Tiang Pun Tak Tinggal

korban hariraya

korban hariraya

Balik dari kampung semalam , tengok trafik light persimpangan ke perumahan kami dah hilang tiang diganti dengan botol air mineral.   Power tak?  Korang ade? hihihi….

Sebenarnya persimpangan lampu isyarat ini paling ‘hot’.  Sejak saya pindah ke sini 10 tahun lalu, dah lebih 10 kali juga saya lihat tiang di persimpangan ini dilanggar.  Nak kena mandi bunga, agaknya kot.

Persimpangan ini jugalah yang saya buat aduan mengenai papantanda isyarat jalan yang terselindung dengan bendera.  Entri di sini Pengalaman Membuat Aduan Online MDHS

Jalan lurus memang lebih berbahaya dari jalan bengkang bengkok sebenarnya.  Kepada rakan-rakan yang akan memandu pulang esok, hati² di jalanraya.  Moga selamat sampai ke destinasi masing²,

 

19 Replies to “Tiang Pun Tak Tinggal”

  1. Jalan lurus lebih bahaya! Setuju tu. Resam pemandu bila jalan lurus, tekan minyak macam tak hingatlah pulak. Bila kena jalan yang agak kelok-kelok dan berbonggol atau kena lalu banyak tol, jadi merengus-renguslah pulak. Pakat nak cepat jer. Lihatkan tiang tu, besar mungkin kena hentam dengan ‘kiasu driver’ juga tu. Kalau tiang tu boleh bercakap, tah apalah rintihan dia. Kalau pemandu macam tu cari masalah biarlah dia aje yang sangkut. Semoga tak ada orang lain terpalit sama.
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..MENGUCUP HAJARULASWAD (2)My Profile

  2. Jalan lurus ni kak, org buget confirm selamat, tu yg tekan pedal minyak macam tak cukup tanah tu. 🙂

    ps> lama tak blogwalking kat sini kak. rindu baca blog akak… 🙂

Comments are closed.