Ternyata Yang Indah Sukarnya Di Madah

Assalamualaikum – salam sejahtera.

Saya dah kembali. Talian kembali berfungsi. Sebenarnya ramai yang salah faham. Bukan talian streamyx saya yang bermasalah tetapi talian tetap telefon di rumah yang mengalami masalah sejak pagi Ahad 16hb Mei. Hari Isnin selepas saya pastikan jiran-jiran juga alami masalah yang sama barulah saya buat aduan kerosakan di talian 100. No rujukan aduan 1-6790034009.

Hari ini Rabu selepas 12 tengahari baru talian telefon berfungsi. Alhamdulillah.

kredit : 9GAG

Seronok juga menjadi manusia di zaman Alexander Graham Bell tanpa hubungan ( tipulah ni, handphone kan ada ) … hehehe. Saya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa bukan lagi seorang blogger.

Tiga hari tidak beronline, banyak aktiviti offline yang saya buat. Seronok dapat kembali buat rutin yang telah lama berkarat –  Kalau dulu setiap 2-3 bulan sekali mesti sofa tu beralih tempat.

Kalau blogger, susun atur blog hanya click and drag tetapi untuk ruang tamu rumah, berpeluh 2 baldi juga tu. Lap tingkap, lap kipas siling, lap setiap lekuk dan ukiran sofa, cuci karpet, lap bingkai gambar dan akhirnya mop lantai. Panat berpeluh², blend jus mangga dan nikmati kesegaran sambil tengok movie di Starmovie @ HBO!

Seronok, kan?

Rindu dengan komputer? On pc main solitaire!~ game klasik zaman dinosaur. :lol:

33 Replies to “Ternyata Yang Indah Sukarnya Di Madah”

  1. wpun dah lama kak jie tak online, saya lagi lama tak lawat blog kak jie.. ni nak kena baca entry kak jie yg banyak nih..hehhe
    .-= Post terbaru fiezaradzi ..10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan =-.

  2. Salam kak…selalu nampak akak kat blog orang, tapi tak tak terlawat blog akak…ni dah singgah…saye pun pernah rase idup tak berblog, so keje saye adalah membaca dan melukis plus main game…busan tol…
    .-= rashid´s last blog ..Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.

  3. patutlah blog nie asyik berwajah baru..offline 3 hari rupanya..sure banyak idea lepas utk diupdate di blog lepas nie..
    .-= Nadri´s last blog ..Aktiviti Makan Ayam Penyet @ LC Catering =-.

  4. solitaire?
    game wajib masa bukak pc zaman sekolah dulu..hihii
    .-= student´s last blog ..Dunia senang faham susah dapat =-.

  5. hahaha..tanpa internet kehidupan seharian boleh sikatakan kering!oh tidak!!!!rupanya internet telah pun menguasai kehidupan kita..hehehehehehe :mrgreen:
    .-= farahaznil´s last blog ..Pertandingan Tonton & Menang “Saya Nak Cuti”! =-.

  6. kenapa nampak layout ni macam pelik.
    mane pergi CSS dia. abis ilang semua
    sidebar berbagai ni. atau pc aku yang
    bermasalah. peliknye blog lain ok plak
    .-= kreuger´s last blog ..Boss tak ada, mari kita enjoy! =-.

  7. hehehehe… kak kujie ni sentiasa cool je.. mesti pandai isi masa kan kak kujie..? kalau tak kebosanan pula! keja tu ada.. tunggu nak buat atau tidak aje.. huhuhu

    1. tau tak pe..kadang2 saja cari alasan
      nk beronline
      tapi bila tak boleh online
      buat je benda2 lain
      seronok juga…

  8. mama, rinduuuuuuuuuuuu! *hugs*

    yonna benci gila game default dlm computer ni HAHAHAHA. lagilah solitaire. otak ni mmg tak dilahirkan utk fikir mcm mana nak menang game solitaire tu hahahha.
    .-= yonna´s last blog ..IamYonna =-.

  9. Rindu ngan blog ni ^_^
    .-= MrRollies´s last blog ..Perangai Jiran Macam ****! =-.

    1. dulu- tak de apa nak buat
      mulalah …selongkar itu ini
      skrg ni selongkar kat internet tak habis2
      tabiat tak boleh diam kot..hehe

    1. he he he…’smart house’ mgkn ada kot…picit2 remote control je
      tapi berpeluh2 kemas rumah sgt best
      lepas tu..tgok hasil kerja kita
      rasa puas

      godek2 blog pun mcm tu le juta

  10. kak jie memang bagus la…pasti report akan sentiasa dibuat
    .-= mijie´s last blog ..Duit Hasil Blogging =-.

  11. wakakakaka. kita mengalami masalah yg sama. tapi yg peliknya telefon aje tak berfungsi. internet berfungsi. tapi lembap…. =.=

Comments are closed.