Terbakar Pagi Isnin

Ketenangan pagi Isnin yang sejuk damai tergugat dengan jeritan Intan.

“mama…….. bilik terbakar”

image

Lampu tidur kecil terbakar.  Dia bangun pagi tetapi tak matikan suis.

Extention cord ni biasanya dia guna untuk lampu tidur dan cas bateri telefon.  Kalau pasang econ, dia cucuk terus dari suis soket. Malam tadi Intan tak on econ, dia guna kipas saja.

Nasib baik terbakar kecil dan kami sedar, kalaulah…. kalaulah…. syukurlah . Takutnya bab yang membabitkan elektrik, sebab kita tak nampak arusnya.   Kebetulan lagi, suis ini berada dibawah meja solek, nasib baik apinya tak besar dan tak menjangkau ke meja tersebut.

Asap kebakaran ni berat dan lambat untuk hilang walaupun  saya dah pasang kipas, buka tingkap dan pintu.  Selepas semuanya selesai… debu hitam dan jelaga jatuh memenuhi tiap ruang dalam bilik.  Cadar, bantal, baju, buku dan semua permukaan lantai.

Berjelaga dinding bilik dan kipas.

Satu kerja pula nak kena basuh semua …. sudahlah kain baju balik dari bercuti pun masih belum selesai.

sent from my GT-i9300

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. beberapa minggu lalu rumah saya juga terjadi konsleting, ada kabel yang terbakar dan untungnya segera diketahui kalau tidak saya tidak tau apa yang bakalan terjadi
    semoga kejadian ini tidak terulang kembali..
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jakarta Utara Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. berlaku juga pada saya. rasanya ada lebihan arus yg plug yg disambungkan kepada desktop,monitor, modem dan printer. tu blm termasuk dgn plug charger handphone.

    skrg, jika suiz tersebut tidak digunakan. akan ditutup terus
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Semalu – Jamal Abdillah feat Allahyarham SamadMy Profile

  3. bahaya betul. alhamdulillah tak jadi kejadian yang lebih buruk
    Jom terjah post menarik dari Amirez ..Review Hadiah Buku Nota dan Kucing The CatMy Profile

  4. emm bahay betul..kebakaran berpunca dari lampu tidur ke??betul tu kakjie..kalau arus mcm air dapat juagk dilihatnya..ni memang tak nmpak langsung..semoga ia menjadi pengalaman berharga buat kak jie dan keluarga…
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Sinopsis Cerita Kisahnya Secebis HatiMy Profile

  5. Semoga Allah selamatkan daripada mara bahaya…Amiin.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..أهم الكتب في العلوم المتنوعةMy Profile

  6. bahaya litar pintas nih. mujur takde apa-apa.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Padanya Ada HikmahMy Profile

  7. Syukur kak. Jadi peringatan untuk kita
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Apa khabar Manisha ku?My Profile

  8. Mmg nak kena hati2 sgt2 bila melibatkan perkara letrik ni.
    Moga kak jie sefamili sentisa sihat sokmo =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wednesday #24 The Tiger MotherMy Profile

  9. Errkkk, nasib baik litar elektrik zaman ni smart ckit. pandai putus sendiri bila berlaku kejadian mcm ni.. Kalau zaman dulu2 adehhh…
    Jom terjah post menarik dari Dulu Lain Sekarang Lain ..Anonymous Attack On Israel LandMy Profile

  10. kemalangan tidak kira masa dan tempat.. kena sentiasa berjaga2 lepas ni..
    Jom terjah post menarik dari man ..Running Man Ep 119 English SubsMy Profile

  11. Nasib baik tak terlalu serius.
    Jom terjah post menarik dari Zulhilmi Zainudin ..#TwtupKaseh – Ruang Suka Buat Si DukaMy Profile

  12. Nasib baik api tidak merebak, kalau tak bahaya juga tu, dah banyak kes-kes kebakaran yang melibatkan barangan elektrik seperti ini, semoga dilindungi.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Peraturan Lama Blogging yang Akan Membunuh Pembaca – Bahagian 2My Profile

  13. Mengikut pengalaman saya kak jie, mgkin kak jie menggunakan exttension tu dah lama…lagi2 suis econ cucuk kat situ….econ bsr mana hp pun ia boleh terjadi lebihan arus…bila da camtu tembaga atau kabel dalam soket menjadi keras dan bila ia pakai berterusan lama2 ia akan berlaku litar pintas dan terbakar….

    satu cara nak elak berlaku, sentiasa periksa kabel supaya tdk keras, kena potong buat baru…jika tembaga gosok kertas pasir halus bersihkan hitam2…
    Jom terjah post menarik dari Norizwan ..Mohon kerjasama untuk mengesan Orang hilangMy Profile

  14. Alhamdulillah.. syukur takde ape2.. ngan api mmg tkleh jangka.. mase kecil jd kawan dah besar jd lawan
    Jom terjah post menarik dari nadinezuharra ..Tears of GazaMy Profile

  15. Alhamdulullah masih dipanjangkan umur…
    Jom terjah post menarik dari latep ..Jom Monggolia..Grassland…My Profile

  16. Alhamdulillah nasib baik tak berlaku kerosakkan yang lebih teruk yer kak..

  17. mujur disedari..terkadang tu soket berkembar tu perlu ditukar selalu jugak walaupun nampak macam masih boleh digunapakai..asalkan ada nampak macam sikit percikan api, elok ditukarkan je,..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..iPhone 5 gadget impian @ Denaihati [Akan ku capai impian itu]My Profile

  18. Macam ada lebihan arus dan berlaku litar pintas. Syukur tidak kemalangan serius yang berlaku dan cepat disedari.

    Cadangan boleh pasang smoke detector @ pengesan asap lebih afdal kerana boleh mengesan asap kebakaran awal. Ramai yang beli pemadam api tetapi tidak memasang alat smoke detector dirumah. Kalau asap tebal dan pengsan kerana asap kebakaran tiada guna lagi pemadam api.l
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Dapat barang idaman dengan Sold myMy Profile

  19. alhamdulillah akak sekeluarga selamat.
    Jom terjah post menarik dari dayah ..majlis perkahwinan dua beradikMy Profile

  20. syukur semuanya selamat..
    tetiba maza teringatkan socket kat rumah sana… aderkk..
    berselirat juga tu.. uhuk!
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kem Pek 3 KluangMy Profile

  21. aiishhh..boleh plak terbakar..
    Jom terjah post menarik dari titan ..20 info tentang Contest tempatan.My Profile

  22. Mujurlah tak merebak.

    Kalau tengokan keadaan plug eletrik kat rumah sekarang memang risau, semua benda sambung satu tempat.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Dunia yang hilang, TambunMy Profile

  23. iza~de~bintang says:

    Ya allah… syukurlah tak jadi lebih teruk.
    Iza memang takut dengan kebakaran macam ni sebab 2 kali nampak kebakaran depan mata 🙁

  24. alhamdulillah mujur lagi tiada kemalangan jiwa. syukur kak jie sekeluarga selamat. semua pon pakat beringatlah, kalau boleh tutup plug2 elektrik yg tak digunakan, kdg2 extension tunggal bentuk kiub tu lg bahaya sbb byk soket dok tumpang, kdg2 longgar dan boleh akibatkan spark.
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Kitchen Island: 19 Idea Menawan Untuk Dapur RumahMy Profile

  25. Ya Allah nasib baik kebakaran kecik jer.. ALhamdullillah…
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Salam Maal HijrahMy Profile

  26. Salam,

    Syukur alhamdulillah api tak merebak, fobia bab2 api ni.
    bab nak clearkan bilik tu memang penat, dah pernah alami clearkan 1 rumah even yang terbakar hanyalah bilik kecil.
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Daging Masak Merah Untuk Si AbangMy Profile

  27. Alhamdulillah ALLAH bantu tu …
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Doa Untuk GazaMy Profile