Tempah Tiket Murah Air Asia

booking tiket air asia

Akhirnya berjaya juga saya membuat tempahan tiket Air Asia untuk percutian keluarga tahun 2013. Puas disemak tarikh yang sesuai, saya telefon universiti Along untuk semak cuti semester. Saya semak jadual pengajian Angah di laman web, masih juga gagal mencari tarikh mereka bercuti serentak.  Ini masalah bila anak berada di dua universiti berbeza yang bercuti tak sama tarikh.

Selepas ditolak campur dan bahagi, saya bulatkan hati  membuat keputusan akhir.  Kami akan ke Kuching.  Saya tak dapat tiket percuma  promosi Air Asia tetapi saya mendapat tiket harga murah.  Walaupun bukan tiket percuma, tetapi harga ini masih murah dan memenuhi kemampuan kami.

Air Asia promosi baru , booking pada 15 Jan 2013 hingga 20 Jan 2013 dan pilih tarikh penerbangan antara 19 Ogos 2013 hingga 9 Februari 2014.

Insya Allah lawatan ke Kuching ini akan melengkap semua negeri di Malaysia yang pernah dijejaki.

Telefon suami untuk mendapatkan idea, dia cakap ” awak urus aje lah apa yang patut………. “  Saya cuma nak tanya, nak cuti berapa hari……. kan saya booking 2 minggu, kan. hiks!

Biasanya memang saya yang uruskan persiapan percutian kami termasuk mencari infomasi tempat sesuai untuk dilawati.  Peranan suami hanya bagi username dan password akaun bank untuk saya login buat pembayaran. Peranan utama dan paling besar.  Kalau tak ada akaun bank dia, semua urusan tak jadi.

Tiket dah ada , perlu cari hotel penginapan dan kereta sewa.

Kemudian kena google cari infomasi dan maklumat mengenai tempat menarik yang ingin dilawati.  Bila dah ada senarai tempat, perlu buat tentatif supaya percutian keluarga ini berlangsung teratur dan terisi mengikut masa yang terhad.

Tahun 2008 kami ke Kota Kinabalu, saya susun jadual , dapatkan 2 hotel di 2 lokasi berbeza, sewa kereta.  Seronok sangat kerana kami dapat menghampiri  Gunung Kinabalu walaupun tak mendaki, dan sempat  ke pulau dan lautan.

Bercuti ke Jakarta dan Bandung saja saya mengikut pakej yang diuruskan.  Tak pandai tak tak mahir lagi .  Mungkin akan datang boleh pergi sendiri .

Sesiapa yang ada info dan pengalaman utuk dikongi , boleh tinggalkan maklumat di ruangan komen.  Tak semestinya tempat yang popular tetapi  biarlah tempat yang mempunyak tarikan  istimewa .

Apesal Tak Klik?

Comments

    • says

      ikut iklan yang dibuar, kalau dia cakap booking date 15 -20hb, jangan tunggu 20hb baru nak booking, mesti orang lain dah rebut tempat tu.

      buat carian, kadang2 1-2 jam juga sebab kak jie dlm kumpulan 5 orang, kalau beli tiket utk seorang , lebih mudah

  1. says

    salam K.Jie,
    saya belum pernah sampai ke Kuching lagi, so takde info & pengalaman yg nak dikongsi. rasa2nya, mmg isteri ditugaskan untuk urusan percutian keluarga kot? (kecuali pembayaran). mungkin lebih teratur berbanding suami :)

  2. says

    sy masih belum menempah sebarang tiket untuk tahun 2013 ni..tapi cadangnya cuti sekolah penggal pertama ni nak balik ke Sabah..harap2 dapat la tiket yang murah..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Dilema merotanMy Profile

  3. Nizam says

    Salam,

    Must place to visit in Kuching. Damai Cultural Village, Kuching River Cruise, Pusat Orang Utan Semenggoh, Ladang Buaya, Pekan Sarikin

  4. says

    Assalamu`alaikum kak, dulu saya pernah tinggal selama 2 setengah tahun di Kuching Sarawak, dan sepanjang tinggal di sana ada beberapa tempat yang saya rasa menarik untuk dilawat. Antaranya ialah Waterfront yang terletak di bandar Kuching sendiri.

    Selain itu akak boleh singgah bermain pasir di Pantai Damai berhampiran gunung santubong, kampung budaya dan taman buaya di jalan Kuching – Serian, pusat pembuatan kek lapis Dayang yang bersebelahan dengan Waterfront, muzium kucing di Petrajaya, taman negara kubah, astana negeri sarawak, kubu margherita, muzium sarawak, matang wildlife centre, muzium islam, dan pusat hidupan liar semenggoh yang terletak berdekatan dengan Hospital Raja Brooke yang terakhir.
    Jom terjah post menarik dari Mama Murai ..31 700 UV sehari, betulkah blog PenMerah begitu terkenal?My Profile

    • says

      Waalaikumsalam. Terimakasih…dah salin utk rujukan.

      Kak Jie plan mcm ni… hari pertama sampai masih pagi. Sebelum check in boleh habiskan masa kawasan waterfront. Cari hotel kat situ. Malam pun masih kawasan Kuching.

      Hari kedua pagi, nak keluar dari bandar Kuching. memandu ke kawasan bandar terdekat atau pendalaman sikit. Menginap semalam. Tetapi kawasan ini mestilah ada sesuatu yang menarik.

      Hari ketiga – bergerak ke lokasi lain.

      Hari ke empat, balik pun dah petang, jadi ada masa lagi utk berada di bandar Kuching.

      Tak nak habiskan 4 hari semata2 di Kuching.. kalau boleh nak keluar dari bandar.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pulut Dakap Padang BesarMy Profile

  5. says

    Masa di Universiti, cuti itu lain kira, rancang dulu mana nak pergi. Kalau dapat masa tak cuti, pandailah “tolong signkan” *bukan contoh yang baik*

    Mula harap nak beli ke Hong Kong, nak rasa juga disneyland… tapi dapat ke Jakarta sahaja, tapi sebab murah ok lah.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Belajar BersyukurMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.