Press "Enter" to skip to content

Syarat Layak Bertanding Dalam Pilihanraya Di Malaysia

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:

  • warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
  • berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
  • tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

  • telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
  • didapati seorang bankrap; atau
  • memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’; atau
  • gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
  • telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
  • telah memperoleh kewarganegaraan asing

Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

One Comment

  1. Aya Aya

    Kena bayar juga ye.. emmm.. saya pilih mengundi… Hehe
    Jom terjah post menarik dari Aya ..23 Pesanan Buat SuamiMy Profile

Comments are closed.