Tak Pergi Majlis Iftar Ramadan Anjuran DenaiHati Network Kerana…

perap ayam dan bakar

Tengah-tengah malam terjaga, terbuka facebook tertengok penuh gambar Majlis Iftar Ramadan Anjuran DenaiHati Network. Sakan korang semua. Majlis berbuka puasa bersama blogger dan keluarga katanya dihadiri lebih daripada 145 keluarga berlangsung di Hotel Singahsana, Petaling Jaya.

Gambar dah meriah macam jamuan hari raya…. orang tak pergi boleh claim duit raya tak?

Saya tak pergi, ada perjumpaan keluarga. Kebetulan adik saya yang tinggal di Tamjung Malim ( kerja di Bukit Mertajam ) cuti dan datang berbuka, saya jemput adik beradik terdekat yang lain. Akhirnya kami berkumpul – kakak ipar yang selang selorong ( atap rumah boleh nampak dari sini ) dan adik bongsu saya yang baru berkahwin akhir bulan Mei lepas.

anak anak buat kerja rumah
Dari dulu, kalau nak buat majlis makan-makan macam ni, seluruh ahli keluarga ambil bahagian. Potong bawang atau siap-siapkan keperluan MasterChef nak masak nanti. Cik Intan tengah merebus spaghetti masa ni.

perap ayam dan bakar
Majlis Iftar Ramadan Anjuran DenaiHati Network ada kambing golek yang seksi, saya ada ayam yang telah siap untuk dibakar.

majlis berbuka puasa

Nasi briyani, ayam bakar, salsa,  pageri nanas, spaghetti, puding roti karamel, kuih lapis , roti jala semua keluar dari dapur sendiri untuk sekeluarga kami 15 orang.

membasuh pinggan mangkuk

Bila semua dah balik, saya pun tak peduli dapur dah.  Terus pengsan, lena selepas diurut kaki dan badan orang lntan.  Kalau tak nak urut, jangan tidur dengan mama……. pi bilik sendiri – tu umpan dia!

Terjaga pukul 1.30 pagi…. tengok notification Facebook bersepah… amboi, dia orang pakat tag gambar  sheikh-sheikh Arab di Majlis Iftar Ramadan Anjuran DenaiHati Network , saya pun sambung parti malam sampai ke pagi.  Parti buih mencuci pinggan mangkuk. Ini round ke -2 selepas yang pertama kakak ipar ( kakak suami ) dan adik ipar ( isteri adik ) dah mencuci sebelum mereka balik.

Cemburulah juga tak dapat ikut serta tetapi meraikan keluarga juga satu kepuasan .

Nota : Nak tunjuk lebih-lebih pun tak sanggup… teringat suami yang seorang diri berbuka di Hulu Terengganu.

 

47 Replies to “Tak Pergi Majlis Iftar Ramadan Anjuran DenaiHati Network Kerana…”

  1. saya pun tak pergi sebab balik berbuka dengan ahli keluarga yang lain…mungkin tak berpeluang lagi lepas nih sebab masing2 sibuk dengan tugas masing…mungkin jumpa semasa raya nanti jer lah…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Sejarah Pengasuh MifzMy Profile

      1. haha..macam biasalah.. kena kemas rumah..

        abang ipar dengan kaklong balik buka puasa kali pertama. harus la ada..baru cukup korumnya..

        tak tergamak tengok mak sedih bila kurang sorang..
        Jom terjah post menarik dari titan ..Writting is my passion.My Profile

  2. itu la.. kalau ade kak jie.. mau la wife dok sembang tak hengat. mujur ade wife abang man. boleh la depa sembang sakan. siap bertambah makan. punye la sakan depa dua orang. kamceng sudah. makan kuewtiaw sepinggan. hehehe maklumla, masing-masing mengelek anak kecik.

    seronok bawak keluarga terutama wife jumpe kawan-kawan blogger. jadi dia kenal la sapa kawan2 saya. dia tau macam mana saya bergaul kat luar. ada la aktivitinya dari rehat kat rumah je pada hujung minggu kan.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..BigPicture: #IftarRamadanDenaihati – Alhamdulillah, terima kasihMy Profile

Comments are closed.