Seratus Lima Puluh Juta Kali Sayang


curi² snap gambar dari phone

Dah setengah jam saya dengar kukikkukikkukik tak sudah – entah apalah budak berdua ni. Macam kanak² ribena. Diam-diam saya intai – pok pek pok pek entah apa yang digurau yang diusiknya.

Along dengan Intan tu beza umur 7 tahun.

Nak kata rindu lama tak jumpa, setiap hujung minggu Along balik.  Saya cakap tak payah balik tiap minggu – jauh juga Bangi – Serendah .

“Nak balik tidur kat rumah…tidur kat rumah best…..”

Dia balik Jumaat malam, kadang² balik kolej Ahad malam atau pagi Isnin sebab hari Isnin tak ada kelas pagi.

===================================================

Tadi pergi pasar Batang Kali – dari jauh dengar peniaga menjerit jerit

‘Boleh pé- gang pé-gang…..’

Saya ingat apa yang dijualnya.

Jual tudung rupanya.  Kalau tak boleh pé- gang pé-gang macam mana pelanggan nak beli, kan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. tempat saya, si penjual tudung perempuan tapi tak pakai tudung, konon boleh jadi model!!
    nak jer saya cakap kalau saya pompuan…”kak, saya tak nak beli sebab akak pon tak nak pakai tudung2 yang akak jual ni” hohohohooho

  2. Salam admin,

    Tak pelah kalau anak-anak kita ni rapat dan suka usik-mengusik.Barulah erat hubungan kekeluargaan tu kan.

  3. akak dok serendah kat mana?saya biasa gak lepak batangkali tu, kat ngan ligamas.ada keluarga angkat kat sana.

    *pernah gak berniaga tudung kat bazar maeps serdang tahun 2009
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Seminar TNP di akhbar Utusan Malaysia hari iniMy Profile

  4. bole pegang2, macam lagu tu, heheh.. selau dulu kene pegang bru bole beli..
    Jom terjah post menarik dari anip ..Batu Terapung Selidik Dulu Kebenarannya Sebelum Disebarkan!My Profile

  5. Teringat pulak kat anak saudara (perempuan) aku yang umur 8 dan 10 sekarang ni berada di asrama sekolah agama darul al ilmi Tok Kenali (pondok swasta)

    Ps : aku biasa guna ” tengok percuma try tak payah bayar” 😆
    Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Sampah – Masaalah pembuangan SampahMy Profile

  6. Fitrihadi says:

    hahah kelakar ar peniaga tu.. boleh pegang-pegang lak..

    erm saya kalau umah dekat, memang selalu balik je.. lain rasanya tidur di tempat lain dengan tidur di tempat sendiri.. tidur di rumah sendiri macam ada satu rasa yang menenangkan.. kat umah sewa or ostel ni macam2 ganguan..bisinglah roomate lah.. uii susah mau tido….
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi ..Tips Rancang Wang Semasa Mula Bekerja – Part 3My Profile

  7. aimannajmy says:

    Hurmm baca cerita ni terigt pulak abg-abgku yang berada di segenap pelosok tanah air huhu..dah lama x bejumpa
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Le Tour De Langkawi 2011 Kat Depan Rumah Aku part 1My Profile

  8. hik3..kreatif cara marketing jual tudungnya..boleh pegang2…once pegang bolehla beli beli..hik2..
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Kisah Siti Nurhaliza dan IsteriMy Profile

  9. Hubungan adik-beradik bagaikan air di cincang tidak akan putus. Kalau gaduh-gaduh kemudian balik semula 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ops Ulat buku di RawangMy Profile

  10. anak2 kakjie memang rapat kan…bagus ibu bapa yang mendidiknya
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Drift di presint 2 putrajayaMy Profile

  11. Uh! maza memang jarang yg amat pergi menemankan isteri membeli belah pakaiannya…

    malu seh….

    hahahaha
    😳 😳 😳
    Jom terjah post menarik dari maza ..Mesej Elee Mardiana – Oshin MuhammadMy Profile

  12. princeduyong says:

    itulah akrabnya hubungan…unik kurniaan tuhan
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..GAGAL BUKAN KALAHMy Profile

  13. peniaga tu nyanyi ke? ..hehe

    kat kolej mana kak jie?
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Tak Semua Takaful Mengikut SyariahMy Profile

  14. Penjual tu jerit sambil menyanyi x? :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari AMiRU ..American Idol Season 10My Profile

  15. biasalaa adik beradik…baru seminggu tak jumpa ada je citer nya. saya ngan adik saya cam tu juga. lagi-lagi saya tanya macam mana belajar?? ok?? :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..Wajib pasang beg udara mulai 2012 untuk semua kenderaanMy Profile

  16. tiba-tiba teringat ketika tolong syam jual tudung. hahaha. siap pakai tudung nak, auuwww.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Allah kan ada – Tauhid seorang anak!My Profile

  17. strategi berniaga kene mantop..^^

    adik beradik biasa la..
    bergurau mengeratkan lagi kasih sayang..
    hee
    Jom terjah post menarik dari APi ..Selamat Hari Lahir AbahMy Profile

  18. peniaga tu tau kalau beli online tak boleh pe-gang pe-gang then bila posmen sampai tudung tak lawa macam kat skrin tapi tak leh buat apa simpan je dalam almari.
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Kek Coklat LembapMy Profile

  19. heheeheh…. teringat waktu saya dulu2…

    #adoi, blog down sebab webhosting ada problem daaaaa
    Jom terjah post menarik dari digolbot ..Kesedaran sivik yang gagal serta sikap pentingkan diri sendiriMy Profile

  20. nak meniaga kena kreatif.. 😉
    Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..Sila Komen Dengan BerhemahMy Profile

  21. Adik beradik walau sehari tak jumpa pun depa dah rasa lain KAK KUJIE…

    pastu kalu dah jumpa ada jerrrr yang depa nak borak. tak cukup cukup. 🙂

  22. anastasyea says:

    kena pegang dan merasai kualiti kain dulu baru boleh beli =)
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Pesta Kutip Duit Syiling Bertaburan Bernilai RM75-000 di Lebuh Raya PLUS Selepas kemalanganMy Profile