Will And Won’t
Masa Angah dapat rm 80 hari tu dah janji nak bawa dia ke kedai buku. Bertangguh² sampai tak boleh mengelak lagi. Semalam bawa Angah dan Intan ke kedai buku. Lama dah tak jejak ke kedai buku, rasanya dalam 3 bulan. Di Rawang MPH tak ada, ada 2-3 kedai kegemaran saya tetapi anak² suka ke People.
Angah pilih 3 novel Harry Potter, tetapi selepas dipujuk, Angah beli Harry Potter – and the half-blood prince. Buku siri ke 6 dari 7 yang berada dalam pasaran. Saya janji dah habis baca, baru kita beli lagi.
Intan beli 2 buku cerita bergambar Bahasa Mandarin dan 2 buku kerja untuk cuti sekolah. Minggu ini Angah ada kelas berenang tiap 9 pagi di Bukit Beruntung. Kelas Intan bermula minggu depan. Saya tak perlu hantar, tumpangkan kawan yang hantar anak² dia.
Saya nak buat ye hari ni……….. nak pergi minum² kopi macam UJ & Budin pun dia orang tak ajak… wa’aaaa……….!!!
Nak buat kek la petang nanti….




he he he…. tak tau nk wat apa no..selalu terkejar kiri, terkejar kanan…..mcm tak cukup masa..ni cuti tatau nk wat apa..:p
woiiii…ptg2 ni tidoQ apa..
cm aku gak jie..mlsnyer cuti ni..bekpes jd lunch..lunch dah jd dinner..
~ tp ni laa mase nk manje n relax sket kn kn kn
~ ujan sejuk laa.jom tidoq !!