Surat Tunjuk Sebab
Peribadi

Surat Tunjuk Sebab

SURAT TUNJUK SEBAB DIATAS KELEWATAN DAN KETIDAKUPDATEKAN BLOG

1. Terima kasih diucapkan kepada Cik ******* selaku pembaca perihatin blog kujie2.com kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk memberi tunjuk sebab diatas kelewatan dan ketidakupayaan saya mengupdate blog ini melalui rujukan sma pada tarikh 01 November 2010.

2. Saya memohon maaf sekiranya surat ini lewat dikeluarkan oleh saya berikutan penerimaan sms tunjuk sebab ini diterima pada waktu saya sedang memandu.

3. Sepanjang perkhidmatan saya di kujie2.com selama 5 tahun ( blogdrive, blogspot dan wordpress ) inilah kali pertama saya menerima surat tunjuk sebab diatas kelewatan dan ketidakupdatekan post terbaru di blog ini.Dan saya tidak pasti berapa banyak sms sebegini telah dikeluarkan kepada blogger lain.

4. Berbalik kepada sebab saya mengeluarkan surat ini adalah untuk memyakinkan pembaca bahawa saya masih lagi berminat untuk meneruskan kelangsungan blog ini untuk masa depan.

5. Antara faktor yang boleh dipertimbangan keatas ketidakupdatekan blog ini adalah atas sebab faktor luar dan faktor dalaman . Faktor luar yang pertama adalah himpitan masa terluang untuk mengemaskini blog memandangkan saya mempunyai kelas setiap pagi dari 9 – 11pagi. Oleh yang sedemikian, saya perlu mencuri masa kehidupan hakiki untuk meneruskan perjalanan blog ini.

6. Faktor luaran yang utama yang menberi kesan keatas kelewatan dan ketidakupdatekan blog ini adalah kerana kesihatan diri. Sepanjang hujung minggu saya mengalami simptom² ‘not feeling well’ sehingga dijangkini ‘Monday Blues’ yang agak kronik.

7. Saya tahu dan sedar, untuk menjadikan blog yang baik dari segi PageRank Google atau Alexa Raming, saya perlu mengupdate blog secara tetap seperti blogger lain . ( 3-4 entri sehari, kalau boleh ) kerana blog yang mengandungi kapasiti yang tinggi entri dikeluarkan mempunyai peluang lebih untuk dikenali.

8. Saya berjanji akan memastikan blog ini diupdate tanpa sebarang sebab kelewatan di lain kali dengan menjadikan aktiviti ‘copy & paste’ dari Mstar, Kosmo, Metro, Utusan Online atau pun Berita Online supaya feed kujie2.com tidak terhenti dalam bloglist blogger lain.

9. Terimakasih sekali lagi kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menjelaskan perkara ini. Kerjasama dari pihak tuan/puan sangatlah saya hargai.

Blogger Yang Benar,
Kujie2.com

©kuji – theme ini direset kepada asal , semua editing belum dibuat.  Not feeling well

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Surat Tunjuk Sebab

  1. huhu.. siap kena tnjuk sebab lagi..

    erk.. part PR yg kak jie sebut tadi membuatkan aried tertanya2 kenapa PR blog aried tak naik2.. sedangkan kalau nak kira backlinks dah bnyak… adakah kerana aried hnya beli domain sahaja dan hosting masih lagi di blogger?? atau….

    p/s: pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas..hehehe
    Jom terjah post menarik dari aried ..Tips SEO- Keywords dan Masa Part 2My Profile

  2. Pada saya, yang penting.. entry itu baik dan berkesan. Kalau sampai sepuluh kali update everyday pun, tapi, ntah hape2 pun tak best juga..

    semoga cepat sembuh..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..MATA 2My Profile

  3. tak per kak..kami tetap menyokong akak..
    semoga akak sentiasa sihat dan dapat menumpukan perkara yang penting…

  4. sweet je…
    kelas aper kak? kelas mengaji ee?
    skang camana? dh sihat? ala kalu abang ada la kan…boleh tolong picit mane yang patut..xper suh intan
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Pengundi Dun GalasMy Profile

Comments are closed.