Setapak melangkah

Saya memang mempunyai wordpress selama ini yang hanya digunakannya untuk backup blogger. Saya tidak pernah berminat untuk menerokainya kerana saya cuma memerlukan service yang asas sahaja sehinggalah suatu hari saya terfikir untuk berkembang ( tak sedar diri, selama ini dah kembang macam telan mauripan ) dan bergerak lebih kehadapan.

Saya bermula dengan blogdrive ( masih ada tetapi bersawang ) dan jatuh cinta untuk kali pertama dengan blogspot Julai 2006. Blog pertama saya adalah http://daribalingkeserendah.blogspot.com yang telah menjadi arwah akibat penjenayah cyber. Tanggal 2hb May 2007 saya bermula sekali lagi dengan http://kujie2.blogspot.com .

Alhamdulillah saya sentiasa mendapat sokongan dari teman² dan kerana mereka saya sentiasa belajar dan berkongsi. Saya akui, saya tidak mempunyai kemahiran menulis dengan hebat. Entri saya hanya sekelas dengan karangan budak tahun 3 sjk(c) ! tetapi saya harus akui saya mempunyai kemahiran untuk berkawan. Anda semua adalah teman² yang sangat saya hargai kerana tanpa jemu menjadi kekuatan untuk saya terus berblogging.

Saya suka membaca kerana terlalu banyak maklumat baru di internet yang akan saya temui dan keinginan saya tidak pernah terhenti untuk mencuba dan belajar berbagai perkara baru dalam hidup. Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan cuma mendapat pendidikan setakat spm ( itu pun gred 3 ) saya rasa segala makluamat dan informasi yang saya temui setiap hari membuatkan saya rasa banyak lagi yang saya tidak ketahui.

Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Am dari service pemasangan blog wordpress yang menolong saya mengsetupkan blog ini dengan FOC. Terimakasih Am. Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pemasangan wordpress samada pertanyaan mengenai domain atau hosting, bolehlah menghubungi beliau di SINI. Saya sentiasa percaya, setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang baik juga. Sebelum ini saya sering menolong/ membimbing blogger² baru untuk memulakan blog meraka dan kini tibalah harinya Allah mengirimkan seseorang untuk menolong saya.

What you give you get back!

Terimakasih juga kepada Ikoko-san yang tanpa jemu melayan YM saya bertanya itu ini. Maaf kerana mencuri banyak masa hujung minggunya. My sweet compliments ini juga untuk Perindu yang menjadi blogger pertama menemui rumah baru saya ini. Saya bercadang untuk membuat pengumuman rasmi tentang perpindahan ini minggu depan setelah saya betul² bersedia tetapi saya tersipu malu bila diintai begitu. Terimakasih kerana dalam diam masih mencuri masa menjeling tiap langkah yang sedang saya atur.

Terimakasih juga untuk amanz yang sudi juga menghulurkan bantuan bila² masa diperlukan. Saya terharu kerana ramai yang menghantar email/ offline message untuk membantu.

Ada banyak lagi yang sedang saya terokai di sini. Saya tidak ingin tergesa² kerana saya ingin membiasalah diri dengan beberapa fungsi wordpress yang berbeza dengan blogspot supaya saya benar² merasai pertukarannya.

Saya masih tak dapat mengupload gambar! Entri tanpa gambar buat hidup saya tidak berwarna warni.

p/s – offline message pagi isnin > oiii..pergi tgok final piala fa x nk buat preview ke?

Saya tak nak buat preview tentang Final FA tu bukan sebab kalah atau menang tapi sebab saya langsung tak  merasaikan itu adalah sebuah perlawanaan berkelas final .. huwaaa…

Saya pergi 5 dewasa + 1 kanak² = RM 105 + tol Rwg- Bkt Jelutung = RM 10 + Petrol tetapi saya bukan tengok perlawanan bola, saya tengok pegawai perubatan keluar masuk padang usung pemain….huwa’aaaaaaa…lembek betul pemain kita , mungkin sebab beras semakin mahal mereka cuma mampu makan bubur nasi atau pun ubi !!!!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. neeza suka layout dia kak Jie…

    – kakjie suka hijau…. lembut mcm ni…romantik je kan 😳

  2. Kujie2.com…fuhhhh semangat yang membakar semangat!

    Caiyok lahhhh geng!

  3. apa leh buat player mesia mmg camtuh …tapi nak salahkan player mesia atau nk salahkan jurulatih tak kasik bebetui latihan..memaksa depa tak fit?mana yang patut?

  4. Beshnye baru rasmi umah baru dah berduyun org dtg…
    Nak jadi cam tuan rumah laa…
    Huhu…

  5. dari dulu sampai sekarang, saya tak pasti, apa yang di”addict”kan oleh peminat sukan bola sepak…

    tapi saya salah seorang dari peminat MU, minat pada ryan giggs.

    saya pernah juga main bola sepak dengan menggunakan bola tenis, sampai terkoyak seluar main dengan jiran. uhuk. malu~!

    apa pun.. tabik spring ngan kak kujie sebab pandai minat bola.. saya masih tak pandai, camner nak minat bola (eh, kena belajar ke nak minat bola camner?)

  6. owh.. saya juga ada wordpress blog.. tapi masih belum terbuka hati untuk pindah… tunggulah bebila insyaAllah..

  7. yezzaaaaaaaaaaaaaa umah baru.tantek oooo.cewahhh dah ade 2 org kwn ku berdomain sendiri.tahniah beb !

    *thumbs up*

  8. salam kakjie

    kakjie memang kayo…hehehe
    tahniah dah ada umah sendiri…make up cantik2 tau 🙂

  9. ien -makasih ien..kakjie pun doakan moga ien dilindungi Allah selalu..jaga diri ye!

    am -makcik kantin..biasalah..time lunch ramai yg cari!

    Thanks Am… moga mak am cepat sembuh.

    Uncle J – kt wp derang tak panggil template lagi..derang panggil theme.. he he he

    yg ni theme free…donlog je.

  10. mz -nak buat mcm mane..masih demam Euro2008. tapi mmg tau..kesian kita org ni..dok bilang bape kali dok masuk usung pemain bukan dok bilang bape kali derang tu menjaringkan gol!!!

    Pertama kali pergi final s’gor vs kedah..stadium tak penuh..huhuhuhu..

    riani – tak sempat nk potong riben dah tergedik2 nk masuk..hahahah…. rumah sepah2 lagi ni.

    Tuan rumah pun dok sesat dlm rumah sendiri 😀

    madredo1 dari Dungun ke Setiu
    Terimakasih ilebiu..
    hehehe..tak reti pantun lah..

    melayu lupa diri!

  11. muadz – terharunya….awk tu tgh makan angin kat Finland pun masih cuti2 mase nk intai kak jie..

    balik bawa jajan ye!

    maksu selamat datang maksu..buah tangan mane/

    Banihassim – terimakasih… skrg ni agak sibuk…mcm buah cempedak diluar pagar tu..asik kena jolok je..

    mcm2 kakjie tak tau , nak kena belajar ni

    Umimia – waalaikumsalam ..
    mana de tile..ni dok kat alas mengkuang je ni..
    tapi itulah…sini mmg udara segar

    terimakasih berkunjung

  12. Diya – mama tgh pening la ni… mcm2 benda nk cuba..:p

    cik zura – dpt duit rebet petrol tu..terus beli tapak rumah…:D

  13. tahniah jie..cun giler ek template ni…

    loading pun laju mcm kilat jer…

    ni template wordpress kan?

  14. aiyoo.. tak sangke baru 2 minit masuk iklan dah terus ada iklan.. ramai peminatla katakan..

    pasal masuk gambar tu am buat satu post nanti malam cara dia.. so bolehlah start masuk gambar…

  15. moga success selalu.. congrats!

  16. mad redo1 says:

    Salam ziarah dari mad redo1.

    rumah baru indah berseri
    putih dan hijau penyejuk hati
    kepada kujie tahniah diberi
    kujie2 dot com sentiasa di hati

    chewah!

  17. aNgRiAni says:

    waaaaa…dah siap dah umah baru kak jie…congrats!!! taknak wat acara potong riben ker kak? 🙂

  18. x baik tau mengutuk pemain2 tempatan. jgn la meletak kan piawaian yg tinggi terhadap mereka … nanti sendiri yg kuciwa :)) hik hik hik

  19. hehehehe…toktoktok…assalamualaikum…rumah baru orang kan..kena lah bagi salam…

    (sesi puji memuji)

    cantik rumah baru ni…nampak luas jer..sejuk jer mata memandang….pakai tiles dari mana ni Datin Kujie?Apa…Dari Itali!!!wah….patutlah cantik…

  20. Congrets mama Kujie…
    Dah ade domain sndrri..
    Senang nak ingat…
    Keep Up Mama..

    Senang-senang dtg la umah…Heee…:D

    Go HousewifeBlogger…!

  21. saya dah datanggg!
    chak!!

  22. bila cita2 itu ada..sooner or later pasti terlaksana..

    good move teruskan..and be dynamic 🙂

    what u give u get back – such a very easy and really true..sapa yg rasa je paham….

  23. kak jie pindah rumah lg??waaaa…bestnye..tp kat sinie lg cepat loading..sukerk..sukerk..:D

  24. tahniah ma… huhu. diya sblm ni, pening2 ngan wordpress. lama2 jadi mcm “jatuh cinta” plak 😀

Trackbacks

  1. Blog Tun Mahathir Digantung | Everything Wordpress says:

    […] wordpress sebab support dari alam semesta berlambak gila. Tak rugi punya. Dan juga ianya FOC macam kakjie […]