Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

ucapan selamat hari raya

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah s.a.w kerana diberi kesempatan untuk merasai detik Syawal 1433H kali ini . Ketibaan Syawal ini lebih bermakna kerana sekali lagi kami sekeluarga dapat menyambutnya bersama setelah dua tahun berjauhan dengan suami yang bertugas di luar negara.

Tahun ini kami merancang untuk balik ke kampung suami di Sabak Bernam selepas menerima tetamu sebentar lagi iaitu kumpulan jiran tetangga yang bertakbir dari rumah ke rumah di malam raya. Petang raya pertama, kami sekeluarga akan memulakan perjalanan ke Baling , Kedah di rumah kedua ibubapa saya.

Hari raya ketiga, kami merancang melalui Lebuhraya Timur Barat ke Jeli, Kelantan dan meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu kerana pada hari raya ke empat , suami saya terpaksa berada di tapak projek Empangan Hidroelektrik Puah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Hari raya ke-5 ( Khamis ), kami akan kembali ke rumah semula kerana suami saya akan menyambung cuti selama 3 hari lagi. Hari raya ke- 6 ( Jumaat ) , Angah akan balik semula ke kolej di Kuala Nerang, Kedah.

Begitulah lebih kurang rancangan percutian hari raya saya dan keluarga. Perjalanan ini akan meliputi  lebih 1000 kilometer termasuk negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bercuti 3 hari, kerja 2 hari dan sambung cuti 3 hari. Tempat kerja suami bukannya 40 kilometer dari rumah, tetapi lebih 400 kilometer jaraknya.

Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam umumnya pembaca blog kujie2.com. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita di bulan Ramadan seterusnya memilih kita untuk terus berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Maafkan atas segala tindakan yang menguris rasa , sifat dan sikap terkasar bahasa. Saya insan biasa yang tak luput dari khilaf . Beribu maaf dipinta …

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H  dan selamat bercuti dari kami sekeluarga  Saipul Anwar, Kujie , Along, Angah dan Intan

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd.

Tradisi di kejiranan kami , bertakbir dari rumah ke rumah…

jiran berkunjung di hari raya

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Selama beberapa bulan ini saya sangat sibuk dan tidak sempat untuk berkunjung ke blog teman maupun membuat postingan baru di blog
    Selamat Hari Raya Kak Jie, mohon maaf lahir batin 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mendaftar dan Memasang Widget Histats di BlogMy Profile

  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Seks Suami Isteri malam AidilfitriMy Profile

  3. Selamat Hari Aidil Fitri yang ke 1433 H

  4. selamat hari raya kak jie..
    bestnya rumah gambar 1st tu.. hijo je manjang.. tenang tengok sawah padi..
    Jom terjah post menarik dari Izwanyusof ..Salam Aidilfitri, Perubahan Setiap Tahun DirasaiMy Profile

  5. selamat hari raya
    dari auc sekeluarga 🙂
    Jom terjah post menarik dari auc dot com ..Cerita RayaMy Profile

  6. Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidin Walfaizin Taqabbalallahu Minna Wa Minkum buat kak jie sekeluarga 🙂
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012/1433HMy Profile

  7. Selamat hari raya aidilfitri semoga aidilfitri ini penuh keceriaan
    Jom terjah post menarik dari lepakk.com ..Lokasi Speed Trap atau Perangkap Laju Sempena Aidilfitri adalah satu PenipuanMy Profile

  8. Salam Aidilfitri daripada saya dan keluarga.
    Semoga lebaran kali ini diberi lebih barakah hasil ibadah di bulan mulia Ramadhan yg lepas, insyaAllah
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Kediaman Menenangkan Ilham StudiofourMy Profile

  9. Selamat Hari Raya’Eid ul-Fitr.
    Mohon maaf andai ada hati yang terguris mahupun terkasar di mana-mana sepanjang perkenalan kita di ruang maya ini.

    Mudahan selamat dalam Perjalanan Panjang nanti. Mesti seronok – dan banyak yang boleh dikongsi di Blog.
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..SALAM ‘EID UL-FITRMy Profile

  10. Perjalanan jauh amatlah penat,
    Tapi sungguh teruja dgn perayaan,
    Walau beribu jarak bukannya dekat,
    Namun kerana kerja sanggup lakukan.

  11. Wah jauh perjalanan Raya kak Jie sekeluarga. Selamat sepanjang perjalanan nanti. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Salam AidilfitriMy Profile

  12. beraya atas jalanraya nampaknya kak jie..

    mudah mudahan kembalinya kita kepada fitrah setelah ‘bermotovasi’ selama sebulan ni menjadikan kita semua insan yang terbaik dari yang dulu..

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari pipoq sekeluarga.

    p/s : selalunya kat kampung2 je yang masih meneruskan tradisi bertakbir dari rumah ke rumah ni bermula malam raya hingga ke hari raya pertama tu..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Mungkinkah akan bertemu lagi ?My Profile

  13. Selamat Hari Raya juga kakak! 🙂
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..#29 Ramadhan : Ini Mungkin Terakhir.My Profile

  14. ApplePurple says:

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Kujie sekeluarga.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ApplePurple ..Jailbreak Tools – Redsnow (Download)My Profile

  15. Wah, meriah. Kesana kemari. Dulu terkejar-kejar jugak masa, sekarang tak lagi kerana datuk dan nenek sebelah ayah dan mak dah meninggal. Semoga semuanya selamat

    Salam lebaran 😀
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Mesej Daripada Abah di Mekah dan Kad Raya Dari MalaysiaMy Profile

    • entah… nasib baik anak² dah faham jenis kehidupan makbapa dia…masing² main redah je mana yang dpt.

      sekarang ni lapang je nak gerak sana sini sebab dah 4 orang ada lesen memandu… boleh dok belakang berdua²an…ops… ada cik intan yang nak dok tengah
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Panduan Memilih Jubin Dari MMLMy Profile

  16. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Musafir di Aidilfitri cover version MetallicaMy Profile

  17. mohd firhan jasni says:

    apapun berhati2 dalam perjalanan, semoga dipermudahkan segalanya insyaAllah

    di kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap dari diri saya sepanjang perkenalan kita.

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum

Trackbacks

  1. […] Memang ramai suami isteri yang duduk berjauhan kerana komitmen kerjaya dan cita-cita seperti Kak Jie. Selalunya suami atau isteri yang berjauhan akan pulang sehari sebelum […]