ‘ seolah-olah saya ni ‘berani nak mampos’ untuk keluar bersarapan berdua-duaan di gerai roti canai di taman perumahan kami sendiri dengan lelaki lain.

Bahaya betul soalan macam ni, maklumlah saya ni sedang jalani PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh ).

seorang bapa

Anak beranak ni main game terkekek² , dah 14 tahun masih dok bawah ketiak

Suami saya anak mak. Sangat rapat dengan mak dan sangat take care dengan mak mertua saya. Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.

 

Nota :  Saya tak pernah menulis tips rumahtangga secara formal, tetapi saya sering selitkan dalam entri secara tanpa sedar kerana saya yakin pembaca blog ini adalah orang dewasa yang ‘faham’ dan boleh menilai bukan hanya sekadar tulisan.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. iAwani says

    tersentuh hati saya membaca artikel ini. Thanks kak. Perasaan gembira, bersyukur, hiba semua bercampur menjadi satu.

  2. says

    assalamualaikum akak..tersentuh hati sy baca post ni..rasa sebak..mungkin kerana sy pernah melalui nya dan skang ni dah x da lg mcm ni..semoga akak sekeluarga kekal bsama hingga ke syurga..

  3. says

    “Suami saya anak mak. Sangat rapat dengan mak dan sangat take care dengan mak mertua saya. Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.”

    huhuhu…. kesian kat anak lelaki, macam maza ni kan… nak merajuk lah.. uhuk!

    hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Asal Usul Kampung Sri Lukut, Kahang, JohorMy Profile

  4. says

    Yang last tu menarik perhatian saya :P “Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.” – terbukti! HAHA
    Jom terjah post menarik dari fara ..Kiddo’s New School BagMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.