suami isteri

By Kujie, 08/09/2007 10:29 am
Puisi daripada suami untuk isteri

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinarimu kerana engkau
mengharapkan sinaran dariku.
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga
mengharapkan sinaranku.

Lalu…..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku
diperlukan di planet lain…

Balasan Puisi dari isteri kepada suami

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga
seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang
berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari
planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca
di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahayamu
yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah…!!!

Jie ~ harusssssss kena kejar dgn laki orang lepas ni..tulun..!!!

p/s susah sikit kot sebab Hakim Syarie GRO sedang direman sekarang.

Random Posts

9 Responses to “suami isteri”

  1. KhaL says:

    hakim sendiri buat hal
    porak peranda la nanti

  2. Lily.Lulu. says:

    hihihihihi
    ;) )

  3. sayda says:

    hahah.
    read this somewer b4. funny kan?
    and reality kut.
    hahah.

  4. Jie says:

    kepoh betul la suami orang dengan isteri orang ni,
    aku dah susan dah lek lok..laki bini korang…:D

    uncle >> uncle matahari ke? lilin ke? lampu tepi jalan

    P/s …. bunga api kot!

  5. UncleJ says:

    Hehehe…baca second time pun, tersenyum jugak…

  6. sebol says:

    Ha ah

    Aku takut orang ingat ashterix tu isteri aku lak.

  7. Red Mummy says:

    susunan suami suami dan isteri isteri

    macam salah kedudukan

    hahahahhaha

    dan kang ada yg menggangap

    suami 1 isterinya isteri 1 yet isterinya di isteri 2

    tapi kalau pandai melihat layout suami dan isteri nye blogs

    masing2 sudah tau
    sapa suami dan isteri kepada suami dan isteri

    apa aku ckp ni kak je oiiiiiiiiii

  8. H@iRiE says:

    hahaha…cis!…btg mancis jer

  9. H@iRiE says:

    hahaha…cis!…btg mancis jer

Panorama Theme by Themocracy